Release tension cara tak sengaja

Ahad lepas.. En hubby dapat cuti.. Bukan senang nak nampak dier di hari2 minggu.. Tapi mmg x der rancang ape2 activity.. Tiba2 Kakak ipar call ajak picnic kat Shah Alam.. Picnic kat Shah Alam? Oleh kerana masa tu kitorg dr keramat on the way ke Banting.. Kitorg pon singgah la.. Ingat jap je la.. Dengan confident tak bw baju mandi, towel.. Tapi terjebak gak.. Ader gak bj2 spare yg masih bersih.. Cuma seluar pendek encik Ucop jer kener beli baru.. (Haish) wink~ wink~ pakai seluar bunga2.. Lokasi kat wet world Shah Alam.. Ticket ikut ketinggian.. Kitorg rm20 sorang.. Mia.. Tepat2 90cm jd free je..

Masuk2 je Mia Terus buka jeans dan main2 air area cetek2.. Seb baik kod pakaian renang x ketat sgt.. Bley mandi pakai t shirt pjg.. Encik Ucop pon mcm chipsmore.. Jap da hilang cr pelampung.. Aku je terhegeh2 nak pegang bag, nak salin baju.. Nak jg Mia.. Seb baik g beramai2 boleh la amik turn g main apa yg patut..

Lebih kurang 3 jam kat wetworld, kitorg pon beransur balik sbb hujan pon da mula turun.. Past tu g lepak kat tasik depan SIRIM tu.. Sambil makan2 bekal yg dibawa.. Akrivity hari tu mmg best, dekat, murah, dan x penat sgt.. Ok.. Chaw!!


























Birthday party Mia yg cute

Bukan Mia yg cute.. Party hari jadi Mia yg kiut.. X der jemputan.. Seisi keluarga je.. Tapi decoration mesti ada serba sedikit.. Flag yg colorful.. Aku jahit dari perca2 kain cotton.. Past tu belon2 skit.. (Malas nak tiup).. Dan crown Mia dari brg2 scrapbook ku..

Past tu dier nak cake angrybird.. Walaupon aku tak suka cake2 mcm tu sbb decoration je lebih.. Dalam mesti cream je yg byk.. Tapi x pelah, yg penting Mia happy.. Past tu beli makanan skit2 dan hadiah.. Anak pon cuma seorang, kesian lak kalau tak buat majlis.. Dier pulak mcm excited.. Sbb hari2 tgk drama Korea.. Ade 'besday2u'

Beberapa hari sebelum birthday dier, dier g umah sepupu.. Past tu main blackboard.. Dlm kete, dier cakap 'Mia suka tulis2 mcm Sofia tu ayah' dan tau je bapak2 ni mane Bley dgr anak derang minta mcm tu.. Dier g Ikea dan beli blackboard untuk Mia. Anak ayah Mia tu..

Ibu mmg nak teringin nak buat majlis yg best untuk Mia tapi daripada aku kecik kan, aku ada satu perasaan malu bila nak wat birthday party besar2.. Tak tahula knp.. Aku pon tak tau nak jemput sape.. Bg aku birthday party ni mcm majlis tertutup untuk family member je.. Tgk la nnt..

Mia 3 tahun


Pejam celik.. Pejam celik.. Puteri saya yang seorang ni dah masuk 3 tahun. Bila tgk koleksi gambar yang sudah2 tu.. Boleh ketawa sorang2.. Banyak perkara yang mencuit hati..

Di anugerahkan seorang anak memang di nanti-nanti oleh pasangan yang baru berkahwin. ada yang dapat.. ada yang dapat lambat.. atau.. ada yang tak berpeluang mendapat cahaya mata.. Melalui pengalaman sendiri.. Saya mcm tak percaya bila disahkan hamil.. Sehinggalah ketika saya melahirkan bayi comel itu..

Pertama kali saya melihat bayi comel itu.. Perasaan takut menyelubungi diri.. Tidak seperti dalam filem atau drama.. Seorang ibu yang baru melahirkan akan tersenyum.. Saya pula ketakutan.. lebih-lebih lagi inilah pengalaman pertama sy melahirkan.. Selepas ini.. Saya pun tak tahu adakah saya akan melalui pengalaman yang sangat menakjubkan ini buat kali kedua. Melihat wajah kecil itu membuatkan saya takut.. Takut jika saya tidak dapat menjadi seorang ibu yang baik.. Takut jika saya tidak dapat mendidik nya ke jalan yang di redhai illahi..

Benar lah kata orang anak itu anugerah illahi yang tak ternilai.. Berat tanggungjawab bila dikurniakan seorang anak.. Walaubagaimanapun, hari demi hari, melihatnya membesar membuat hati kita gembira.. Telatahnya membuatkan hari-hari saya lebih ceria. Setiap hari ada sahaja telatah yang lucu. Budak sekarang cepat matang dan bijak.

Semoga Mia panjang umur, sihat dan selamat.. juga menjadi seorang anak yg solehah, bijak.. dan semoga Allah memberi laluan yg mudah kepadamu untuk menjalani kehidupan ini.. Ibu sayang Mia sangat2!!

Tv

Nenek buat rule baru untuk Mia:

Nenek-skrg ni nenek nak tgk tv, siang je Mia boleh tgk cartoon.. Mlm nenek nak tgk Korea.. Pukul 8 Kita tgk berita.. Ok?

Mia- eh, nenek kata maghrib Kita kena mati kan tv kan.. Maghrib kan azan.. Kene sembahyang!!

Gulp.. Erk!!

Benda yg aku rasa cool mase bebudak yg aku nak buat..

Mesti semua orang ada byk benda yg nak dibuat masa jadi budak2.. Rasa mcm cool je kalau buat benda2 gitu..

Macam tu jugak dgnku.. Ada beberapa benda yg aku teringin nak buat masa kanak2 tapi sampai sekarang pon masih x dapat buat lagi.. Antaranya ialah:

1) telefon emak kat rumah dari public phone yg kaler merah kat London tu

2) buat rumah yang ada kincir angin

3) bekerja sebagai alih bahasa kartun

4) mempunyai harimau kaler putih

5) menjadi cepat besar dan ada sut sailormoon.. (Tapi bila da terlebih besar x der sut ape pon yg boleh muat lagi!!!)

6)boleh bermain ski kat gunung yg byk ais dengan terrornye!

7)Ada sebuah rumah yg hanya ada koleksi kasut je!!!!!

8)boleh pegi shopping tanpa bekerja setiap hari..

Pict Dari jurnal-ap.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...