sukar kah nak jd "sempurna" setelah bergelar ibu
jawapannya ada yg YA
atau pon TIDAK..
Ianya bergantung pada tiap2 individu, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan.
Nilai SEMPURNA tu pon terletak pada hati wanita tersebut dan pasangan. Kadang2 kita rasa kita dah sempurna, dah bagi cukup baik pada suami, anak2 dan kerjaya tapi pada suami ada lagi yg kurang.. ataupon suami kata "da OK lah tu sayang.." tapi kita yang rasa serba kekurangan..
antara jenis-jenis kesempurnaan bagi seorang wanita (ikut pandangan sy)
1) Kerjaya
2) Penampilan
3) Rumah tangga yang teratur
4) Boleh mengurus kewangan keluarga
5) Anak
6) Kemahiran memasak
dan lain2 lagi (bergantung pada seseorang apa yang penting dalam hidup dia.. )
sebab tu punca pergaduhan keluarga kadang2 atas sebab2 tersebut.
1) Kerjaya - Seseorang wanita pada zaman ini berasa tidak sempurna jika tidak bekerja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rendah diri, dan fikirannya tidak berkembang.
2) Penampilan - Saya rasa semua wanita kat dunia ni rasa tak sempurna atau rendah diri je bila x bergaya, x kemas, x up to date.. banyak kita dengar atas sebab ni laki berubah hati. Tapi kalau nak bergaya kena lah kita fikir soal DUIT, bentuk tubuh badan yg dah bertukar selepas melahirkan, dan faktor kematangan.. (mesti nak tukar fashion.. takkan sama je mcm zaman bercinta dulu)
3)Rumah tangga yang teratur - Rumah kemas, baju berbasuh, berlipat dan tersusun rapi dalam almari, mainan anak tidak bersepah, dapur bersih memang menjadi idaman seorang suami.. dan jika seorang isteri tidak dapat menjadikan rumah tangganya teratur, dia mungkin ada rasa kekurangan dalam dirinya kecuali ada yang membantu.. mungkin beban tu tak lah berat sangat.. lagipon tak salah kalau suami turut membantu untuk kerja2 rumah.. walaupon isteri tu housewife mesti dia rasa bahagia sebab dapat suami yg ringan tulang.
4) Boleh Mengurus kewangan keluarga - Soal kewangan ni memang isu besar dalam rumah tangga. Boleh jadi gaduh besau kalau tak ambil serius. Seorang isteri jugak memainkan peranan yang penting dalam mengatur kewangan keluarga. Tentunya suami akan rasa tertekan jika dibiarkan "keseorangan" dalam masalah kewangan sebab, perbelanjaan keluarga ni tak boleh diduga. Kadang2 berlaku hal kecemasan seperti soal kesihatan, itu belum masuk bab barang dapur, bil2, pinjaman, tabungan dan lain2. Suami selalunya hanya bagi budget tapi malas nak pikir benda2 yang dianggap remeh. sedangkan wanita suka memikir dari segala benda yg besar.. sampai sekecik2 perkara.. (itu yg cepat migrain). Jadi, secara tidak langsung.. wanita akan rasa penting jika diberi tugas jadi bendahari dalam keluarga. (bukan sebab quenn control ok!)
5) Anak - Mendidik anak juga ialah perkara yang sgt penting. Selalunya wanita akan dipersalahkan dalam soal ni jika gagal walhal mendidik anak adalah tanggungjawab bersama.
6)Kemahiram memasak - Walaupun ada lelaki yang tak kisah langsung soal ni, tapi masih jugak isteri tu rasa tak sempurna je kalau tak pandai masak. Sekurang2 nya bolehlah masak 2 ke 3 lauk kegemaran suami.. tapi x pe lah.. pelan2.. mesti boleh! cayuk!
Pucuk pangkalnya ia berbalik pada individu tu sendiri. macam yg sy katakan mula2 tadi, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan. maksudnya.. kenalah pandai membahagikan waktu.. selain daripada tu kalau tak boleh buat semua.. x pe.. kita bukan robot.. esok masih ada kan..
Dorongan pon penting.. kata2 semangat bukan perlian dan makian...kalau kena perli rasa macam tak ikhlas je nak buat!
Bantuan pon penting jugak.. selain daripada bantuan suami, nak lagi senang kalau ada maid.. semuaboleh jadi, tapi ada keburukan dan kebaikan yang perlu di timbang!
terpulang pada diri. kalau kita kata senang... senang lah jadinya!
picture dari : http://lakaranhatii.blogspot.com/2010/10/busy-housewife.html
read this! siapa anda dalam laman facebook!
Bukak jer FB interface yang baru.. bertambah simpang siur.. tapi kene biasakan gak dgn teknologi yg pesat nih.. tu belum masuk bab status teman2 yg pelbagai pesen.. haha.. kadang2 tergelak sendiri dok depan screen ni. Macam2 telatah.. ada beberapa jenis orang dalam FB nih. Ini bukan kajian mana2 Universiti ke, lab ke.. ini just pandangan mata kasar je..
1)Detail
Setiap saat facebook tak pernah lekang. Sentiasa update.. waktu ketawa.waktu sedih dan duka. Waktu gaduh.Tu belum lagi g tau setiap tempat dier pergi. Lau ader orang jahat nak culik pon senang.. (Nauzubillah. Mintak2 tak der jadi hal macam nih). Nak buang air besar pon nak g tau.. ha, punyelah detail jenis 1 nih. Jgn main2.. selalu download gambar. Selain Fb, dier jugak mesti rajin bukak youtube, download lagu.. share link dgn kawan2 yang lain.
2)Romantik
Sekejap Status A kata “ B, rindu lah kat awak.. bila awak balik dr kursus nih.. Rindu lah kat hubby saya!” past tu B pon jawab.. saling berbalas. Walaupon boleh send sms aje.. tapi tak best lah.. orang lain tak tau pulak dia sayang kat hubby dier. Jenis 2 ni pon bukan satu kesalahan.. itu dah memang cara dia meluahkan perasaan. Biar jelah.. kita doakan je pasangan ni bahagia.
3)Novelis
Huh, orang jenis nih, ayat nye mahal beb.. macam2 kata hikmah ade, puisi pon ader jugak. Mungkin dier rasa FB adalah medium terbaik dia nak berkarya.. zaman sekarang ni orang dah kurang baca buku.. (amalan tak sihat). Zaman sekarang orang sibuk baca FB ngan blog je..
4)Canggih
Orang pesen nih, dier ada ciri2 Jenis1, tapi dier lagi maju sikit. Kat status nyer sentiasa bertukar sekejap pakai BB, sekejap pakai iPad, link2 yang dier share pon pasal IT jugak. Games lagik.. ha.. x bley celen lah org jenis ni.. dier sentiasa maju ke depan lah.
5)Misteri Nusantara
Dier jarang bukak FB. Status nye cuma update sekali-sekala. Dier punya gambar sikit sangat. Maklumat profile pon sikit. Kalau dier bukak Fb pon, sekejap je.. lepas tu dier dah tak tau nak wat ape.. dier malas nak menggodek-godek Fb orang len. Nama pon tak guna nama betul. Ala2 pemalu gitu.
6)Popular.
Ramai Member. Macam artis. Gambar2 pon kene edit guna photoshop.. siap wat photoshoot lagik semata-mata nak letak kat FB. Lau dier lelaki, kebanyakan kawannya gurlz.. macam tu lah sebaliknya.. Lau update status.. ramai orang nak komen.. 42 orang LIKE.. haha..
Ha. Begitulah serba sedikit pandangan aku.. tak lah aku kata betul 100%. Pendapat korang mungkin lain. Semua jenis orang yang di atas tu tak ada sape yg betul ke.. salah ke.. just be your self.. walau macam mana pon jenisnya.. tak ada sape nak marah pon! Ade aku kisah??
bab 1 lagi
Ariana terus berjalan menyusur laluan kecil. Di tepi-tepi jalan banyak kelihatan pokok bunga raya yang ditanam oleh pihak Majlis Daerah.
“Bagus jugak kalau tanam pokok ni kat rumah. Daun pokok bunga raya ni elok untuk rambut tau kak, Kalau ada budak demam panas pun elok letak kat ubun-ubun.. sejuk je rasanya!” ujar Huda kepada kakaknya Ariana.
“Yelah, aku ingat lagi masa kita kecik2 dulu.. kalau kita demam mesti ibu letak kat kepala. Sejuk je rasanya.. esoknya boleh terus baik pulak.. kadang-kadang kalau aku tak tahan panas, aku letak kat seluruh badan.. lepas tu kena marah ngan ibu sebab basah-basah tilam tu terkena lendir daun bunga raya ni!” Sambung Ariana panjang lebar sambil ketawa kecil bila teringat telatahnya waktu kecil.
“Itu waktu akak kecik, segenggam daun bolehlah diramas-ramas buat ubat demam, kalau sekarang kak, satu pokok ni kau kena blender!” usik Huda pada kakaknya sambil tertawa. Ariana juga turut tertawa dengan usikan adiknya itu. Tapi hatinya bukan senang untuk di tipu. Ada tercalar sikit.
“Tak habis-habis nak kenakan aku ye.. dahlah, da sampai pun. Aku nak pergi beli roti John. Kau nak pergi beli Yong Tau Foo ke?” tanya Ariana pada adiknya sengaja mengubah topik.
“Tak pe lah, kita pergi sekali.. sama-sama. Ingatkan aku ibu pesan beli air tebu!” jawab Huda sambil menunjukkan jari kearah gerai menjual air. Ariana hanya mengangguk. Tiba-tiba bahunya di sentuh seseorang.
“Yana, lama tak jumpa kau!” sapa Azura. Teman Ariana waktu bersekolah dulu.
“Zura, wah.. makin cantik sekarang ye, jealous aku!” jawab Ariana sambil melihat Azura keatas dan kebawah. Bibirnya tersenyum lebar. Memang Ariana gembira bila berjumpa teman-teman lama tetapi ada satu perasaan yang terselit di hati sanubarinya. Mungkin kurang keyakinan. Apatah lagi melihat susuk tubuh Azura yang boleh dikatakan selim dan menawan.
“Mana ada, biasa je.. terlanjur aku bertemu dengan kau nih, aku nak beri kau kad jemputan perkahwinan aku!” kata Azura sambil meraba-raba ke dalam beg tangannya.
“Ye ke, bila majlisnya tu Zura?” tanya Ariana sambil kedua-dua keningnya terangkat.
“Hujung bulan ni la.. kau datang la dengan pasangan ye!” pelawa Azura sambil menghulur kad bersampul berwarna gold.
“Pasangan? Aduhai.. berat nih, kalau pergi seorang tak pe lah kan. Dah aku tak ada pasangan. Aku bukan macam Noni tu.. sampai pening kepala aku melayan dia.. setiap minit risau tak ada boyfriend. Terdesak sangat.. hish, jangan lah aku jadi macam dia!” kata Ariana di dalam hati.
“Hai, lama sangat kau tenung kad aku tu. Macamlah tak tau rumah aku kat mana. Datang tau!” sapaan Azura membuat Ariana tersenyum. Memang kad tu nampak cantik. Sudah ramai kawan-kawan yang sudah berkahwin. Ariana masih sama macam dulu. Solo. Tapi dia tak kisah, mungkin belum jodoh barangkali. Umurnya baru mencecah 22 tahun. Perjalanan masih jauh. Usai bertemu Azura, Ariana mencari-cari adiknya Huda. Tadi sewaktu dia bertemu Azura, Huda meminta kebenaran untuk membeli juadah sendirian.
“Dah Kak, jom kita balik. Lama sangat kau berjejak kasih dengan Kak Zura. Aku dah beli semua barang!” ajak Huda sambil menghulur sebahagian beg plastik kepada Ariana.

ciannya baby ni menyusu dengan lembu!
weekend lepas cik tembam ni masih lagi tak abis2 beraya.. tapi sempat jugak menyelak2 akhbar mingguan malaysia waktu bersantai2 dengan family tercinta.. terpaku kejap sy ketika terbaca berita luar negara tentang seorang kanak-kanak yang menyusu dengan lembu. kalau menyusu susu lembu tu biasalah sy dengar..
mingguan malaysia-ahad 11 sept 2011-
Aneh! Kanak-kanak menyusu dengan lembu
KOAK ROKA 10 Sept - Gara-gara ditinggalkan ibu bapanya yang meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan di Thailand, seorang kanak-kanak Kemboja berusia 20 bulan menghisap susu daripada seekor lembu sebagai alternatif untuk meneruskan hidupnya sejak julai lalu.
Datuk kanak-kanak tersebut, Um Queng berkata, cucunya, Tha Sophat, yang kini tinggal bersamanya dan isteri di wilayah Siem Reap di barat laut Kemboja, mula menghisap susu lembu sejak melihat seekor anak lembu yang turut berbuat demikian....
macam nak nangis jer sy tengok budak nih.. sedih sgt.. macam mana lah dengan kesihatannya.. sy harap semuanya akan jadi baik dan budak ni akan jadi pandai!
banyak entri-entri daripada kawan yang menyentuh tentang kebaikan susu ibu. tak perlu lah saya huraikan lagi. lebih2 lagi kepada ibu-ibu yang beragama islam, banyak kelebihannya antaranya termasuklah :
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusukan anaknya sampai cukup tempoh 30 bulan, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Masha'Allah.. begitu sekali ganjaran pahala yang Allah berikan..
(boleh baca lebih lagi pada link di bawah)
banyak lagi kelebihan menyusukan anak. Memang kadangkala ada juga kekangan lebih-lebih lagi kepada ibu yang bekerja. Tapi menurut pandangan saya, sikit pun jadilah sebab itu memang hak bayi tersebut. Lebih-lebih lagi di peringkat awal kelahiran. Ini kerana bayi tersebut memerlukan nutrien dan antibodi yang lengkap. Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi tetapi juga pada ibu. Selain daripada boleh menjarakkan kehamilan, ia juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Semoga Allah menbantu sy untuk terus menyusukan anak sy! selain daripada ibu itu sendiri, ahli keluarga juga perlu memberi galakan terutamanya suami perlu memberi dorongan dan semangat. Nak bertahan untuk menyusukan baby ni bukan perkara yang mudah juga. Banyak juga cobaannya. Lain orang lain pengalamannya.. ada yang senang ada yang susah... contohnya air susu yang sikit, sakit di bahagian puting, puting pendek, macam-macamlah! Alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah. Sehingga umur Damia mencecah 2 tahun sekarang ni dia masih tak jemu untuk terus menyusu badan. Mungkin juga diawal kehamilan saya sudah bercita-cita untuk memberi yang terbaik padanya! iaitu penyusuan susu ibu..
rujukan rencana dan gambar:
http://www.motheringfromtheheart.com/Benefits.htm http://qasehadam.blogspot.com/2010_04_01_archive.html http://www.facebook.com/note.php?note_id=122180971159377 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2036201/Child-suckles-cows-milk-mother-leaves-home-search-work.html http://www.chron.com/news/article/Cambodian-boy-suckles-from-cow-after-parents-leave-2163754.php

kenapa perempuan suka kasut?
kalau pegi shopping complex, tak pernahnya kakini tak menyinggah kat kedai2 kasut.. kalau tak beli pon, mesti nak menjengah sekejap.. tengok2 design baru, nak try2 ke... past tu..oppsss... terbeli pulak! tahukah anda footwear ini telah wujud 40000 tahun yang lepas? iaitu pada zaman paliolitik lagih! selain berfungsi sebagai pelindung kaki kita, ianya juga membantu menyerlahkan gaya kita.
yang peliknya selera wanita pada kasut memang unik.. kadang2 pergi lah 15 kedai kasut pon, belum tentu ada yang berkenan di hati! ada beberapa jenis kasut antaranya termasuklah pumps shoes, wedges, boots, sandals, clogs, dress shoes,flip flops dan banyak lagi.. itu belum masuk jenama lagi. nose, bata, vincci, jimmy choo, guess, dan banyak lah lagi kan..
setiap jenis kasut mempunyai ciri2 berbeza dan untuk majlis/persekitaran yang berlainan. jadi, kita kena pandai untuk menyuai padan dengan gaya semasa! belum lagi pemilihan pattern dan warna. sebab tu lah, wanita ni nampak macam cerewet sikit bila pilih kasut. belum lagi masuk bab harga, keselesaan, ketahanan, ciri2 keselamatan (licin ke tak). kalau main beli je.. takut tak pakai lama... sebab tiba2 rasa macam tak seswai!
setiap jenis kasut juga ada sejarah masing2.. contohnya kasut jenis pumps mula terkenal pada tahun 1500 dan diguna oleh "servants". mungkin sebab kasut jenis ni selesa kan.. ia juga adalah antara kasut kegemaran saya sebab ianya seswai dipadankan dengan jeans, baju kurung dan sangat2 selesa.
sumber: www.yahoo.com
http://shoes.about.com

my little angel
setelah hampir nak setahun aku "hilang" dalam dunia blog.. tiba2 banyak bahan dalam kepala nih yang nak dikongsi.. memang setahun nih agak bz giler, melayan baby, bapak baby.. dan macam2 kerja lain.. semoga kembali nya aku kali nih biarlah berterusan.. beberapa bulan jadik housewife memang menuntut pengorbanan yang sangat besar. tak tau nak kongsi dengan sapa. rindu kawan2, rindu make up, rindu baju kurung (nasib baik ade raya) dan macam2 lagik.. lagi2 rindu nak baca blog kawan2.. dan rindu nak tulis blog nih.. apapun, aku berterima kasih buat si kecil jantung hatiku.. kerana hari-hari indah ini dapat ku lalui bersamanya.. bersama karenah dan telatah manjanya.. contohnya, hari ni aku kemas setor dan jumpe banyak baju masa pregnant.. si kecik nih sibuk nak try.. dah jadi macam baju kaftan dak kecik aku nengok.. haish.. dekat dengan dia pun masih rindu jugak!
bab 1
"yang kau nangis-nangis ni kenapa. aku dah bagitau kau lama dulu.. dia tu memang tak sayang kau lagi.. kau je yang degil!" ujar Ariana kepada Nilam. Tangannya mengurut-ngurut belakang Nilam sambil menggelengkan kepala. Nilam hanya menangis teresak-esak.. melihat Nilam yang terdiam, Ariana menyambung lagi celotehnya..
"Aku tahu kau sedih, aku tak tau nak tolong macam mana lagi. Apa kata aku belanja kau makan ke.. kita pegi shopping ke.. nak tak?" sambung Ariana lagi. Seperti biasa.. Nilam masih menangis.. tidak di endahkan ajakan Ariana.
Bunyi telefon dari dalam bilik, menyebabkan Ariana berlari untuk menjawab panggilan. Pada Skrin telefonnya itu, di lihat nama mamanya tertera. segera Ariana menjawab panggilan tersebut.
"hello, mama.. ha.. Yana ok ma.. minggu depan Yana balik.. ok, wa'alaikum salam"
Ariana mematikan panggilan. dia tidak berhasrat untuk memujuk Nilam lagi. Mungkin Nilam perlu masa untuk bersendirian.. walaupun sudah masuk 5 hari Nilam bersedih bila Farid memutuskan hubungan mereka.. dan sepanjang 5 hari tu, Nilam tak makan.. kalau makan pun, cuma sesuap dua..
"Haish.. kalau aku lah tak makan macam Nilam, dah mati agaknya.."ujar Ariana dalam hati.. Ariana pun tak tahu macam mana perasaan putus cinta. Tak pernah pun bercinta. "Ada ke orang nak bercinta dengan gadis gebu macam aku nih?" tanya Ariana pada dirinya sendiri..
"La.. apsal termenung je.. cepatlah siap.. aku dah lapo giler nih!" ujar Nilam mengejutkan Ariana yang berada di beranda.
"Hush... semangat.. terkejut aku tau tak! nasib baik aku tak terjun kat sini.. aku ingat kau tak nak pegi.. nak layan perasaan kau tu!" jawab Ariana sambil mengurut-ngurut dadanya.
"Apsal pulak aku yang putus cinta, kau pulak yang terjun bangunan.. dah lah.. aku memang sedih.. tapi rasa lapo aku nih melebihi rasa sedih aku tau tak.. cepatlah.. aku nak order nasi goreng, udang goreng butter, rojak, bla.. bla.." bersambung..

kisah si tembam-intro
Terlebih dahulu ingin saya tegaskan, cerita ini hanya cerita rekaan saya. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Watak2 pun rekaan jugak. kalau sama tu cuma kebetulan jerk.. jangan perasan occay!
"Wei, tolong lah zip belakang baju aku ni.. tak sampai lah.. "ujar Ariana sambil tangannya terkial-kial cuba mencapai zip di belakang baju blousenya.
"La.. kau ni, kita dah lambat ni.. dari tadi aku suruh kau siap. Udahlah bergaya macam artis. Kita cuma nak gi kedai fotostat je!" ujar Nadia sambil mencapai zip belakang baju Ariana..
"Eh, kene lah bergaya. Mana tau terjumpa jodoh kat kedai fotostat tu ke!"
bersambung..

Subscribe to:
Posts (Atom)