dah jadi malas
rutin aku sebelum nak keluar rumah.. (lau g jalan jauh/ g berjimba) mesti kemas rumah cantik-cantik! Sebabnya aku tak nak bila balik rumah penat2 tambah sakit mata dan sakit hati tgk umah bersepah.. kan best waktu kita balik bercuti selalunya akan ada satu ketenangan melihat rumah yg bersih.. tapi kadang2 lau emergency tu belasah jer lah.. asalkan suis2 dah tutup, gas pon dah cabut, pili air tertutup.. dan kunci pintu tingkap.. dah kira occaylah tuh..
macam hari selasa lepas, satu hari x der kat umah sebab checkup mia at the klinik kesihatan, then on the afternoon aku pulak yg checkup at the orthopaedic PPUM.. so sebelum pegi tuh(hari isnin).. kemas umah... basuh baju.. (x sempat lipat letak kat baby cot) past tu basuh kasut... hah.. ini lah sebenarnya yg aku nak cakap dr awal.. panjang bebenor mukadimah nyer..
perasan tak.. dulu2 masa zaman sekolah kita rajin sangat basuh kasut.. hampir setiap minggu.. past tu keringkan dalam washing machines.. letak bawah peti ais (kalau basuh dah last minit) past tu kapur pulak... huiii....... rajin sangat! kenapa sekarang aku dah malas yek?? baru aku perasan yang skrg nih.. aku main beli je kasut.. yang dah buruk aku buang je.. macam mana nanti kalau anak aku dah sekolah.. aku nak marah dia "kenapa tak basuh kasut?!" padahal aku tak tunjukkan contoh pada dia?
ntah2 banyak lagi benda yang dah aku lupakan.. (walaupon cuma pasal basuh kasut je.. tapi ada kesedaran jugak!) dan.. kenapa aku tak abis2 cerita pasal kasut?????
pict from yahoo image
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment