Bukan Mia yg cute.. Party hari jadi Mia yg kiut.. X der jemputan.. Seisi keluarga je.. Tapi decoration mesti ada serba sedikit.. Flag yg colorful.. Aku jahit dari perca2 kain cotton.. Past tu belon2 skit.. (Malas nak tiup).. Dan crown Mia dari brg2 scrapbook ku..
Past tu dier nak cake angrybird.. Walaupon aku tak suka cake2 mcm tu sbb decoration je lebih.. Dalam mesti cream je yg byk.. Tapi x pelah, yg penting Mia happy.. Past tu beli makanan skit2 dan hadiah.. Anak pon cuma seorang, kesian lak kalau tak buat majlis.. Dier pulak mcm excited.. Sbb hari2 tgk drama Korea.. Ade 'besday2u'
Beberapa hari sebelum birthday dier, dier g umah sepupu.. Past tu main blackboard.. Dlm kete, dier cakap 'Mia suka tulis2 mcm Sofia tu ayah' dan tau je bapak2 ni mane Bley dgr anak derang minta mcm tu.. Dier g Ikea dan beli blackboard untuk Mia. Anak ayah Mia tu..
Ibu mmg nak teringin nak buat majlis yg best untuk Mia tapi daripada aku kecik kan, aku ada satu perasaan malu bila nak wat birthday party besar2.. Tak tahula knp.. Aku pon tak tau nak jemput sape.. Bg aku birthday party ni mcm majlis tertutup untuk family member je.. Tgk la nnt..
Mia 3 tahun
Pejam celik.. Pejam celik.. Puteri saya yang seorang ni dah masuk 3 tahun. Bila tgk koleksi gambar yang sudah2 tu.. Boleh ketawa sorang2.. Banyak perkara yang mencuit hati..
Di anugerahkan seorang anak memang di nanti-nanti oleh pasangan yang baru berkahwin. ada yang dapat.. ada yang dapat lambat.. atau.. ada yang tak berpeluang mendapat cahaya mata.. Melalui pengalaman sendiri.. Saya mcm tak percaya bila disahkan hamil.. Sehinggalah ketika saya melahirkan bayi comel itu..
Pertama kali saya melihat bayi comel itu.. Perasaan takut menyelubungi diri.. Tidak seperti dalam filem atau drama.. Seorang ibu yang baru melahirkan akan tersenyum.. Saya pula ketakutan.. lebih-lebih lagi inilah pengalaman pertama sy melahirkan.. Selepas ini.. Saya pun tak tahu adakah saya akan melalui pengalaman yang sangat menakjubkan ini buat kali kedua. Melihat wajah kecil itu membuatkan saya takut.. Takut jika saya tidak dapat menjadi seorang ibu yang baik.. Takut jika saya tidak dapat mendidik nya ke jalan yang di redhai illahi..
Benar lah kata orang anak itu anugerah illahi yang tak ternilai.. Berat tanggungjawab bila dikurniakan seorang anak.. Walaubagaimanapun, hari demi hari, melihatnya membesar membuat hati kita gembira.. Telatahnya membuatkan hari-hari saya lebih ceria. Setiap hari ada sahaja telatah yang lucu. Budak sekarang cepat matang dan bijak.
Semoga Mia panjang umur, sihat dan selamat.. juga menjadi seorang anak yg solehah, bijak.. dan semoga Allah memberi laluan yg mudah kepadamu untuk menjalani kehidupan ini.. Ibu sayang Mia sangat2!!
Subscribe to:
Posts (Atom)