Magical Moments

7 oktober 2009.
8.30 pagi.
Pusat Perubatan Universiti Malaya


Pagi tu saya dan suami bergegas ke hospital untuk menjalani medical checkup mingguan untuk kandungan saya. Saya di jangkakan bersalin pada 10 oktober. Sebelum pergi, saya sempat bersalam dengan mama dan bergurau saya mungkin bersalin pada hari tersebut.

Sampai di hospital saya melakukan rutin biasa, menimbang berat badan (memang sangat berat!), ambil tekanan darah dan beberapa perkara lagi. Tiba waktu berjumpa doktor, saya disarankan ke wad bersalin segera kerana tekanan darah yang agak tinggi. Mendengar saranan doktor membuatkan jantung saya berdegup laju... tak sangka apa yang saya guraukan jadi kenyataan! Saya hanya sempat mengantar pesanan ringkas kepada mama menyatakan saya ke wad bersalin dan mungkin di induce.. dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu!

Jam 10 pagi. Seorang doktor datang untuk memeriksa keadaan saya. Bukaan sudah 3 cm. Kata doktor. Kemungkinan saya tidak di'induce'.. huh... syukurlah sebab ramai kawan-kawan saya kata induce tu sakit.. saya terus menanti dan menanti. Air ketuban masih belum pecah. Pada jam 12 tengah hari barulah doktor sarankan supaya air ketuban di pecahkan. Saya yang kurang pengetahuan dalam bidang perbidanan ni hanya bersetuju sahaja.

Dalam masa yang sama saya terus berzikir dan berdoa. Saya ada terbaca di dalam sebuah buku apabila bersalin ibu perlu bertenang untuk mengelakkan sakit yang melampau. Takut sebenarnya saya mendengar jeritan orang-orang disebelah. Macam-macam yang saya fikirkan. (lapar pon ada rasanya)

2 petang. Saya mula merasa sakit. Ke kanan tak kena. Ke kiri tak kena. Saya tak pernah rasa sakit macam ni. keadaan saya "macam kucing nak terberanak/ayam nak bertelur". Tak tahulah kenapa orang ungkapan ayat tu. Padahal kucing nak terberanak pun masih boleh berlari dan melompat. Orang nak melahirkan lebih teruk rasanya..

3 petang. Doktor pakar bius datang dan menyarankan supaya saya ambil epidural kerana tekanan darah yang tinggi. Dalam keadaan sakit.. ianya bagai satu anugerah... hehe... saya terus bersetuju. Ada kakak kat office kata tak sakit langsung bila guna epidural. Saya berharap keadaan yang sama.

5 petang. Sakit di bahagian pinggang mulai hilang. Tapi di bahagian lain tetap sama. Doktor membuat pemeriksaan lagi. Katanyabayi saya dalam posisi RUV. saya pun kurang jelas. Setahu saya muka bayi menghadap keatas dan mungkin bahaya sikit. Doktor sarankan saya supaya membuat latihan meneran agar bayi saya pusing kebawah.

Jam 7 petang sakitnya brtambah-tambah. Tak de orang pulak dalam bilik saya.. Tapi saya terus berlatih meneran sehingga jam 7.30 saya rasakan kepala bayi sudah hampir keluar. Kali ini ada beberapa orang doktor yang masuk. Kata doktor saya sudah hampir melahirkan kerana sudah nampak kepala bayi. Akhirnya setelah 2 kali teran, seorang bayi perempuan lahir dengan berat 3.4 kg. Saya terkesima. Tidak dapat saya simpulkan perasaan waktu tu. macam-macam saya rasakan. Sakit yang tadi melingkar tiba-tiba hilang. Saya pandang wajah bayi kecil itu. Matanya memandang saya dengan kehairanan. Dia akan memulakan pengembaraan. Dapatkah saya memimpin tangan kecil ini? pelbagai persoalan muncul. Melihat bayi kecil itu pergi (untuk dibersihkan sebentar) membuat saya terus merasa rindu.. Bersyukur saya pada waktu itu..

Malam itu.. saya tak bisa melelapkan mata. Saya hanya memandang wajah si kecil yang sedang nyenyak tidur. Mungkin sebelum ini memangku bayi pun saya kekok. Tapi bila saat itu semuanya berubah. Walaupun agak lemah saya tidak merasa penat. Saya lebih risaukan keadaan bayi... melihat kalau-kalau ada sang nyamuk yang singgah... waktu itu saya sedar... begitulah perasaan seorang ibu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...