Bermulanya satu cabaran


Enam bulan berlalu pergi.. tapi penuh dengan pengertian. Saya belajar ke satu dunia yang penuh cabaran.. dan cabaran saya baru bermula.

Enam bulan lepas saya mengenal dunia keibu bapaan. Ternyata ia bukan sesuatu yang mudah. Banyak yang saya perlu tahu. Terus terang saya katakan, apabila bayi yang saya kandung 9 bulan itu lahir, perasaan saya sangat takut. Anak itu anugerah illahi. Amanah Allah. Berat tanggungjawab yang perlu saya pikul. Barulah saya tahu bagaimana perasaan ibu bapa saya.

3 bulan pertama semasa mengandung saya mengalami morning sickness. Tapi saya atasi dengan bersarapan seawal jam enam pagi. Saya juga kerap ke tandas. Saya bertugas sebagai penyelidik dan tugas saya adalah melawat kilang makanan. Kebetulan, dalam sebulan 2 minggu saya bertugas di luar daerah. Namun saya tidak pernah merasa ianya satu kesusahan. Pada saya ia membuatkan saya lebih bersemangat.

Masuk trimester ke 2 iaitu bulan ke empat, saya bertambah aktif. Ada juga saya menyertai aktiviti snorkelling bersama kawan-kawan. Pada waktu ini janin sudah mula bergerak didalam perut. SubhanAllah.. sungguh besar kuasa Allah..

Trimester ke 3 saya lalui dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Saya mula merasai kelainan yang ketara. Pinggang mula sakit, kaki mula bengkak, emosi saya juga berubah-ubah. Mujurlah suami faham dan bersabar dengan karenah saya. Majikan saya juga sangat memahami dan bulan-bulan terakhir saya mengandung saya hanya bertugas di pejabat sahaja.

Saya sangat bersyukur pada illahi atas rezeki yang telah diberikan.. ianya satu pengalaman terindah dalam hidup saya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...