macam serius jerk title kat atas ni kan.. tapi memang elok kalau kita bincang2 kan bende yang agak remeh temeh nih.. dalam dunia skrg,
dan kita selalu bersyukur dgn segala nikmatnya.. tapi kekadang dalam menjalani hidup ni.. kita seringkali menipu diri.. contohnya bila berhadapan dengan orang lain.. lebih2 lagi bila kita disogokkan dengan teknologi.. aku tak nak wat topik ni nampak mcm serius sgt tapi kadang2 aku tgk makin bahaya pulak dari segi sosial dan keperibadian.. contohnya muncul banyak program realiti..
kita dapat tgk gelagat peserta program realiti yang tak berapa nak natural sgt..
sebab derang pon dah tau ada camera.. kadang2 yang gedik jadi lebih gedik, dan yg poyo jadi lebih poyo.. aku tak salahkan derang.. sebab aku tak pernah masuk dlm reality show nih.. dan pada aku kalau aku lah.. kat tmpat derang.. aku juga mesti "berlakon" dan menipu.. siapa nak sikap sebenar diri sendiri diketahui org satu dunia.. bolehke kita jadi natural? sebab seorang manusia normal.. kita dibesarkan dan diajar apa itu malu dan ego.. macam2 ragam kita dapat tengok dan ia sebenarnya bahaya dari segi sosial dan keperibadian sebab rata2 reality show ni memang ngetop dan ada peminat.. begitu jugak dgn peserta.. kalau derang menampilkan imej yg baik org ikut dan begitulah sebaliknya.. tapi tak semua reality show ni tak baik, ada yg baik gak contohnya yg menampilkan nilai2 murni dan daya usaha yg tinggi.. tapi lebih byk tak baik nya contoh mcm the bachelorette, mengisahkan seorang wanita perlu memilih ramai peserta lelaki untuk menjadi pasangan hidupnya.. bayangkan, selalunya reality show ni tak der tapisan.. bahasa yg tak elok pon kdg2 terlepas.. itu dari segi reality show lah kan..
macam mana pulak dgn kehidupan seharian kita.. aku ambil contoh paling ringkas.. fesbuk lah. berapa antara kita yang terlalu jujur letak maklumat peribadi, gambar peribadi sebelum kita wat tapisan dulu.. status lagik tulis yg baik2 je.. mesti ada sempadan jugak kan.. sebab apa.. sebab kita ada perasaan malu dan ego. tak salah kita nak bersifat macam tu.. untuk kebaikan diri jugak.. tapi ada pulak segelintir manusia yang terlalu "advance" sampai terlebih bangga bila mendedahkan gaya hidup yg serba moden dan canggih hingga akhirnya memakan diri sendiri.. terpulanglah.. sebenarnya elok juga kalau kita "tercover2" supaya mengelakkan diri dari maksiat dan dosa.. tapi jangan terlalu "cover baik" sgt sehingga hilang nikmat merasa kehidupan yang indah nih.. asalkan kita tau segala apa yg kita lakukan ada batasan..
No comments:
Post a Comment