salam hari khamis! hari ni sy kembali bertugas sbg deputy wedding planner untuk majlis perkahwinan adik saya 20 may ini.. wedding planner yg sebenar ialah pengantin sendiri kerna diri beliau penuh dgn sifat cerewetnya! hahaha..(jangan marah ye bakal pengantin!) oklah, sedang2 buat persiapan ni masih sempat sy update belog ini.. kerna serba sedikit terkenangkan majlis sendiri..
tahukah anda selalunya pengantin akan ada rasa tak puas hati dengan majlis sendiri.. sebab ada sahaja yang kita lupa atau masalah yg sukar ditangani.. sebab bila dah jadi pengantin ni, kita kena lah duduk diam2, senyum simpul, dan kalau tak puas hati tu simpan je dalam hati! ggrrrrr.... sebab itulah wedding planner terbaik untuk majlis anda ialah anda sendiri! melainkan anda mempunyai banyak duit atau anda org yg terlalu busy.. sebab anda ada keinginan sendiri, selera sendiri, dan anda boleh memutuskan budget untuk semua perkara. Saya bercerita kat sini bukan sebagai penasihat.. tapi untuk berkongsi rasa, sebagai org yg pernah jadi pengantin.. kita juga biasa jd tetamu.. jadi adalah sikit yg boleh dikongsi!
1. Tema
Benda pertama yang anda kena pilih untuk majlis perkahwinan anda ialah tema. Tema ni boleh jadi tema traditional melayu, traditional jawa, jepun, atau tema moden, english garden, atau banyak lagi lah.. kayangan la.. (walaupon kita semua tak pernah pegi kayangan). Kalau anda pening nak pikir tema traditional ke hape ke.. paling tidak anda perlu tetapkan tema warna. kalau dah tau warna, senang nak pilih baju, pelamin, doorgift, dan lain2 perkara.. pilihan warna pon penting jugak.. jangan main tangkap muat je.. bayangkan penggunaan warna tu dengan keadaan tempat majlis berlangsung dan pada waktu yang sesuai.. kalau buat majlis belah siang warna apa yang sesuai, kalau belah malam pulak.. selalunya warna yg cerah macam cream, soft pink atau putih nampak lebih menyerlah.. dibantu pulak dengan sedikit bias2 cahaya lampu kelip2.. cewah!!
2. baju/aksesori dan makeup
Baju pengantin adalah element yang sangat penting sebab mata tetamu yg hadir akan tertumpu pada anda.. pilihan warna yang sesuai dengan warna kulit anda dan pasangan.. kadang2 kita rasa kita tak sesuai dengan kaler tersebut.. takut nak try, tapi bila pakai nampak cantik pulak! haha.. sebab tu adalah sgt penting masa fitting baju pengantin, kedua2 bakal mempelai harus mencuba pakaian.. try je banyak2.. kalau yg perempuan da nampak cantik, suruh yg laki pulak try.. kalau rasa tak yakin, try baju yg lain.. biar dua2 puas hati.. kang, kalau sorang je suka.. takut masa majlis pasangan moncong je muka tu.. tak selesa la, tak confident la.. kalau nak puas hati.. buat baju baru.. barulah potongan tu kena dengan tubuh anda.. tapi anda kena sediakan budget yang lebih sedikit.. kalau anda memang tak da budget buat baju baru, anda boleh tengok2 kat internet atau majalah pengantin.. adalah sgt baik, setahun sebelum majlis, anda melanggan majalah2 tentang perkahwinan untuk mencari idea2 baru yang boleh di aplikasikan ke majlis anda. Jika anda berbadan agak chubby macam saya, anda perlu bijak memilih material kain, potongan dan warna.. Begitu juga dengan makeup.. kadang2 sebab nak jaga hati kawan atau sedara mara, jadi kita melantik mereka jadi juru andam walaupon sebenarnya kita tak sesuai dgn makeup tersebut.. melainkan kalau mereka memang benar2 berbakat.. apa salahnya kan.. kalau boleh, ketika anda survey mak andam, mintaklah album koleksi pengantin yang mereka pernah rias.. jadi anda boleh nilaikan adakah anda sesuai ataupon tidak dengan mak andam tersebut.
3. photographer
Memilih jurufoto yang baik adalah sgt2 penting.. adalah lebih baik anda mengadakan perbincangan sebelum majis berlangsung, untuk mencari keserasian dan mengutarakan apa yang anda mahukan.. mahukan lebih post ala2 model, candid, outdoor atau sebagainya.. tahukah anda bila gambar dah siap, dan anda nak kongsi bersama teman dan sanak saudara.. mereka sebenarnya mencari kalau2 ada gambar mereka terselit dalam album anda.. bukan nya nak tangok anda sgt pon.. ye! sebenarnya ini fakta! hahaha.. jadi ada baiknya anda minta jurugambar anda snap gambar sanak saudara atau tetamu secara candid.. secara tidak langsung merakam suasana kemeriahan majlis.. carilah jurugambar yang agak rajin.. dan tidak hanya mengikut anda kemana sahaja.. kerana agak rugi jika tiada satu pon gambar ketika majlis! wakilkan seorang pembantu anda untuk memperkenalkan saudara, ibu dan ayah juga adik beradik kepada jurufoto..(walaupon sebenarnya photographer tu yg kena ringan mulut untuk bertanya) kalau jurufoto tersebut ada blog, atau facebook, anda boleh menilai gambar2 yang pernah diambil..
4. dekorasi pelamin
Memilih pelamin yang sesuai juga perlu dititik beratkan. Sebagai contoh jika anda memilih tema kaler pink/ungu.. dan khemah atau dekorasi dewan warna pink, lebihkan warna ungu dibahagian pelamin supaya warna album anda ada variasi warna.. tidak terlalu tertumpu pada satu warna sahaja. Perlu juga melihat ruang yang sesuai untuk meletak pelamin seperti keluasan, sumber cahaya semulajadi(sgt penting supaya gambar anda tidak kelihatan malap). Pemilihan warna bunga, juga bunga telur dan alatan merenjis juga perlu diambil kira. Jika anda menyewa alatan merenjis, ianya boleh dibersih dan dikilatkan terlebih dahulu. Bunga telur tidak semestinya yang mahal. Boleh juga yang murah tapi carilah kaler yg sesuai.. kalau dah pasang kat pahar banyak2 tu nanti jadi cantik jugak..
5. doorgift
Jika anda seorang yang cerewet, memilih doorgift bukanlah sesuatu yang mudah. Pemilihan bag kertas/bag plastik, isi kandungan sama ada memilih makanan atau barangan dan lain2.. yang ingin saya tekankan kat sini ialah pengagihan doorgift/hadiah kepada tetamu.. dah buat penat2, cantik2.. tapi bila majlis dah selesai.. banyak lagi yg tidak diagihkan.. sebenarnya orang yang datang tu tak lah mengharap sgt dengan doorgift yg berapa sen sgt pon.. tapi sekurang2nya anda harus menghargai kehadiran tetamu.. sebagai pengantin, selain dari pengapit, anda juga perlu ada 2 ke 3 orang yang membantu anda.. "Tolong ambilkan 3 bag yg special untuk kawan aku dari ipoh ni!" contoh... itu contoh lah! sebab anda je yang tau yg mana kawan anda kan.. lagi2 yg dtg dari jauh..
6. tetamu
Keselesaan para tetamu perlu diambil kira. Selain daripada kipas yg cukup, air basuh tangan, tempat makanan yang bersih, anda juga harus ramah dengan para tetamu.. walaupon kadang2 anda tak kenal.. jangan sesekali anda ungkapkan "siapa ye ni? lupala!" saya pernah juga berada dalam situasi tersebut.. padehal dier yg menjemput! buat rugi datang je! dan memalukan tetamu tersebut!Sebagai pengantin, luangkan sedikit masa beramah mesra dengan tetamu dan sentiasa senyum.. jangan sibuk nak posing je.. bila orang ndak bersalam.. muka muncung je.. ialah.. hargai org yang datang.. ntah dari jauh ke.. ntah dier buat baju baru khas nak pakai untuk majlis anda.. bila da tiba harinya.. anda buat sombong pulak.. masa nak menjemput.. cakap punyalah manja. "Datangla.. kalau ko tak de, x best la!" ha.. ingat, anda jadi raja sehari je.. hari lepas tu jangan jadi bahan kutukan pulak! Ingatlah, kalau boleh majlis kahwi ni bukan memori indah untuk pengantin je.. sepatutnya ia menjadi memori yg indah untuk semua sekali yg ada kat situ..
7. makanan
Makanan memang subjek yg agak penting.. tak perlu mempunyai menu yang banyak buat tetamu menjadi pening.. cukup sekadar keserasian antara menu yang dipilih. Selain dari menu untuk tetamu, anda juga perlu memilih menu untuk makan beradap/meja pengantin.. juga yang penting sediakan meja untuk pihak sebelah..
8. pengapit
Pastikan anda ada menyediakan pengapit simpanan.. in case.. mana tau x dpt dtg, sakit perut ke.. pemilihan baju pengapit juga agak penting.. kalau boleh, biarlah sedondon baju pengapit lelaki dan pengapit perempuan..
9. hantaran
Selalunya hantaran untuk majlis kahwin orang tak tengok sgt, sebab dah tertumpu ke benda lain.. lainlah masa anda bertunang.. tak banyak benda nak highlight kan.. tapi kalau boleh, biarlah nampak kemas, simple tak pe asalkan ada la tema ke, sebab ia akan masuk dalam album kahwin kan.. benda tu akan terabdi dalam gambar.. untuk menjadi tatapan anak cucu nanti..
10. D.I.Y
Do It Yourself. Jika anda seorang yang kreatif dan mempunyai banyak idea ia adalah bonus yang sangat menarik! Kadang2 ia dapat menjimatkan wang anda.. tapi sebelum nak buat sesuatu tu kena kira untung rugi dari segi modal, masa dan juga komitmen. Jangan mula2 je nak buat.. sampai separuh jalan... da jadi malas.. beli baru yg dah siap.. kan ke membazir namanya tu..
banyak lagi sebenarnya yang perlu anda fikirkan.. yang sy tak tulis kat sini.. Yang paling penting, dalam anda membuat persiapan, jangan terlalu stress hingga boleh menghilangkan mood gembira anda atau buat orang lain terasa hati.. atau elakkan perselisihan diantara pasangan dan juga ahli keluarga kerana ia akan terbawa2 hingga ke majlis perkahwinan anda.. mesti jadi kurang best kan.. jadi tak cukup ceria! selain dari itu, anda perlu rajin ke kedai2 aksesori pengantin untuk survey harga pelbagai barangan.. kerana untuk menjadikan majlis anda cukup sweet sebenarnya kadang2 tidak perlu membeli hanya barangan mewah sahaja... anda perlu kreatif dan bijak! Selain dari itu, pihak keluarga perlu memberi sokongan dan kerjasama.. kalau semua nak harapkan pengantin.. susah jugak.. sebab itulah harus ada kemuafakatan..
pict credit by Darren Tan (Magicalshots) & Applemint Studio
No comments:
Post a Comment