betapa di bumi ini ku melangkah..
ke selatan utara timur dan barat.. ku jejaki..
aku bukanlah seorang perwira..
gagal menghunus senjata..
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri..
demi cinta ini..
Peristiwa di Lahad Datu mengingatkan aku tentang lirik lagu Allayarham Sudirman Hj. Arshad.
Bait2 lagu ini membuatkan aku bersemangat, semangat cintakan negaraku Malaysia. Yang sebenarnya ia mengingatkan kita yang telah merdeka ini.. keamanan negara tidak semestinya terjamin sekiranya kita tidak mempertahankan negara tanah air ini..
Bait lagu ini juga menyeru supaya sesiapa pun kita.. di manapon kita, walau apa yang kita lakukan.. kita semua mempunyai peranan yang kuat dalam mempertahankan hak negara tercinta ini.. Ianya tidak terhad kepada pasukan keselamatan sahaja.. Ia bukan tergalas pada bahu mereka sahaja.. Ianya juga tergalas pada bahu setiap rakyat Malaysia..
Bagaimana kah mungkin kita dapat mempertahankan negara 'dengan cara sendiri?'
adakah dengan berdemonstrasi? bagi aku, cara yang paling bijak adalah tidak membuat sebarang masalah. Jika anda seorang pelajar, anda perlu belajar dengan betul dan gunakan ilmu untuk berbakti kepada negara, jika anda seorang pekerja kebersihan.. anda juga membantu dari segi kebersihan dan mewujudkan keselesaan kpd org lain, jika anda seorang blogger.. tulislah sesuatu yang membawa kepada perpaduan bukan perpecahan.. jika anda seorang ahli sejarah.. anda gunakan ilmu dan menurunkan sejarah pada generasi muda demi mempertahankan negara, jika generasi yang baru buta sejarah.. mungkin negara boleh tergadai dengan mudah pada masa akan datang. Rakyat perlu mencari sejarah tentang negara dari sumber yang betul. Pada zaman facebook ni.. byk fakta yg di 'share' kadangkala sejarah yang di putarbelitkan. Jika anda seorang pembuat filem atau pengarah teater anda boleh membuat filem atau lakon layar mengenai asal usul Malaysia berdasarkan sejarah yg betul.. ia dapat dikongsi dengan jutaan rakyat Malaysia dan ia lebih mudah diserap dan boleh di tonton dan di tayang berulang kali seperti sejarah Bukit Kepong..
ketepikan soal parti UMNO, PAS, Keadilan atau lain2.. ini bukan masa yang tepat untuk berbalah kerana ada sahaja pihak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengaitkan peristiwa ini sandiwara politik.. berfikirlah kita sewaktu pasukan keselamatan yang terkorban semasa berjuang untuk negara, adakah dia ada masa untuk fikirkan semua tu? Demi tugas yang getir itu.. digagahi jua walaupon dia tahu nyawanya bakal jadi taruhan.. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang ditinggalkan? Berterima kasihlah kita pada mereka yang telah berkorban dan terkorban.
Berhentilah dari membuat spekulasi dan menganggu tugas pasukan keselamatan dengan menyebarkan gambar, atau apa sahaja.. jika kita bukan wartawan bertauliah tak perlu membuat sebarang ulasan krn pihak penceroboh sekarang juga punyai account facebook, instagram, twitter, blogspot dan macam2 lagi.. seperti kita juga.. semoga negara kita senantiasa selamat.. tanpa kita sedari musuh ada berhadapan dengan kita..
No comments:
Post a Comment