long sleeved punyer cerita!

Ada dua orang adik beradik kembar
Seorang Azura dan seorang lagi bernama Azira. Mereka baru pulang dari sekolah dan bekejar mendapatkan ibu mereka yg ketika itu berada di mesin jahit.
Azura bertanya kepada ibunya “Ibu, tengah jahit apa?”
Azira juga bertanya ibunya “Ibu, Azira lapar..” dan ibu menjawab dengan satu perkataan
“KeMeja”

Bing Images

Dan hari ni.. topik ini yang saya nak ceritakan.. tentang baju KEMEJA

Memang sifat seorang isteri yg prihatin.. bila laki pegi shopping je mula la nak membontot.. bukan sebab jeles dier nak shopping tapi risau kalau2 tersalah pilih.. entah kaler ape lah yang dibelinyer.. ntah seswai ke tidak.. corak mcm mana lah dier nak pilih.. sy rasa rata2 isteri memang agak risau bab ni..

Macam tu gak ngan sy.. tapi bila pergi shopping, time sy pilih baju.. husband sy main kejar2 dengan Damia.. dan bila dier nak beli baju pula, sy pulak yang menjaga anak kecik sy ni.. dulu bila penat dukung tanya tanya bila la nak pandai jalan.. sekarang bila dah berlari.. penat pulak nak mengikutnya.. tapi pd sy, baju boleh dapat bila2.. keselamatan anak ni.. kadang2 kita terlepas pandang dah jadi satu masalah lain.. Dulu2 zaman asmaradana boleh la sy bagi pandangan.. dan minta pandangan dr dier.. skrg ni.. lalu tempat dier memilih dalam 5 minit.. “Yang ini atau yang ini?” soalnya.. sambil berlari mengejar si kecil sy menjawab “Kelabu..nampak ok!” dan sy terus hilang.. Mama sy kata kalau nak shopping, tinggalkan saja si kecik tu.. Tak sampai hati pulak sy!

Waktu remaja dulu.. sy agak “rajin” iron baju kemeja ayah..
Lepas tu ayah sy buat “PEMBETULAN”
Dan mama sy kata “esok kalau kawen, macam mana?”
Sy jawab “cari aje laki tukang kebun!”
Tapi sy x dapat nak cari tukang kebun tu..

Bila balik dr shopping baju kemeja.. suami akan tunjuk pada sy pilihan hatinya.. ok, sy memang tak kisah soal kaler.. sebab kalau paling buruk dier beli sy akan kata “sy tak nak jalan dekat2 dgn awak!” atau “sekali ni je pakai ok!” tapi kebarangkalian untuk dier memilih kaler yg buruk sgt tipis.. (nasib baik dier bijak memilih”

Soal harga juga sy tak kisah.. (sebab pakai duit dier sendiri.. NGEEEE!!) kalau nak yg murah tunggu sale 50% atau 70% tapi yang paling PENTING..............


Ialah FABRIK yang senang sy nak iron!!!!!!!!!!

Sekian!

Daiso kedai yg best!

Ada apa kat Daiso yang sy gilakan skrg ni??


Entahlah kenapa 2 hari ni byk sgt entri yang sy nak publish.. sila jangan bosan ye teman2!!

Sekarang ni sy ada hobi baru.. (hobi lama sebenarnya, cuma kedai baru) sy suka sgt berkunjung ke kedai Daiso.. Kedai Daiso ialah kedai serbaneka yang menjual semua barangannya pada harga RM5.. Mungkin pada sesetengah orang akan berfikir RM5 itu agak mahal untuk sekecik2 benda yg ada kat kedai tu.. Tapi pada sy, yang perlu anda kawal ialah nafsu membeli belah!

Memang tak semua barangan sesuai dengan harga RM5.. jadi anda perlu bijak untuk memilih.. Antara barangan yang sy suka beli kat Daiso ialah kain felt, pinggan mangkuk yang comel, dan permainan Damia.

Memang pada awalnya, sy agak “gila” sedikit masuk ke kedai serbaneka ni. Macam2 ada.. kalau salah pilih memang agak rugi.. Tapi barang yg susah nak cari pon kadang2 ada jual kat Daiso ni.. Ada section barangan penjagaan diri, alat tulis, perkakasan untuk menjahit, perkakasan berkebun, perkakasan dapur, permainan kanak2, makanan(sy kurang yakin soal ini), dan banyak lagi!

Kalau korang nak pergi, Kedai Serbaneka Daiso ni mungkin dekat dengan tempat anda :

Daiso @curve Mutiara Damansara

Daiso Aeon Bukit Tinggi Klang

Daiso Kota Kinabalu Sabah

Daiso Puchong

Daiso Bukit Bintang

Daiso One Utama

Daiso Johor bahru

Daiso Melaka

krismas oh krismas

Bulan Desember ni apa yg popular selain dari Christmas ? kalau pergi mana2 mall atau hotel boleh dikatakan semua sudut dihiasi decoration pokok krismas, hadiah, stokin, dan lampu2..

Pada sy yg beragama islam ni tak ada apa2 yg special pon.. selain dr resepi2 yg sedap yg selalu di highlight kat Yahoo dan TV(tiru asalkan halal).. tapi dalam negara yang mempunyai agama dan bangsa yg berbilang ni semua perayaan kita sambut dan layan je lah.. asalkan tak keluar dr syariat islam sudahlah.. kalau setakat nak bergambar2 kat pokok krismas apa salahnya.. asalkan tak mengagumi perayaan derang tu..

Apa yg best nyer bila tiba bulan 12 dan krismas ni bg sy ialah bulan yg seswai untuk shopping make-up dan perfume. Sebab time krismas memang benda2 ni murah.. jadi, kita boleh ambil kesempatan untuk berbelanja dengan berhemah.. lebih2 lagi kalau yang nak buat hantaran kawen.. Pd sy yang tidak menghadapi masalah bau badan, tak der la nak beli perfume tiap2 tahun.. honestly perfume yg hubby bagi masa bertunang tu pon ada lagi! Hehe.. sebab bg sy itu bukan satu keperluan..

Selain daripada barang2 kecantikan dan penjagaan diri, sy suka menyibuk2 shopping krismas decoration.. lebih2 lagi kertas hadiah dan reben.. sbb time ni akan muncul benda2 yg cantik2 dan yg paling penting murah! Ia sgt2 seswai untuk menambah koleksi brg2 untuk buat scrapbook..

Pada sesiapa yang terlibat dengan event, atau industry perkahwinan jugak masa ni lah anda boleh cari barang2 perhiasan untuk dekorasi pelamin, dan dekorasi hantaran.. Pada saya zaman sekarang ni ramai pengantin2 melayu mengimpikan majlis perkahwinan ala2 barat. Jadi tak salah kalau kita guna brg2 hiasan yg dijual masa musim krismas ni asalkan kita kreatif dan boleh menyesuaikan dengan tema.. Macam yg sy kata tadi.. waktu ni senang nak cari brg2 hiasan ni.. dan harga nya pon murah.. design2 baru pon akan muncul dan berlambak di pasaran.. pergi saja Living Cabin, S&J, Daiso dan kedai2 cenderahati yang lain mesti byk benda2 “mengarut” mcm ni..

Hai.. bak kata mama sy.. kalau bershopping sila la tanya sy!



P/S : Bila la nak start menabung ni??

3rd Anniversary at Cameron Highlands

Lepas balik dari Cameron Highlands untuk meraikan anniversary yang ke 3 sy diserang selsema dan demam.. tak ketinggalan sibuk dengan jadual pemeriksaan di wad orthopaedic PPUM. Memang agak bz untuk menulis entri2 terbaru..

Rumusan ttg anniversary yang ketiga ni, sy rasa mcm ada refreshment dalam perhubungan kami. Ialah sebelum ni masing2 bz dengan tanggungjawab masing2.. bila dapat meluangkan masa bersama-sama banyak yang dibualkan, di kongsikan..

Terima kasih saya ucapkan buat en hubby untuk vacation yang sgt menarik nih.. Macam kawan2 sy kata bila kita kata “bosan” dekat suami tentang hari2 yang kita lalui.. dia pasti akan sangkut pautkan dengan kebendaan dan kewangan.. walhal bagi seorang isteri “bosan” bukan bermaksud harus pergi berlibur atau bershopping..

Sebenarnya bagi seorang isteri tak mengapa kalau duduk di rumah sahaja asalkan suami boleh temankan isteri bercerita, berkongsi apa yang dilalui seharian, melakukan kerja rumah bersama-sama.. sebab tu sy x kisah kat manapon dia nak meraikan ulangtahun perkahwinan.. selalu sy bg tau dier dgn tak malunye.. “x pe la x der apa2 pon.. janji mesti ada sekeping kad dah cukup..” sebab yg paling penting dia ingat..

Apa yang menariknya tentang percutian kali ni ialah ia adalah tempat favourite sy.. x kisahlah kalau orang kata tempat ni membosankan.. jammed.. tapi bg saya Cameron Highlands memang seswai sgt dengan jiwa sy.. yang paling penting persediaan sy untuk menjadikan percutian itu jadi benda yang memorable.. Bagi saya bukan tempat tu yang membosankan.. tapi cara kita sendiri yang menjadikan tempat tu best atau tidak..


Hari pertama kami bertolak seawal jam 6.30 pagi (walaupun check in hotel pukul 3) sebab sy nak elakkan jammed, dan cuaca panas dan bahang panas dalam kereta. Kalau kita pergi mana2 pon bila dah mula jammed, mesti mood bley lari jadi tak best. Kebetulan di depan rumah ada makcik jual nasi dagang dan nasi kerabu. Jadi sebelum bertolak saya beli bungkus untuk waktu sarapan.. (mood suami sy akan ok kalau ada sarapan yg cukup)

Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami sampai kat Ringlet. Sempatlah jugak singgah di kilang Teh Boh.

Selepas melawat kilang teh dan “mendaki” bukit yang terdapat di ladang teh berkenaan, kami bertolak ke arah Berincang untuk ke hotel Equatorial. Sebelum check in, sempat jugak la berjalan2 sekitar Kea Farm. Memang best kat sini.. kalau rajin boleh singgah kat Rose Garden. Kalau nak cari cenderahati tempat nil ah paling sesuai.. Selain dr harganya yg murah, ada banyak pilihan. Macam2 ada, dari sayuran dan buahan, jem, aksesori macam topi, dan barangan cenderahati yang lain.. Kebanyakan cenderahati kat sini berunsurkan strawberry.. comel sgt2!! Selepas membeli sedikit barangan kami Check-In kat hotel.. berehat sekejap. Kebetulan waktu ni pun hujan turun. Sebelum ni saya pernah jugak ke Cameron Highlands bersama keluarga jadi selalunya bila petang sy sedia maklum memang hujan akan turun. Sebab tu lah sy suka bertolak pagi sebab nak manfaatkan waktu untuk berehat pd waktu hujan. Selepas berehat dan hujan pun dah reda, kami melawat Smoked House yang terletak di Tanah Rata.

Suasana petang di Smoked House memang mendamaikan. Panorama kat sini pon sgt2 lah menarik.. Selepas pulang dari Smoked House kami sempat singgah di Pasar Malam. Di Pasar Malam ni pon, pengunjung boleh dapatkan cenderahati yg menarik, kalau nak cari baju sejuk pun ada.. macam2 ada.. yang paling popular kat Pasar Malam ni, strawberry celup coklat atau strawberry madu.. bantal2 bentuk strawberry, baby doll strawberry, payung strawberry, aksesori rambut strawberry, strawberry basah, strawberry kering.. macam2 ada.. Balik dari Pasar Malam dan dinner, kami lepak kat bilik sahaja sebab nak tidur awal, berehat, dan boleh bangun awal... zzzz

Di hari kedua, Kami bangun pukul 6.30, Selepas bersarapan saya mengajak en hubby dan Damia untuk “berjogging” di sekitar hotel. Memang best Hotel ni sebab kawasannya yang luas dan pemandangan yg cantik membuatkan senaman ni tak rasa memenatkan.

Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak ke Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Oleh kerana kami bertolak awal, tak banyak kereta yang melalui jalan yang di apit ladang teh.. jadi kami sempat lah memberhentikan kereta dan posing di sekitar laluan tersebut..

Boh Tea Centre ni di buka pada jam 9.30 pagi.. Jadi bila kami sampai tu.. dan2 je lah kan timing tu.. Jadi kitorang pon melawat dan bergambar sakan.. panorama kat sini sungguhlah cantik.. sempat jugak kami minum2 teh, sambil menikmati keindahan alam ciptaan illahi.. Sedap jugak strawberry tart dan custard bar kat sini.. kalau dtg lagi memang nak lagi!


Selepas melawat Boh Tea Centre tu, sy ajak en suami yang baik hati tu ke Big Red Strawberry yang terletak dekat ngan town Tanah Rata. Kat sini pon best jugak. Kalau anda berminat dengan bunga dan berniat nak beri cenderahati berbentuk tanaman kat sini banyak pilihan. Harga pon agak murah.. Kat sini pon, ada cafe yang menyediakan juadah yg fresh.. apa lagi.. makan lah lagi!

Selepas ke Big Red Strawberry, kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah petang pulak, kami melawat strawberry farm yang terdapat di sekitar Brinchang. Seperti hari sebelumnya, kami pulang awal ke bilik hotel kerana hujan turun.. Kat sini, bila hujan je.. (lebih2 lagi kat pasar malam) anda boleh lihat hampir semua pengunjung berteduh dibawah payung bercorak strawberry! Jadi kalau anda bercadang untuk adakan aktiviti memasak memang sgt seswai sebab waktu petang yang hujan, dan sayur2 kat sini murah.. ada waktu yg seswai untuk berehat, dan waktu untuk melawat.. apa yang paling penting bg saya sewaktu percutian, adalah time management supaya kita boleh menggunakan waktu dengan semaksima mungkin!

Selepas makan malam, kami menonton television dan berselimut sahaja di dalam bilik.. Pada waktu malam, terasa dingin udara kat sini.. En hubby yang mula kelihatan gelisah(sebab mcm x der aktiviti) mengajak sy untuk melepak di lobi. Kat ruangan lobi ni pon agak best melepak sebab ader aktviti riadah spt bermain pool & foos ball. Nampaknye malam ni ramai org yg conquer meja pool, dan menyebabkan kami terjebak untuk melakukan aktiviti lain. Cuba teka?

............................

Karaoke lah jawapannya!


Hampir 1 jam setengah menyumbangkan suara, kami pon balik ke bilik untuk berehat.. zzzz Hari ketiga kami bangun lewat sedikit. Lebih Kurang jam 7 pagi. Bersiap2 dan mengemas bilik.. cari barang kat Kea Farm, Check Out.. dan tak terus balik.. sempat lagi En. Hubby bermain pool dan shopping sayur2 dan buah2an sebelum balik!

Walaupon agak memenatkan.. tapi sy rasa percutian kali ini memang best dan mengeratkan lagi hubungan antara kami.. seronok jugak tgk Damia yg sgt enjoy.. mungkin sebab dier da besar sikit.. dah pandai menyesuaikan diri.. comel sgt! Ibu syg Mia ngan ayah sgt2!!


Gilakan rain boots

Dah lama sy cari rain boots untuk Damia.. Saya memang suka kumpul benda2 yang cute miut.. kalau pilih mainan ayah dier kata sape yg nak ni? Sebab memang sy yg lebih2 suka kumpul mainan yg menampakkan dier matang tapi cute..



Bila en hubby kata nak meraikan anniversary kat Cameron Highlands, bende pertama yg sy list kan ialah kasut but Mia yg berwarna kuning.. sebab sy tahu hampir setiap petang, Cameron Highlands selalunya hujan. Memang bila berada kat sana Mia lebih selesa pakai kasut but tu.. sebab kami lebih byk melakukan aktiviti outdoor.. tapi sayangnya sy teringin nak belikan dier rain boots yg comel dan colourful!



Kawan saya kata.. “banyaklah kat e-bay!”

Dan problemnyer kat sini.. sy tak pandai pon guna e-bay dan sy takut nak beli online macam tu yang menggunakan card credit!

Antara jenama2 kids rain boots ni adalah dari Hatley Kids, Western Chief & Stephen Joseph. Tapi sy tak kisahkan jenama.. yg penting cute.. murah lebih baik!!!!

Sy cari kat belog2 sini.. manalah tau ada yg jual.. tapi x der! Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana yg boleh dapatkan rain boots ni boleh pm sy occay!

Dan u all semua sila la tgk2 bende yg best nih..



atau anda bley pegi laman web rainy day kids
dan boots yg sy teringin nak ader mcm nilah.. comel tak????!!!



Best ke guna timeline facebook?

Salam hari minggu..
Masa sy tulis entri ni hujan sedang turun dgn lebat, mia pulak asyik tidur dgn lena dan slumbernye.. weekend mcm ni mmg tak byk aktiviti, lau nak log on fesbuk pon tak ramai yg available.. dan yg sebenarnya sy memang da mula bosan bila bukak fesbuk.. tak tau apa lagi nak di godek!

Bila tgk entri blog lain ader cerita pasal timeline fesbuk ni.. mula2 pikir mcm malas je nak tukar2 interface ni.. nanti byk pulak kekeliruan.. tapi try je la..

Mcm best gak.. dan tak lah keliru sgt.. tak byk pown yg berubah.. tapi dier akan tarik timeline ni semenjak kita lahir lagi.. jadinya status2 dr zaman tok kadok tu boleh dilihat dgn senangnyer.. adus!!!

Tapi FB bg 7 hari untuk kita “memperkasakan” interface tu sebelum di publish.. jadinye, bolehlah anda2 semua delete ke remove ke.. status/gambo lepas2 semasa anda bercinta dgn X anda.. atau perkara2 yang baru sekarang anda malu nak tunjuk.. (masa tulis dulu2 tak pikir pulak ye!)

Di atas tu anda boleh letak cover gambo yg anda suka.. contoh mcm ni:



Comel tak? Itu je lah yg best nyer pon.. selain dr nak kongsi music kegemaran.. sy pon belum explore byk.. dan rasa simple itu lebih baik.. inipon sy rasa mcm da serabut je!

so, kalau anda rasa nak bertukar sila klik sini.. dan anda akan dapat byk info lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...