ti wan choi dan mee udon kluang

semuanya bermula kat Kluang.. Kluang boleh dikatakan kategori pekan kegemaran yg bukan dari tempat asal aku. Kalau tak, x der la aku bley beli bunga telur masa kawen dulu kat Kluang.. mcm la kat Banting ni x de org jual bunga telur.. oklah, berbalik kpd cerita asal... waktu tu aku outstation masa bertugas di kementerian, waktu makan malam aku sempat singgah kat sebuah kedai bakery yg ada cafe skali dlm tu.. jadi aku order mee udon dan air asam.. bila mkn.. pergh.. sedap giler aku rasa.. aku mmg tak ingat la nama kedai tu.. dan ada lagi tak kedai tu pon aku x pasti.. ada sesiapa org kluang di sini?

Mee udon tu simple je.. ada rencah ayam.. sotong.. bende2 biasa.. cuma yg tak biasa aku mkn ialah sejenis sayur yg aku tak tau apa namanya.. tapi aku rasa aku bley cam bentuk mcm mn.. selepas dari itu bila ada kesempatan outstation kat Kluang je, aku mesti nak mkn bende tu.. cuma x kesampaian bila aku pg bulan ramadhan.. dan bila nak buka pose.. kedai tu tak terima order sebab dier buat buffet ramadhan.. keciwa!!!

lepas dr tu aku tak de la ingat2 sgt.. kekadang je.. dan bila g Jusco, kat area sayur organic.. ada pulak sayur ni.. jadi aku try buat mee udon sendiri.. past kita dah kenal senang nak cari sayur ni.. kat Giant.. pasar basah, Tesco.. semua pon ada.. mula2 aku mmg tak tau nama sayur ni.. aku panggil bayam organic je.. tapi oleh kerana encik suami pakar nama2 sayur.. dier sering kali mengingatkan aku nama sayur ni.. TI WAN CHOY katanye.. dan kerap kali aku terlupa.. mcm2 dier ajar.. siew park choi.. ku chai fa.. yau mak tam.. manelah aku nak ingat.. tapi bila dier heret aku masuk dunia retail.. mcm2 nama sayur aku kene hafal.. boleh kata hari pertama keje.. balik boleh mimpi nama2 sayur ni..

Ti Wan Choy ialah tumbuhan dr family Basellacea, nama scientific sayuran ni ialah Basella Alba.. dekat2 ngan Jessica Alba kan.. dan nama inggeris ialah Green Ceylon Spinach.. tapi tahukah anda nama melayu sayuran ini.. Remayong hijau adalah nama yg tepat untuk sayuran ini.. (itupon aku br je tau)

Tumbuhan ni sgt tinggi kandungan vitaminA, vitamin C, iron dan kalsium.. selain drpd itu.. sayur ni agak terkenal di beberapa buah negara antaranya India, Cina, Vietnam dan juga digunakan dlm masakan Jepun.

Kalau nak tau, tumbuhan ni senang membiak.. hanya perlu cucuk batang sayuran ini ketanah.. mcm dlm pict.. senang je tumbuh.. rasanya x sampai sebulan pon aku tanam.. dan sekarang dier dah tumbuh balik.. sehingga aku boleh buat entri mengenai sayur ini..

Sayur ni memang agak popular di kebanyakan negara kerana rasanya yg agak ranggup bila kita rebus buat mee, maggi atau ramen.. Selain drpd tu ianya juga dikenali sebagai Malabar spinach, Indian spinach dan byk lagi namanya..

Antara masakan yg menggunakan Ti Wan Choy ini ialah masakan jenis sup (soup) atau boleh juga di tumis (fry) dengan gaya masakan atau citarasa anda seperti mengabungkan dengan lemon dan halia (ginger). Jika anda suka masakan kampung, boleh la try tumis dengan udang kering atau belacan.. mn la tau sedap.. x salah nak cuba kan.. anda juga boleh try masak dengan menggunakan santan (coconut milk) dan boleh dimakan dengan nasi.. biasalah.. tekak orang asia di cerewet skit.. nak rasa pedas, lemak, masin sikit.. kay la, enjoy la melihat2 mee udon kegemaran sy.. mn tau terliur.. bolehlah anda cari di pasaraya terdekat anda!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...