jangan sombong bley tak??!!!

mesti korang pernah ader situasi yang tak best... contohnye g restoran past tu orang yg amik order tu belagak tak hingat! ee... geram sangat.. macam lah dier sorang je penat kejer!

aku penah jadi orang yg amik order dan orang yg nak order... tapi dua2 situasi aku dilayan x best!

tak kisahlah kat mana situasi aku... tapi budi bahasa rakyat dunia ni memang da makin tipis..

lepas study aku kerja f&b.. beselah kerje sebagai 'kuli' ni mmg kener tadah telinga dengan maki hamun manusia... supervisor aku tu panggil "eh, bodoh.. sini kejap!" (penat je aku amik degree kene bayar ptptn.. dier tu budak spm jer pon!) dah la satu bangsa ngan aku.. saje je nak marah depan customer.. nak tunjuk lagak... sedih aku tgk perangai mcm nih..

tak kisah lah dier cuma ader sijil spm ke, diploma ke, degree ke... sape aku nak hina dier.. rezeki tuhan bagi lain2.. tapi yg buat aku terkilan tu panggil aku bodoh... adoi ai.. kenapa lah kita da kekurangan adab sopan? rugi ke kalau cakap elok-elok?

pernah aku g pasar nak beli bendi..(sejenis sayur) dan sebelum kita beli mestila kita belek2.. nak tgk manalah tau lau tua ke.. busuk ke.. past tu penjual tu bley sound direct kat aku "lau nak beli jangan sepah2kan sayur tu.. dah susun tu!" walhal aku baru je pegang.. tak taulah kalau 10 orang sebelum aku dah sepah2 kan sayur dier.. ataupun dier penat.. tapi bg aku cara dier tu memang tak betul.. aku yang boleh dikatakan kurang tahap kesabaran ni terus je amik satu pinggan bendi tu.. n then aku campak kat depan dier! past tu aku beli bendi kat penjual sayur depan penjual sayur yang sombong tuh.. (lepas tu mak aku marah aku! katanya aku kurang sabar)

mesti korang pon ader gak situasi macam nih kan.. sebagai peniaga kita mesti la ade teknik nak layan pelanggan.. sebagai contoh, ader seorang perempuan saiz L atau XL datang ke kedai baju.. tapi dier tgk baju saiz M atau S, jangan lah cakap.. "kak, baju saiz besar ader kat sebelah sana kak!" memang pantang nenek moyang lah lau ader orang cakap macam tuh.. lantak dierlah, tak kisahlah.. manalah tau dier nak bagi hadiah kat orang ke... bukan kita yg rugi pon..

so, budi bahasa.. budi bicara ni memang penting... jangan buat orang kecik hati... silap2 boleh jadi gaduh, boleh membunuh.. bak kata org lama "kerana mulut badan binasa.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...