selamat hari ibu buat ibu yg membuang bayi


panjang laks title nih... of coz le insan teristimewa yg seswai aku ucap selamat hari ibu ialah buat ibuku yg tercinta! selamat hari ibu kepada diri sendiri gaks.. tahun pertama aku sambut hari ibu nih.. mintak2 dapat kek!

tapi aku gak nak ingatkan kepada ibu2 yang membuang bayi.. walaupun dah tak der baby title ibu tu takkan hilang!

aku bukan nak salahkan ibu2 yang membuang bayi dalam entri nih.. (umumnye semua orang dah tau perbuatan ini salah!) occay lah.. tak ada seorang ibu dalam dunia ni yang tak sayangkan anaknye..

siapalah aku nak cakap lebih2 sebab aku pon tak tau macam mana perasaan mereka yang buang bayi.. macam mana perasaan mereka kali terakhir menoleh ke arah bayi tu.. perasaan mereka bila lihat baby tu kat dlm newspaper... betapa menyesalnya mereka... rasa bersalah, tiap2 malam mimpi..

aku ader tengok satu rancangan bual bicara, seorang pemanggil bercerita pengguguran, buang anak.. tapi sepuluh tahun lepas. lepas tu dia kawen dan mempunyai anak yang lain, tapi still dier tak bley lupa anak yang dia buang tu sampai sekarang..

sebab malu dan takut anak yang tak berdosa tu ditinggalkan.. betullah kata pengetua KEWAJA (Yahaya Mohamed) sebenarnya masyarakat kita nih terlalu 'jaga' anak perempuan sampai terlepas pandang kepada anak lelaki. walhal kita perlu mengingati anak2 lelaki supaya menjaga dan menghormati maruah wanita..

kenyataan ni pulak dipetik dari utusan:

"Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam" kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.



anda juga boleh baca petikan tu kat blog perkhidmatan pelajaran. ada ramai insan kat luar sana yang dah kahwin inginkan anak tapi tak dapat.. tak ada rezeki.. aku pon tak tau nak cakap. dan tak berani nak cakap lebih-lebih, sebab aku ada adik pempuan, anak pempuan..

sebagai seorang yang baru bergelar ibu, aku sangat bersyukur.. aku juga nak ucapkan selamat hari ibu buat mamaku.. dan seluruh ibu kat dunia nih.. bukan senang nak membesarkan anak.. tapi mempunyai anak adalah seswatu yang paling indah..

4 comments:

asmariamy said...

salam, betul tu saya sokong, jangankan anak, haiwan peliharan kita atau pun patung busuk kita hilang pasti kita akan rasa sedih kan?!! inikan pulak anak kandung yang dikandung 9bln 9minggu 9hari 9jam 9minit 9 saat.

kongsi tips rumah tanga, tips anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

asmariamy said...

salam, sedangkan handpone tak bernyawa pun jika dibuang terasa sayang inikan pulak anak kandung,

mari kongsi tips rumah tangga, tips anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

~cintaBlog~ said...

yup, betul... mintak2 gejala ni dapat dikurangkan... kalau ada yg terlanjur, cari2 lah cara yang seswai untuk menyelesaikan masalah.. bende pon da jadi..

azremy said...

tak guna marah,,sebab yg buang tu org gila,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...