minggu depan dah nak deepavali.. dalam sibuk2 warga india bershopping raya.. aku pon kadang2 menyelit gak nak shopping.. biasalah, ade gak nak usha2 bende yg murah.. kalau nak krismas aku menyibuk beli perfume ke, makeup ke.. ha, kata pengguna bijak kan! lau sebut pasal deepavali nih.. aku ader memori gak.. (selain makan maruku ngan laddu yg sedap tu) selalunya dollu2 bila malam "raya" deepavali ni aku ngan ayah ku lepak depan tv tgk TV2. aku pon tak tahu 3 tahun berturut2 aku tgk cerita yang sama dan TAK PERNAH BOSAN!.. korang mesti nak tau cerita apa kan! ha.. inilah MY FAVOURITE MOVIE ever n forever!!
Thulladha Manamum Thullum
Aku siap beli VCD cerita nih (walaupon tersalah sebut title masa aku beli vcd nih) dan aku jugak HAFAL lagu tema filem nih (INNASEI PADIVARUM). Mesti korang tertanya2 knp lah aku minat sgt dgn cerita ni.. da macam kene mandrem dah! sebenarnyer aku mmg lebih suka filem tamil berbanding hindustan sebab filem tamil ni lebih realistik sikit.. oklah, aku nak citer serba sedikit pasal filem nih..
Filem ni mengisahkan seorang jejaka yg bernama Kutti(lakonan Vijay) yang suka sgt menyanyi.. dan dier terminat kat seorang awek yang bernama Rukmani (lakonan Simran) Malangnya, pada setiap pertemuan derang nih.. mesti ada je bende buruk yg berlaku dan memberikan bad impression lah kat Kutti.. walaupon Kutti nih tak salah apa2.. mangsa keadaan lah.. dan ini menjadikan Rukmani sangat membenci Kutti.. Pada masa yang sama, Rukmani ni dah jatuh cinta pada suara Kutti yang sedap.. tapi dier tak kenal empunya suara tuh.. sampailah satu saat Rukmani ni menjadi buta.. dan org yang disalahkan ialah Kutti.. tapi Kutti banyak menolong Rukmani mase dier buta.. lau korang nak tau kesudahan cerita nih.. korang carilah vcd.. takpon search ajelah kat internet.. memang best! lagu2 filem ni pon best2 belaka.. antaranya lagu Innasai Padivarum nyanyian P. Unni Krishnan.
Memang kadang2 bende nih jadi kat kita gak.. maksud aku ialah apabila kita jadi mangsa keadaan dan org hanya nampak kesilapan, kekurangan dan kelemahan kita.. walaupon kita berusaha nak elak tapi bende tuh jadi gak.. mesti bosan kan.. lagi2 kat depan boss, mak, orang yg kite minat, siapa2 lah.. " ader je yg tak best jadik.. tension jadinya! tapi nak buat macam mana.. biar je lah.. takkan nak salahkan tuhan kot.. bende ni sebenarnya ajar kita jadi manusia sabar.. erm.. sabo je lah!
seperti biasa gambo2 ni dari Yahoo image
No comments:
Post a Comment