knp org tak datang reunion??

bulan posa ni, mesti ader banyak jemputan berbuka puasa..
kat tempat keje, kelab itu, kelab ini, persatuan, meraikan anak yatim,
tak kurang ramai yg buat reunion time ni.. tapi kadang2 macam tak cukup
je geng yg dulu2 selalu tak pernah lekang tapi kini dah hilang!!!

aish, al maklumlah dah banyak komitmen, kejer lagi, kalau yg sudah kawin, family 1st!family belah suami, isteri, lau tak... ada yg berjauh hati...

bukan senang nak buat reunion... tak semua kawan2 kita tu free waktunye macam yg kita free... tapi bagi aku mungkin ader sebab lain kdg2 knp kawan kita ni dah lama tak timbul.. (pengalaman sendiri pon ader jugak)

ader 3 perkara yg anda tak perlu tanya/tegur kecuali kawan anda yg nak cerita sendiri.

1. "Eh, GEMUK lah kau sekarang!!!!!"

aku rasa macam nak lepuk je lau org ckp gitu... memangla pada sesetengah org bende ni bukan bende yg patut utk dimalukan, tapi ianya bergantung pada ke'konfidenan' setiap manusia.. lain org, lain la rasanya ye tak..

2. "Wei, ko keje ape sekarang... aku sekarang kerja di.... selalu g oversea"

nak menunjuk la tu.. mana la tau kawan tu kejer biasa2 je.. ada org yang tak berapa yakin bila ia kurang dr segi material.. lebih2 lagi kalau dia sorang je yg dlm keadaan mcm tu, kwn2 lain pulak "gempaq2"..

3. "Ko ni bila nak ada baby, aku punya dah 2 orang da!"

soalan ni pon bagi aku bleh menguris perasaan.. ye lah, anak kan anugerah illahi.. lagipon buat ape nak nyibuk jaga tepi spender org lain... jg diri sudah..


yg penting, bulan ramadhan ni bulan baik2.. lau niat nak eratkan sirraturrahim... jg2lah mulut kita.. kdg2 kita ni lau cakap memang tak ingat dunia.. waullahu a' lam..

tq mama

8 may 2010
5.45 pm

esok hari ibu, tapi tak balik jumpa mama n mak mertua. nak adil la kononyer nih!
tapi dua2 aku sayang.. hari ni tak ada banyak aktiviti.. selain drpd mengemas umah, tgk2 damia..

pagi2 lagi mak da tepon bg tau kak ngah da bersalin.. syukur alhamdulillah dua2 selamat!
nama nye miza adriana sofya. sempat jugak kak ngah menyambut mothers day tahun ni..



ialah, bukan senang nak besarkan anak.. hari pertama aku bergelar ibu, rasa macam takut2 je.. ialah anak kan amanah Allah... bila da besar sikit, kelakar tengok aksi Mia. da mula nak ikut2 apa yg aku buat.. da pandai merajuk..

buat mamaku.. terima kasih atas segalanya.. pengorbanan mama dr segi material, perasaan memang tak terbalas!

selamat hari ibu buat mama, buat mak, buat diri sendiri, buat kak ngah, dan semua ibu kat dunia nih...

~my colourful weekend~

I've always assumed weekends are boring. In fact weekend TV shows frequently lame and don't have peeps to hang out with because they busy with their families.

However, there's always fun activities that can be involve with. For instance, baking cupcakes, try out new recipes and doing choures.



Washing and folding clothes for me, can be a freedom of my mind because when you doing it, make you feel releved.



other than that, compiling a scrapbook enhance your own creativity.


buku-buku yang aku suka!

dulu aku suka novel melayu... lagi2 novel anis ayuni.. kali pertama aku baca novel yang bertajuk 'suara hati'.. macam nak nangis je baca buku tuh. tak taula sebab masa tu aku remaja lagi ke.. so sifat kejiwangan memang menebal lah masa tuh.. aku suka anis ayuni sampai g cari penulis ni kat pesta buku di PWTC..

lepas tu masa study kat library kolej, aku ada terbaca buku Sidney Sheldon, title buku tu "Tell Me Your Dreams" (macam kenal jer title nih!)

terus aku jatuh cinta dengan novel2 omputeh nih!

Tell Me Your Dreams(TMYD) ni mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai multiple personality.. dier jadi macam ni pun atas sebab2 tertentu... tapi aku suka Sidney Sheldon sebab.. dia betul2 menjalankan kajian sebelum menulis novel2nye.. sampaikan aku terpengaruh dengan watak2 dalam TMYD nih.. lepas tu banyaklah fiksyen dari Sidney Sheldon yang aku baca.. (Kebetulan sebelum kawen, hubby kejer kat kedai buku Borders.. sambil tunggu dier, berjam-jam aku baca novel Sheldon nih)


antara novel Sidney Sheldon yang sudah dibaca ialah:-
-the other side of midnight
-a stranger in the mirror
-bloodline
-rage of angels
-master of the game
-if tommorrow comes
-windmills of the gods
-the sands of time
-memories of midnight
-the doomsday conspiracy,
-the star shine down,
-nothing lasts forever
-morning, noon and night
-the best laid plans
-tell me your dreams
-the other side of me

dan yang paling aku suka ialah TMYD, Nothing Lasts Forever & The Other Side of Me(autobiography). Sayangnya Sidney Sheldon dah meninggal dunia pada 30 January 2007.

Nothing Lasts Forever menceritakan tentang 3 orang doktor pempuan.. (aku yang bukan doktor pun agak bersemangat bila baca buku nih.. dan rasa macam jadi doktor sekejap)

The Other Side Of Me pulak kisah hidup Sidney Sheldon. Membaca autobiografinya seperti membaca novelnya.. dalam buku ni dia cerita dia pernah ada niat nak membunuh diri kerana tekanan hidup. tapi tak jadi sebab "hidup ni macam novel, kita takkan tahu apa yang akan terjadi jika kita tidak menyelak muka surat seterusnya!" itu ialah ayat2 dari dalam buku tuh.. ayat power tuh!

oklah, seterusnya... buku di carta teratas yang paling aku suka baca ialah :-

buku peta!



selalunya ramai orang perempuan yg tak suka baca peta.. tapi aku suka sangat.. sebab dari zaman aku kerja praktikal sampai la laa nih... kerja aku ni asyik travel jer!

oklah, buku peta nih memang sangat berguna.. dan lau bley dapatkan yang latest dipasaran.. sebabnya lau kat Klang valley ni banyak sangat pertukaran dan pembangunan.. dalam peta lama tak der jalan or bangunan tu... tup tup tup bile da sampai lain pulak! ok la, apa2 pon baca buku n kumpul buku ni memang tak rugi.. sebab kadang2 kita akan cari buku tu balik untuk seswatu perkara.. (lebih2 lagi buku agama!)

selamat hari ibu buat ibu yg membuang bayi


panjang laks title nih... of coz le insan teristimewa yg seswai aku ucap selamat hari ibu ialah buat ibuku yg tercinta! selamat hari ibu kepada diri sendiri gaks.. tahun pertama aku sambut hari ibu nih.. mintak2 dapat kek!

tapi aku gak nak ingatkan kepada ibu2 yang membuang bayi.. walaupun dah tak der baby title ibu tu takkan hilang!

aku bukan nak salahkan ibu2 yang membuang bayi dalam entri nih.. (umumnye semua orang dah tau perbuatan ini salah!) occay lah.. tak ada seorang ibu dalam dunia ni yang tak sayangkan anaknye..

siapalah aku nak cakap lebih2 sebab aku pon tak tau macam mana perasaan mereka yang buang bayi.. macam mana perasaan mereka kali terakhir menoleh ke arah bayi tu.. perasaan mereka bila lihat baby tu kat dlm newspaper... betapa menyesalnya mereka... rasa bersalah, tiap2 malam mimpi..

aku ader tengok satu rancangan bual bicara, seorang pemanggil bercerita pengguguran, buang anak.. tapi sepuluh tahun lepas. lepas tu dia kawen dan mempunyai anak yang lain, tapi still dier tak bley lupa anak yang dia buang tu sampai sekarang..

sebab malu dan takut anak yang tak berdosa tu ditinggalkan.. betullah kata pengetua KEWAJA (Yahaya Mohamed) sebenarnya masyarakat kita nih terlalu 'jaga' anak perempuan sampai terlepas pandang kepada anak lelaki. walhal kita perlu mengingati anak2 lelaki supaya menjaga dan menghormati maruah wanita..

kenyataan ni pulak dipetik dari utusan:

"Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam" kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.



anda juga boleh baca petikan tu kat blog perkhidmatan pelajaran. ada ramai insan kat luar sana yang dah kahwin inginkan anak tapi tak dapat.. tak ada rezeki.. aku pon tak tau nak cakap. dan tak berani nak cakap lebih-lebih, sebab aku ada adik pempuan, anak pempuan..

sebagai seorang yang baru bergelar ibu, aku sangat bersyukur.. aku juga nak ucapkan selamat hari ibu buat mamaku.. dan seluruh ibu kat dunia nih.. bukan senang nak membesarkan anak.. tapi mempunyai anak adalah seswatu yang paling indah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...