sebab amah gila, aku ditahan seumur hidup

bukak la media massa, media cetak, internet, fesbuk, belog.. semua bercerita pasal amah yg dijatuhkan hukuman 20 tahun oleh mahkamah kuantan kerana kesalahan menghempas dan menganiaya seorang bayi lelaki.. aku tgk sikit je beb video tu.. aku mmg tak berani nak tgk video2 mcm tu.. lebih2 lagi kalau pasal baby.. tapi aku da tak bley tido.. aku kalau tgk mcm tu mesti aku bayangkan org buat anak aku mcm tu.. aish.. mintak2 selamat la mia tu.. dunia akhirat..

dan bila laki aku tgk je video tu terus2 dier message aku.. "TAK PAYAH KERJA!!" nampaknya tuan hakim yg bijaksana tu dah buat keputusan.. dikala aku sedang bersemangat ni asyik melayari laman jobstreet..

seb baik 'hukuman' tersebut x de itam putih.. nnt aku pujuk la tuan hakim tu.. gosok2 skit bahu dier.. dah 3 tahun aku duduk kat umah jd housewife sepenuh masa.. kdg2 ada kawan2 update status kat fb "bertuahnya org yg jadi full time housewife" biar aku ceritakan disini..

tahukah anda menjadi seorang suri rumah tu aku kene korbankan byk bende dalam hidup aku? ingat aku suka2 je buat keputusan tanpa ada list dlm kepala hotak aku ni? lebih2 lagi dgn penat lelah blajo sampai degree dan akhirnya ini yg aku pilih? hutang blajo dulu pon tak habis lagi..

memilih untuk menjadi suri rumah, bermakna hampir 60% sumber kewangan kami terjejas (mase tu gaji aku lebih skit berbanding suami). Lama aku pikir dulu.. bermakna aku kene tinggalkan angan2 bershopping, berjimba, atau makan kat tmpat yg sedap2.. bercuti saban tahun, hadiah anniversary, hadiah harijadi, parti hari jadi mia, nak beli rumah, apa lagi beli perabot, apa lagi gadget terkini, pencuci muka clinique, make up, kasut dan banyaaaaaakkkk lagi!!!!

Tapi bila kita ikhlas buat semua tu alhamdulillah ada rezeki Allah bagi lebih.. contoh macam suami naik pangkat ke, naik gaji ke, walaupon memula tu memang terasa sangat2 tapi aku teruskan juga.. Bila dah lama2 bende tu jadi ok tanpa kita sedari.. walau bagaimanapon, ianya mengajar kami untuk lebih berdisplin soal menbelanjakan duit.. tetap sampai skrg aku masih tak bley lagi bermewah2.. takut ada kecemasan.. itu dari segi soal duit la..

Lupakan saja baju glamor dlm wardrobe tu kerana seorang suri rumah takde pegi dinner, family day, atau apa2 yang seumpama dgn tu.. (majlis keraian syarikat) nak lepak kluar mkn dgn kawan2 pon susah.. malahan tanpa anda sedari.. tahap keyakinan anda akan menurun sedikit kerana berasa diri tak sempurna macam org lain.. ialah, kawan anda cuma anak, suami dan keluarga (itupon kalau duduk dekat dgn family) rasa mcm fikiran tak berkembang.. merasa diri tak de apa2 pencapaian..

dan bila dah terperuk sahaja kat rumah 7 hari seminggu.. kdg2 boleh terlepas marah.. bayangkan, kalau dengan anak sendiri pon kdg2 boleh hilang sabar.. inikan pulak percayakan org lain yg x tau asal usul, atau ada pertalian darah.. kalau anak yg kita jaga sendiri terjatuh.. kita yg jaga sendiri tu akan diam je.. tapi lau org lain buat.. cepat2 nak saman.. betul ke? sbb tu aku tak percaya org lain.. lagipon kita taula anak kita punyer perangai mcm mana kan.. (bg anak yg da besar sikit)

itu belum lagi cakap2 org sekeliling, kdg2 ahli keluarga pon masuk campur.. hah yg tu bab sensitip.. (korang paham2 je la) tapi aku tak bley puaskan hati semua pihak.. sbb lau susah pon yg bercakap lebih tu tak tolong pon!!!!!!!!!!

tapi bila aku tgk dier membesar depan mata.. aku bangga sangat.. aku jaga makan pakainya, aku tak nak dier nampak comot. aku temankan dier bercakap, aku jawab segala persoalannya, dier jadi budak yg bijak dan berani, keyakinan diri dier pon bercambah.. malahan kesihatan kulitnya pon aku amik kisah.. bukan aku nak berlagak aku pandai jg anak.. kdg2 ada kekurangan jugak.. tapi biarlah pengorbanan aku tak kerja ni terbayar skit.. bukan soal duit.. bila dier bijak berbicara, cepat belajar, kulitnya sihat, tak selalu demam pon dah buat hati aku tenang.. dah rasa terbayar.. tapi bukan senang nak berada kat tmpat ni.. cuma suami slalu ingatkan aku, kat mn pon kita skrg.. tuhan dah tentukan.. dan jadilah org yg sentiasa bersyukur dan tidak membandingkan hidup kita dgn yg lain.. ye la, buat apa nak di sesak sesakkan fikiran..





kalau tgk mukanyer seswai mcm manusia berhidung belang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...