read this! siapa anda dalam laman facebook!



Bukak jer FB interface yang baru.. bertambah simpang siur.. tapi kene biasakan gak dgn teknologi yg pesat nih.. tu belum masuk bab status teman2 yg pelbagai pesen.. haha.. kadang2 tergelak sendiri dok depan screen ni. Macam2 telatah.. ada beberapa jenis orang dalam FB nih. Ini bukan kajian mana2 Universiti ke, lab ke.. ini just pandangan mata kasar je..

1)Detail
Setiap saat facebook tak pernah lekang. Sentiasa update.. waktu ketawa.waktu sedih dan duka. Waktu gaduh.Tu belum lagi g tau setiap tempat dier pergi. Lau ader orang jahat nak culik pon senang.. (Nauzubillah. Mintak2 tak der jadi hal macam nih). Nak buang air besar pon nak g tau.. ha, punyelah detail jenis 1 nih. Jgn main2.. selalu download gambar. Selain Fb, dier jugak mesti rajin bukak youtube, download lagu.. share link dgn kawan2 yang lain.

2)Romantik
Sekejap Status A kata “ B, rindu lah kat awak.. bila awak balik dr kursus nih.. Rindu lah kat hubby saya!” past tu B pon jawab.. saling berbalas. Walaupon boleh send sms aje.. tapi tak best lah.. orang lain tak tau pulak dia sayang kat hubby dier. Jenis 2 ni pon bukan satu kesalahan.. itu dah memang cara dia meluahkan perasaan. Biar jelah.. kita doakan je pasangan ni bahagia.

3)Novelis
Huh, orang jenis nih, ayat nye mahal beb.. macam2 kata hikmah ade, puisi pon ader jugak. Mungkin dier rasa FB adalah medium terbaik dia nak berkarya.. zaman sekarang ni orang dah kurang baca buku.. (amalan tak sihat). Zaman sekarang orang sibuk baca FB ngan blog je..

4)Canggih
Orang pesen nih, dier ada ciri2 Jenis1, tapi dier lagi maju sikit. Kat status nyer sentiasa bertukar sekejap pakai BB, sekejap pakai iPad, link2 yang dier share pon pasal IT jugak. Games lagik.. ha.. x bley celen lah org jenis ni.. dier sentiasa maju ke depan lah.

5)Misteri Nusantara
Dier jarang bukak FB. Status nye cuma update sekali-sekala. Dier punya gambar sikit sangat. Maklumat profile pon sikit. Kalau dier bukak Fb pon, sekejap je.. lepas tu dier dah tak tau nak wat ape.. dier malas nak menggodek-godek Fb orang len. Nama pon tak guna nama betul. Ala2 pemalu gitu.

6)Popular.
Ramai Member. Macam artis. Gambar2 pon kene edit guna photoshop.. siap wat photoshoot lagik semata-mata nak letak kat FB. Lau dier lelaki, kebanyakan kawannya gurlz.. macam tu lah sebaliknya.. Lau update status.. ramai orang nak komen.. 42 orang LIKE.. haha..

Ha. Begitulah serba sedikit pandangan aku.. tak lah aku kata betul 100%. Pendapat korang mungkin lain. Semua jenis orang yang di atas tu tak ada sape yg betul ke.. salah ke.. just be your self.. walau macam mana pon jenisnya.. tak ada sape nak marah pon! Ade aku kisah??

2 comments:

Unknown said...

Wah....detail betul ujikaji ni.Walaupun aku ada akaun fb tapi ntah...tak minat sangat nak layan sebab itu itu je

~cintaBlog~ said...

betullah... aku da mula bosan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...