sunday at broga hills

salam sunday!!

mlm td x bley tido.. malam minggu la katakan.. ramai mat rempit wat bising depan umah.. lagipown takut bangun lambat.. jadi, bila baru je berdengkur 4 minit, mr. alarm da munyik! aiseh.. terus g mandi sebab x moh lewat g broga sbb da janji dgn cik katak pink.. nak g sebelum kul 6.30.. selepas bagi mia minum susu dan tukar pampers.. pesan kat mama tolong jenguk2kan si kecik.. past tu kitorg pown bertolak dan sampai dlm kul 6.30.. terus je naik.. tapi pelan2 sbb mmg da lama sy tak mendaki.. stamina agak selow.. tapi ok lagilah.. dlm kul 7.15 kot kitorg pown sampai.. mak oi.. agak curam jugak.. tapi sy try jugak..



berpeluh2 en hubby.. siap smoking lagi.. tak suke taw!!

pegi berdua je dgn en hubby.. dating la weekend mcm ni.. bukan slalu dpt gini.. kalau bley memang nak bw si kecik tu.. tapi bahaya jugak.. di buatnya dier buat perangai.. kecoh pulak jadinya.. tapi ada juga yg bw anak kecik mcm tu.. (takut pulak bila terpikir mcm mana nak naik bukit yg curam.. nak naik satu kisah.. kang turun satu kisah laen!)

ai kakak.. boleh ngorat ke!! ngeng!!
posing sakan! kite malu nak posing mcm ni!
subhanallah.. cantik kan.. view kat cni..

pict kita dgn camera lomo pink pown ader!! haish..
itu jew la gambo2 yg sempat sy amik sbb en hubby nak kejew petang.. len kali sy nak dtg lagi.. nak balik kaki sy sakit.. masa nak g sy tgk kasut sy da hilang.. oleh krn tak nak lambat sy amik je kasut tai-chee ayah sy.. jadi jugek!! tapi tahan je la kan.. da dlm perjalanan balik br sy jumpe cik katak pink.. erm.. x besh sbb baru sy sedar sy tak der pict dgn dier.. da lama x jumpe, sekali jumpe bley ckp 4 minit jew! oklah.. babai..

segmen DIY-pin tudung comel

occay, kali ni sy nak tunjuk cara2 membuat pin tudung yg comel.. semudah 1 2 3 ajew!
Kalau ada pin2 lama yg dah tercabut2.. atau klip2 rambut anak2 boleh lah anda kutip dan jadikan peralatan/bahan untuk segmen DIY kali ini..

bahan2 yg diperlukan ialah:
1. Gam tembak/Gam pistol
2. Butang/klip rambut comel
3. Jarum peniti




first step, buang segala gam lama yang terlekat pada butang/klip rambut. Past tu letak gam pada belakang pin dan dengan cepat letakkan jarum peniti pada gam tu.. past tu letak lagi gam kat atas jarum tu biar bertambah kuat kesan gam tu.. biarkan kering dan boleh di guna.. senang kan.. tak payah g tau pown anda2 semua mesti tau kalau tgk gamba2 ni..




tak der masa lagi??

(pict from davianart)

selalu sy rasa kita macam tak cukup masa dalam sehari (24 jam) untuk menguruskan kerjaya, rumah tangga dan anak2.. tapi bila difikir2 kan sebenarnya benda tu datang dr kita jugak.. kalau nak dibezakan jaman dulu dgn skrg.. byk yg berubah.. dan kebanyakan perubahan itu dilakukan untuk menyenangkan dan menjimatkan masa.. jadi kenapa kita mesti berteriak tak cukup masa lagi???

kalau nak di bandingkan dulu dgn sekarang, ada byk contoh kita boleh bagi.. sy tumpukan pada aktiviti dalam rumah sahaja sekarang ni..
1. Kalau dulu membasuh baju, akan dilakukan secara manual.. yakni.. dengan menggunakan tangan la.. apa lagi.. sekarang kita dah ada mesin basuh automatik. jadi tekan sekali boleh tinggal pegi pasar beli sayur, balik boleh terus sidai baju.. tak pon sambil buat kejew lain.. memasak ke.. menjahit ke

2. kerja2 memasak juga sekarang lebih senang dengan adanya blender atau food processor berbanding lesung batu.. (tapi rasa masakan lebih sedap jika guna lesung batu). Nak masak nasi pon senang.. tinggal tekan past tu bley teruskan kejew laen.. tak payah pakai dapur kayu.. nak ngadap periuk nasi tu.. nak jaga api la.. takut hangit..

dan sy rasa byk lagi contoh2 laen.. perubahan dan kemajuan itu dilakukan demi kebaikan,dan memudahkan.. memang mudah bagi orang sekarang yang memberi alasan kerja sebagai faktor penghalang untuk melakukan kerja2 rumah. Sebenarnya kita sendiri yang perlu bijak mengatur masa.. dan kita sendiri yang menyebabkan 'tak cukup masa' itu sendiri..

1. Bila balik dr kerja, nak hilangkan tension sebab mengadap jammed, luangkan masa menonton TV sejap.. tapi terbabas babas sampai lewat malam dan mengantuk.

2. Kalau tak tgk TV, online sejap.. nak tengok FB.. past tu layan game sampai terleka..

3. Tak pon, rasa bosan pegi kejew balik kejew apa salahnya berhibur dengan kawan-kawan.. Pg shopping complex, lepak2 kat kopitiam, tengok bola ke atau Karaoke.. sampai lewat malam

4. Memang betul2 banyak kerja kat opis sebab takut boss. Selagi encik boss tak balik, rasa malu pulak nak balik.. dah la pernah kener sound! ngee ngee ngee

5. atau sengaja banyakkan kerja sebab nak kejar OT dan mengelak dari melakukan kerja2 rumah(mmg ada orang jenis macam ni!)

jadi nya.. jangan cakap tak cukup masa.. Tuhan tu da buat 24 jam tu elok2 je.. kene la pandai bahagikan masa.. kerja, rumah, berehat dan sebagainya.. wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...