Lepas balik dari Cameron Highlands untuk meraikan anniversary yang ke 3 sy diserang selsema dan demam.. tak ketinggalan sibuk dengan jadual pemeriksaan di wad orthopaedic PPUM. Memang agak bz untuk menulis entri2 terbaru..
Rumusan ttg anniversary yang ketiga ni, sy rasa mcm ada refreshment dalam perhubungan kami. Ialah sebelum ni masing2 bz dengan tanggungjawab masing2.. bila dapat meluangkan masa bersama-sama banyak yang dibualkan, di kongsikan..
Terima kasih saya ucapkan buat en hubby untuk vacation yang sgt menarik nih.. Macam kawan2 sy kata bila kita kata “bosan” dekat suami tentang hari2 yang kita lalui.. dia pasti akan sangkut pautkan dengan kebendaan dan kewangan.. walhal bagi seorang isteri “bosan” bukan bermaksud harus pergi berlibur atau bershopping..
Sebenarnya bagi seorang isteri tak mengapa kalau duduk di rumah sahaja asalkan suami boleh temankan isteri bercerita, berkongsi apa yang dilalui seharian, melakukan kerja rumah bersama-sama.. sebab tu sy x kisah kat manapon dia nak meraikan ulangtahun perkahwinan.. selalu sy bg tau dier dgn tak malunye.. “x pe la x der apa2 pon.. janji mesti ada sekeping kad dah cukup..” sebab yg paling penting dia ingat..
Apa yang menariknya tentang percutian kali ni ialah ia adalah tempat favourite sy.. x kisahlah kalau orang kata tempat ni membosankan.. jammed.. tapi bg saya Cameron Highlands memang seswai sgt dengan jiwa sy.. yang paling penting persediaan sy untuk menjadikan percutian itu jadi benda yang memorable.. Bagi saya bukan tempat tu yang membosankan.. tapi cara kita sendiri yang menjadikan tempat tu best atau tidak..
Hari pertama kami bertolak seawal jam 6.30 pagi (walaupun check in hotel pukul 3) sebab sy nak elakkan jammed, dan cuaca panas dan bahang panas dalam kereta. Kalau kita pergi mana2 pon bila dah mula jammed, mesti mood bley lari jadi tak best. Kebetulan di depan rumah ada makcik jual nasi dagang dan nasi kerabu. Jadi sebelum bertolak saya beli bungkus untuk waktu sarapan.. (mood suami sy akan ok kalau ada sarapan yg cukup)
Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami sampai kat Ringlet. Sempatlah jugak singgah di kilang Teh Boh.
Selepas melawat kilang teh dan “mendaki” bukit yang terdapat di ladang teh berkenaan, kami bertolak ke arah Berincang untuk ke hotel Equatorial. Sebelum check in, sempat jugak la berjalan2 sekitar Kea Farm. Memang best kat sini.. kalau rajin boleh singgah kat Rose Garden. Kalau nak cari cenderahati tempat nil ah paling sesuai.. Selain dr harganya yg murah, ada banyak pilihan. Macam2 ada, dari sayuran dan buahan, jem, aksesori macam topi, dan barangan cenderahati yang lain.. Kebanyakan cenderahati kat sini berunsurkan strawberry.. comel sgt2!! Selepas membeli sedikit barangan kami Check-In kat hotel.. berehat sekejap. Kebetulan waktu ni pun hujan turun. Sebelum ni saya pernah jugak ke Cameron Highlands bersama keluarga jadi selalunya bila petang sy sedia maklum memang hujan akan turun. Sebab tu lah sy suka bertolak pagi sebab nak manfaatkan waktu untuk berehat pd waktu hujan. Selepas berehat dan hujan pun dah reda, kami melawat Smoked House yang terletak di Tanah Rata.
Suasana petang di Smoked House memang mendamaikan. Panorama kat sini pon sgt2 lah menarik..
Selepas pulang dari Smoked House kami sempat singgah di Pasar Malam. Di Pasar Malam ni pon, pengunjung boleh dapatkan cenderahati yg menarik, kalau nak cari baju sejuk pun ada.. macam2 ada.. yang paling popular kat Pasar Malam ni, strawberry celup coklat atau strawberry madu.. bantal2 bentuk strawberry, baby doll strawberry, payung strawberry, aksesori rambut strawberry, strawberry basah, strawberry kering.. macam2 ada..
Balik dari Pasar Malam dan dinner, kami lepak kat bilik sahaja sebab nak tidur awal, berehat, dan boleh bangun awal... zzzz
Di hari kedua, Kami bangun pukul 6.30, Selepas bersarapan saya mengajak en hubby dan Damia untuk “berjogging” di sekitar hotel. Memang best Hotel ni sebab kawasannya yang luas dan pemandangan yg cantik membuatkan senaman ni tak rasa memenatkan.
Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak ke Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Oleh kerana kami bertolak awal, tak banyak kereta yang melalui jalan yang di apit ladang teh.. jadi kami sempat lah memberhentikan kereta dan posing di sekitar laluan tersebut..
Boh Tea Centre ni di buka pada jam 9.30 pagi.. Jadi bila kami sampai tu.. dan2 je lah kan timing tu.. Jadi kitorang pon melawat dan bergambar sakan.. panorama kat sini sungguhlah cantik.. sempat jugak kami minum2 teh, sambil menikmati keindahan alam ciptaan illahi.. Sedap jugak strawberry tart dan custard bar kat sini.. kalau dtg lagi memang nak lagi!
Selepas melawat Boh Tea Centre tu, sy ajak en suami yang baik hati tu ke Big Red Strawberry yang terletak dekat ngan town Tanah Rata. Kat sini pon best jugak. Kalau anda berminat dengan bunga dan berniat nak beri cenderahati berbentuk tanaman kat sini banyak pilihan. Harga pon agak murah.. Kat sini pon, ada cafe yang menyediakan juadah yg fresh.. apa lagi.. makan lah lagi!
Selepas ke Big Red Strawberry, kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah petang pulak, kami melawat strawberry farm yang terdapat di sekitar Brinchang. Seperti hari sebelumnya, kami pulang awal ke bilik hotel kerana hujan turun.. Kat sini, bila hujan je.. (lebih2 lagi kat pasar malam) anda boleh lihat hampir semua pengunjung berteduh dibawah payung bercorak strawberry! Jadi kalau anda bercadang untuk adakan aktiviti memasak memang sgt seswai sebab waktu petang yang hujan, dan sayur2 kat sini murah.. ada waktu yg seswai untuk berehat, dan waktu untuk melawat.. apa yang paling penting bg saya sewaktu percutian, adalah time management supaya kita boleh menggunakan waktu dengan semaksima mungkin!
Selepas makan malam, kami menonton television dan berselimut sahaja di dalam bilik.. Pada waktu malam, terasa dingin udara kat sini.. En hubby yang mula kelihatan gelisah(sebab mcm x der aktiviti) mengajak sy untuk melepak di lobi. Kat ruangan lobi ni pon agak best melepak sebab ader aktviti riadah spt bermain pool & foos ball. Nampaknye malam ni ramai org yg conquer meja pool, dan menyebabkan kami terjebak untuk melakukan aktiviti lain. Cuba teka?
............................
Karaoke lah jawapannya!
Hampir 1 jam setengah menyumbangkan suara, kami pon balik ke bilik untuk berehat.. zzzz
Hari ketiga kami bangun lewat sedikit. Lebih Kurang jam 7 pagi. Bersiap2 dan mengemas bilik.. cari barang kat Kea Farm, Check Out.. dan tak terus balik.. sempat lagi En. Hubby bermain pool dan shopping sayur2 dan buah2an sebelum balik!
Walaupon agak memenatkan.. tapi sy rasa percutian kali ini memang best dan mengeratkan lagi hubungan antara kami.. seronok jugak tgk Damia yg sgt enjoy.. mungkin sebab dier da besar sikit.. dah pandai menyesuaikan diri.. comel sgt! Ibu syg Mia ngan ayah sgt2!!
No comments:
Post a Comment