Mia 3 tahun


Pejam celik.. Pejam celik.. Puteri saya yang seorang ni dah masuk 3 tahun. Bila tgk koleksi gambar yang sudah2 tu.. Boleh ketawa sorang2.. Banyak perkara yang mencuit hati..

Di anugerahkan seorang anak memang di nanti-nanti oleh pasangan yang baru berkahwin. ada yang dapat.. ada yang dapat lambat.. atau.. ada yang tak berpeluang mendapat cahaya mata.. Melalui pengalaman sendiri.. Saya mcm tak percaya bila disahkan hamil.. Sehinggalah ketika saya melahirkan bayi comel itu..

Pertama kali saya melihat bayi comel itu.. Perasaan takut menyelubungi diri.. Tidak seperti dalam filem atau drama.. Seorang ibu yang baru melahirkan akan tersenyum.. Saya pula ketakutan.. lebih-lebih lagi inilah pengalaman pertama sy melahirkan.. Selepas ini.. Saya pun tak tahu adakah saya akan melalui pengalaman yang sangat menakjubkan ini buat kali kedua. Melihat wajah kecil itu membuatkan saya takut.. Takut jika saya tidak dapat menjadi seorang ibu yang baik.. Takut jika saya tidak dapat mendidik nya ke jalan yang di redhai illahi..

Benar lah kata orang anak itu anugerah illahi yang tak ternilai.. Berat tanggungjawab bila dikurniakan seorang anak.. Walaubagaimanapun, hari demi hari, melihatnya membesar membuat hati kita gembira.. Telatahnya membuatkan hari-hari saya lebih ceria. Setiap hari ada sahaja telatah yang lucu. Budak sekarang cepat matang dan bijak.

Semoga Mia panjang umur, sihat dan selamat.. juga menjadi seorang anak yg solehah, bijak.. dan semoga Allah memberi laluan yg mudah kepadamu untuk menjalani kehidupan ini.. Ibu sayang Mia sangat2!!

1 comment:

Unknown said...

InsaAllah mia blh jd ank baik bla dididik ibunya. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...