picnic dan berjimba

waktu ke kedai daiso, mia tertarik dgn container makanan (org malaysia panggil tupperware) berbentuk frog.. jadi sy beli untuk dier.. saya kata esok sekolah boleh la bawa.. dier kata dier nak guna untuk picnic. ye, kitorg jarang bw dier pergi picnic. Elok juga cadangan budak muchuk ni.. mmg kita selalu rindukan keadaan yg menenangkan.. sejuk.. tapi jarang buat aktiviti outdoor.. bosan la kalau jadi budak.. asyik berjalan ke shopping mall jer kan.. padehal gi picnic ni bukan pakai byk duit.. boleh bw bekal.. dan mia pon ckp dgn si ayah.. si ayah ni diam je x de respon.. ermmmmm.... (dgn emak nye sekali keciwa)

usai solat subuh tetibe je si ayah bertanya.. ada macaroni tak?
si ibu pon mengangguk malas sambil buat sarapan.. da siap lalu dipanggil si ayah.. tapi si ayah sudah emcem2 mcm nak g bekpes kat luar.. si ibu terkejut tgk bilik sudah terkemas rapi.. rupa2nya si ayah mengajak pegi picnic.. macaroni tadi dibungkus ke dalam tupperware bertingkat.. dengan mushroom soup sekali..

maka.. hari tu si ibu dan anak bersuka ria.. sambil memasukkan barangan dan bekalan, si anak berkata.. mn frog mia tu... si ibu terlupa nak membuat juadah kegemaran sikecil.. ini kerana si ayah yg tak memberitahu awal.. maka si ayah sempat singgah di jusco equin membeli beberapa makanan siap.   dan lepas tu barulah kitorang g air terjun sg.tekala.. membawa mia yg keriangan.. ok.. 

kitorg g kat tempat cetek je.. dulu time x de anak boleh la g tempat yg diving diving kan... dah tu skrg.. kene lah utamakan keselamatan dak kecik ni.. asal dier happy da cukup.. bg mak dier.. yg penting makanan cukup.. sedap.. itulah yg dinamakan kehidupan... hehe.. 

hari tu mia mmg seronok sgt.. sampai balik.. dier tido kat pelampung dlm kete.. rasa kesian je tgk bebudak time derang tido.. tapi mesti dier mimpi yg indah kan..



bau signature

suka hati je title tu.. perasan x dalam hidup kita.. hidung memainkan kan peranan yg penting.. lau selsema saje.. boleh putus selera makan.. 

ada yg lebih penting dari tu.. sepanjang hidup saya ada beberapa bau yg sy akan ingat.. mungkin sbb impulse bau tu da di hantar ke otak.. kpd doktor ENT please jgn kondem entri saya yg x tau sgt2 pasal bau.. 

apa yg saya tahu.. ada sesetengah bau yg menjadi memori dlm hidup sy.. antaranya:
 
1- bau hari raya.. dier ada bau rendang bercampur bau ketupat yg direbus.. kdg2 diselang selikan dengan bau marjerin yg dibakar menjadi kuih semperit.. juga bau kasut baru juga bau sampul duit raya.

2. bau hari menjadi dewasa.. bau yang sugul tapi ada sedikit bau bunga melati.. pergh....

3. bau rumah nenek.. bau nangka yg segar dari pokok sebelah tempat mencuci pinggan (da 5 tahun x balik rumah nenek) sedih.. nenek pon da x de lg..

4. bau hari pertama bekerja.. bau dakwat mesin fotostat

5. bau hari jadi ibu.. bau penat dipermulaan dan bau baby yg sgt natural di akhirnya..

6. bau jd pengantin.. bau daun pandan dan minyak wangi bercampur bau inai.. dan kdg2 bau nasi minyak dan air sirap nipis..

7. bau hujung bulan.. bau bil.. dan kdg2 bau syiling.. hehe (yg ni da mula merepek meraban)

itula sebahagian bau yg sy ingat... byk lg sebenarnye.. setiap org memori bau tu x sama ye..

cerita dari mia

x de yg lebih best bile mendengar celoteh dr si kecil.. byk yg kelakar.. dr pelat ke petah.. oh.. sy suka masukkan kata2 dr mia dan letak di facebook sy.. bukan niat untuk menunjuk2.. tapi sbg diary.. esok lusa sy akan lupa entah bila dier mula petah berbicara.. jadi sy jadikan sbg status facebook.. esok bila dier da besar panjang.. sy tunjuk perangai dier masa kecik.. dan supaya dier tahu.. dier lah yg terpenting dlm hidup sy..






DIY soft toys ice cream

selain dari menjahit bantal instagram untuk customer, buat bag.. kdg2 saya suka buat soft toys untuk Mia.. nak buat senang je.. anda boleh lihat gambar2 kat bawah.. kali ni saya buat ice cream.. yummy! sapa kata sy tak pandai buat ice cream??

peralatan atau bahan yg diperlukan ialah:
- beberapa helai kain felt.. (warna suka hati.. ikut warna perisa)
- kain cotton corak kotak2 kengkonon kon ice cream (lau kaler coklat lagi best)
- kapas atau polyester fibre
- jarum & benang

cara2 :
1. ambil sehelai kain cotton, buat bentuk kon.. jahit dari dalam.. boleh jahit pakai mesen jugak
2. lepas tu isi fibre..
3. potong kain felt bentuk bulat.. jahit kat bahagian tepi.. also.. put the fibre skit.. dan tarik benang kat tepi..
4. buat la 2 ke tiga.. lau rajin buat banyak bior bertingkat2 eskem anda tu.. jgn lupa letak 'ceri' kat atas sekali ye!




ti wan choi dan mee udon kluang

semuanya bermula kat Kluang.. Kluang boleh dikatakan kategori pekan kegemaran yg bukan dari tempat asal aku. Kalau tak, x der la aku bley beli bunga telur masa kawen dulu kat Kluang.. mcm la kat Banting ni x de org jual bunga telur.. oklah, berbalik kpd cerita asal... waktu tu aku outstation masa bertugas di kementerian, waktu makan malam aku sempat singgah kat sebuah kedai bakery yg ada cafe skali dlm tu.. jadi aku order mee udon dan air asam.. bila mkn.. pergh.. sedap giler aku rasa.. aku mmg tak ingat la nama kedai tu.. dan ada lagi tak kedai tu pon aku x pasti.. ada sesiapa org kluang di sini?

Mee udon tu simple je.. ada rencah ayam.. sotong.. bende2 biasa.. cuma yg tak biasa aku mkn ialah sejenis sayur yg aku tak tau apa namanya.. tapi aku rasa aku bley cam bentuk mcm mn.. selepas dari itu bila ada kesempatan outstation kat Kluang je, aku mesti nak mkn bende tu.. cuma x kesampaian bila aku pg bulan ramadhan.. dan bila nak buka pose.. kedai tu tak terima order sebab dier buat buffet ramadhan.. keciwa!!!

lepas dr tu aku tak de la ingat2 sgt.. kekadang je.. dan bila g Jusco, kat area sayur organic.. ada pulak sayur ni.. jadi aku try buat mee udon sendiri.. past kita dah kenal senang nak cari sayur ni.. kat Giant.. pasar basah, Tesco.. semua pon ada.. mula2 aku mmg tak tau nama sayur ni.. aku panggil bayam organic je.. tapi oleh kerana encik suami pakar nama2 sayur.. dier sering kali mengingatkan aku nama sayur ni.. TI WAN CHOY katanye.. dan kerap kali aku terlupa.. mcm2 dier ajar.. siew park choi.. ku chai fa.. yau mak tam.. manelah aku nak ingat.. tapi bila dier heret aku masuk dunia retail.. mcm2 nama sayur aku kene hafal.. boleh kata hari pertama keje.. balik boleh mimpi nama2 sayur ni..

Ti Wan Choy ialah tumbuhan dr family Basellacea, nama scientific sayuran ni ialah Basella Alba.. dekat2 ngan Jessica Alba kan.. dan nama inggeris ialah Green Ceylon Spinach.. tapi tahukah anda nama melayu sayuran ini.. Remayong hijau adalah nama yg tepat untuk sayuran ini.. (itupon aku br je tau)

Tumbuhan ni sgt tinggi kandungan vitaminA, vitamin C, iron dan kalsium.. selain drpd itu.. sayur ni agak terkenal di beberapa buah negara antaranya India, Cina, Vietnam dan juga digunakan dlm masakan Jepun.

Kalau nak tau, tumbuhan ni senang membiak.. hanya perlu cucuk batang sayuran ini ketanah.. mcm dlm pict.. senang je tumbuh.. rasanya x sampai sebulan pon aku tanam.. dan sekarang dier dah tumbuh balik.. sehingga aku boleh buat entri mengenai sayur ini..

Sayur ni memang agak popular di kebanyakan negara kerana rasanya yg agak ranggup bila kita rebus buat mee, maggi atau ramen.. Selain drpd tu ianya juga dikenali sebagai Malabar spinach, Indian spinach dan byk lagi namanya..

Antara masakan yg menggunakan Ti Wan Choy ini ialah masakan jenis sup (soup) atau boleh juga di tumis (fry) dengan gaya masakan atau citarasa anda seperti mengabungkan dengan lemon dan halia (ginger). Jika anda suka masakan kampung, boleh la try tumis dengan udang kering atau belacan.. mn la tau sedap.. x salah nak cuba kan.. anda juga boleh try masak dengan menggunakan santan (coconut milk) dan boleh dimakan dengan nasi.. biasalah.. tekak orang asia di cerewet skit.. nak rasa pedas, lemak, masin sikit.. kay la, enjoy la melihat2 mee udon kegemaran sy.. mn tau terliur.. bolehlah anda cari di pasaraya terdekat anda!




butcher's wife

ini entri pertama aku cerita ttg suami tercinta.. dan title di atas mengingatkan aku ttg movie The Butcher's Wife lakonan Demi Moore... tp yg pasti aku nak cerita realiti kehidupan sebagai isteri seorang pemotong daging..

Sebagai seorang yang mempunyai Degree In Computing, tentu sahaja buat aku pelik dan berkerut dahi bila akhirnya dia memilih untuk jadi seorang pemotong daging.. dan.. lebih terkerutnya dahi aku ni bila dier buat keputusan tu sebulan sebelum kitorang berkahwin. Tapi sebagai seorang yang positif, aku biarkan sahaja jalan yg di pilihnya.. sambil memujuk hati sendiri.. kalau dier bosan dier akan cari kerja lain jugak.. tapi sekarang, hampir 5 tahun da dier berkecimpung dalam dunia Butchery ni..

Pada mulanya, aku cuma ingat kerja tu sgt lah remeh.. belajar seminggu masuk kerja da bosan.. dan aku memang agak takut untuk menerima pandangan orang lain yg mungkin akan memandang rendah pada pekerjaan ini.

Aku memang kenal encik suami sejak dari kolej lagi.. kitorang study bersama, dan dier ialah seorang yang berdaya saing dan gemarkan cabaran tak kira apa yg di buat.. dier tak pernah bosan untuk belajar benda baru.. termasuk dengan kerja nya sekarang.. dan bila dier dah berkecimpung dalam dunia ni, byk jugak ilmu yang aku terima secara x langsung..

Barulah aku tau untuk jadi butcher ni ada byk benda kene belajar.. step pertama kene amik ujian untuk jadi apprentice, past tu ke step 2 iaitu junior butcher then baru bley g step 3 jadi butcher.. hah.. da mcm special agent oso kan.. 3 special steps.. Di Malaysia ni, memang ada beberapa kelab butcher antaranya termasuklah di bawah seliaan MLA (Meat Lifestock Australia) dan ahli2 kelab boleh menerima kursus latihan juga berpeluang menyertai lawatan di Australia. Kat bawah ni adalah carta step2 butcher sehinggala bley jadi master butcher.

bukan main potong je taw.. kene tau part2 kambing, lembu, cara potong yang sesuai untuk berbagai cara masakan.. jenis2 kambing, jenis2 lembu.. lembu Kobe, Wagyu, Angus.. apa lagi ek.. belum lagi american wagyu, australian wagyu, japanese wagyu, kekadang kita kene tau ape yg lembu2 ni makan.. biasanya lembu2 wagyu ni makan jagung, barli, alfalfa.. dan ada yg aku dengar ( bg lembu x halal) siap diberi minum wine dan duduk dlm bilik aircond lagi.. untuk pertumbuhan lemak katenye.. tapi setakat ni pasaran untuk Malaysia ni adalah yg halal dan kebanyakannya dari Australia..

untuk potongan lembu pon ada berbagai jenis, antaranya ialah fillet, rib eye, shank, T bone, tenderloin, sirloin, dan berbagai2 lagi..

masa kerja retail dulu, pernah jugak aku received daging2 import ni.. bukan sikit2 punyer rege.. main ribu2 je harganya.. mmg patutlah kalau sale untuk sehari pernah laki aku ckp kdg2 sampai 29 ribu ribu.. sebulan kadang2 mencecah 380 ribu.. (pd bulan krismas). Kadang2 takut aku nak received bender2 ni lau takde butcher yg boleh check daging2 ni.. mn nak tau segar ke tak.. elok ke tak.. sape nak tanggungjawab nnt kan..

Mula2 dulu secara jujurnya kekadang rasa kerja laki aku ni macam x menjamin masa depan.. nak di bandingkan dengan pekerjaan zaman sekarang yg lebih relax kan.. biasala, orang takkan pandang kerja2 macam ni.. aku fikir gaji kecik la, tapi bila dah masuk dlm industri ni dan bergaul dengan ahli butchery club barulah aku tau, kerja ni tak patut di pandang rendah.. dan aku sentiasa menyokong apa yg suami aku pilih.. yang penting dier nak majukan diri dlm bidang ni.. apa yg kita lakukan tak kira besar atau kecil.. kita sebenarnya menyumbang untuk sesuatu kebaikan.. In Sya Allah.. Sekarang ni industri makanan halal bukan terhad untuk orang muslim sahaja..

Pernah aku terbaca kisah kehidupan seorang master butcher di akhbar metro.. kisahnya menjadikan inspirasi buat kami. seorang yg berjaya dlm bidang ni bermula drpd kehidupan yang payah, tidak berumah sehingga beliau dapat bekerja di istana Buckingham. Seorang yang berhati waja menunjukkan kita perlu bekerja keras di dalam apa jua bidang yg kita ceburi.. kejayaan takkan dtg bergolek.. disusuli doa dan tawaqal.. aku berharap en hubby boleh meningkatkan kerjaya dalam bidang ini.. aku sentiasa doakan yg terbaik untuknya supaya ada peluang yg lebih baik..

lebih baik mati sahaja!!! - hari terakhir bersamamu

bila tgk berita tv tentang kes rogol budak umur 7 tahun di india hati rasa sayu.. kat Malaysia pon skrg ni banyak kes macam ni.. bila da ada anak sendiri, rasa takut tu bertambah tambah lagi.. hati mn tak tersentuh.. kes rogol makin menjadi2.. lebih menyayat hati ada mangsa yang dijumpai mati.. dan si pelaku masih lagi bebas.. Ya Allah, hanya padamu aku memohon perlindungan.. semoga kita semua terus selamat.. tapi kadang2 kita tertanya bagaimana pula dengan emosi mangsa yang pernah berada dalam situasi menakutkan ini..

Aku kenal dgn seorang member ini lama dulu.. kitorg memang tak pernah rapat masa zaman study.. sifat pendiam nya membuat aku rasa malu mendekati insan kecil molik ni.. malahan dier bukan sebaya dengan aku.. malula sbb kadang2 lau org buat lawak pon dier tak ketawa.. bila da nak habis study barulah dier dgn aku berkawan tapi still x rapat lagi.. satu hari aku lihat dier menangis.. aku tanya dier knp.. dier diam.. mungkin dier tak mahu kongsi cerita dengan aku.. selepas itu walaupon kami tak rapat, aku kerap memerhatikan dier.. dier mmg selalu menangis, tidur dlm kelas.. dan tak berapa nak fokus..

satu hari kami buat majlis perpisahan kengkonon sbb nak abis study la.. balik dari majlis tu kitorang berjalan kaki balik ke rumah masing2.. dier yang tak pernah bercerita apa2 pon sebelum ini rancak berbual denganku sehingga aku rasa mcm mengenali insan lain.. dari cerita2 biasa sehingga cerita kisah hidupnya.. aku hanya diam membiarkan sahaja.. mungkin dia memerlukan seseorang untuk berkongsi duka lara hidupnya.. jadi aku mengambil kesempatan untuk bertanya mengapa dia sering menangis..

petang itu dia menceritakan segalanya.. hatiku turut sayu mendengar kisah hidupnya itu..
Ayu(bukan nama sebenar) bercerita dengan tenang tanpa air mata seperti sebelum ini..

Ayu: Orang selalu sibukkan nak jaga anak perempuan.. knp mereka tak ajar anak lelaki supaya menghormati wanita? Aku sedih.. kadang2 aku fikir kenapa mesti aku Anis?? Kadang2 aku terfikir aku dicipta di muka bumi ini hanya untuk disakiti..

Aku terdiam.. walaupon dalam ayat nya itu ada menyeru namaku supaya menjawab soalannya itu.. aku pasti aku tiada jawapan yang dia mahukan.. kisah yang cukup menyedihkan..

Ayu seorang yang cantik.. natural beauty.. memang ramai orang suka kat dia tapi dia tak pernah layan.. Pada mulanya dia hidup aman seperti orang lain.. mempunyai ibu bapa dan seorang adik perempuan.. Semuanya bermula apabila dia terserempak adik perempuannya dirogol oleh sepupunya sendiri.. Pada mulanya dia memarahi sepupu nya namun dunia menjadi gelap apabila dia turut menerima nasib yg sama.. Masalah semakin menjadi-jadi apabila ibu dan ayah sepupunya itu meninggal dunia kerana kemalangan kereta. ayah dan ibu Ayu membawa sepupunya itu ke rumah dan melayan seperti anak mereka sendiri.. Bukan sahaja dirogol, malahan pernah juga Ayu dipukul.. sepupunya pandai mengugut dan berlakon baik di hadapan ibu dan ayah Ayu. Adik perempuan Ayu memang bernasib baik sebab dapat pulak bersekolah asrama.. oleh krn tak tahan Ayu pon g lah lari rumah..

Sepupu ayu pandai buat cerita dengan berkata kpd Ibu dan ayah Ayu sebab Ayu lari rumah krn Ayu ikut boyfriend.. Terus je ayah dan ibu Ayu ni x ngaku anak.. So, ayu pon tinggal la menumpang dengan nenek n pakcik.. oleh krn tak cukup sumber kewangan, dier blajo sambil bekerja.. so, baru aku tahu apsal dier dah berumur skit baru sambung study.. lepas satu satu lagi problem.. Pakcik die pon turut mencabul.. kira Ayu ni macam lari dari mulut harimau masuk mulut buaya la.. sampai dier dah tak percaya sape2 lagi.. aku ingat drama je ade kisah mcm ni..

alhamdulillah Ayu dapat masuk kolej.. selepas beberapa tahun mak n ayah Ayu dapat terima dier balik dan sepupu dier dah dapat kerja, kawen, dan pindah dari situ.. cuma Ayu ckp, kisah2 tu semua meninggalkan kesan yang mendalam kat dier.. dier terseksa sbb dier tak boleh pandang lelaki termasuk ayah dier sendiri.. dier akan ada syak wasangka yang bukan2.. sehingga dier rasa berdosa.. kadang2 dier takut mcm mana kalau dier nak kawen nanti.. sebab tu la dier selalu menangis.. dier takut kawen dan mempunyai anak sbb dier tak nak anak dier ada nasib sama mcm dier..

Ayu: Kadang2 aku fikir lebih baik mati.. kesannya terlalu mendalam.. aku sentiasa berfikiran negatif.. aku fikir semua lelaki hanya fikir ttg seks.. aku rasa berdosa.. kdg2 aku fikir bapak aku sendiri ada hubungan sulit.. aku tak tau nak cakap.. ianya menyiksakan aku setiap masa.. aku sentiasa takut..

aku menasihatinya supaya kembali ke jalan Allah.. semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada Ayu.. sebagai seorang wanita kisah2 yang ayu ceritakan kadang2 mempengaruhi perasaanku.. banyak yang diceritakan tak aku taip kat sini sbb sensored beb.. ngeri.. tapi yg aku nak tekankan kat sini ialah kesan dari peristiwa itu membuatkan jiwa seorang wanita itu mungkin akan hilang.. arah perjalanan perasaan nya itu akan berombak dan mengalir deras tidak seperti ombak yg normal.. wahai lelaki.. kasihi lah, hargailah jiwa seorang wanita.. lindungi wanita sebaikknya..

dan selepas hari itu aku tak pernah bertemu dengan ayu.. kami membawa haluan sendiri.. semoga hidupnya lebih bermakna.. dan semoga dier lebih bahagia.. amin..

sayang ayah 2 ringgit!!

masa zaman sekolah menengah dulu aku selalu tengok kawan2 aku kluar g shopping, outing, dating, dan byk lagi lagi ting ting ting.. aku pulak mmg senantiasa di bawah pengawasan mak ayah. Jangan harap nak kluar dating.. surat cinta pon tidak dibenarkan sama sekali.. itu sbb aku tak pernah ada boipren kat sekolah dulu.. semua di cantas segera!!

kadang2 aku jealous gile tgk kawan2 aku bley kluar shopping sama2 beli beg jenama Maui, ntah ape lagi lah jenama masa tu.. kasut pallas jazz.. kalau yg bebudak lelaki baju kemeja cantona tu da kaye bebenor la gamaknyer.. hehehe.. masa tu aku telan air liur tgk kawan2 pegang RM50.. aku tak pernah pegang duit banyak tu.. RM10 pon susah aku nak pegang..

aku rasa mcm pelik je knp orang lain bley kluar dgn kawan2 padehal aku tak boleh.. rule nye, kalau aku nak ape.. semua kene ckp ngan mama n ayah.. past tu g beli dengan derang.. ape je.. termasuk pemadam!

pada satu hari aku beranikan diri g tanya ayah aku yg garang tu

aku: knp ayah bagi akak Rm2 setiap hari?
ayah: knp pulak?
aku: akak nak Rm10.. kan senang kalau ayah bagi Rm10.. hari isnin ayah bagi hari lain ayah x payah bagi..

ayah diam.. lepas tu aku tanya ayah lagi..

aku: knp ayah tak bagi akak duit mcm kawan 2 akak yang lain.. derang boleh pegi shopping sendiri.. mak ayah derang tak temankan derang pon..
ayah: berapa mak ayah derang bagi?
aku: Rm50.. kadang2 ada yang dapat Rm100..
ayah: Kalau ayah bawak akak shopping selalunya jumlah tu lebih dari Rm 100.. sekarang akak nak pergi sendiri jugak ke?

kali ni aku terdiam.. lepas tu ayah sambung lagi

ayah: kalau nak apa2 bagi tau, ayah boleh tolong hantarkan, keselamatan akak pon terjamin.. ayah pon tak susah hati.. akak tau knp ayah bagi RM2 kat akak setiap hari?

ayah menyoalku.. aku menggelengkan kepala..

ayah: ayah bagi RM2 setiap hari kat akak sbb ayah nak jumpa anak ayah ni setiap hari.. ayah tau senang kalau bagi Rm10 untuk seminggu.. sama je jumlahnya.. tapi yang tak samanya, kalau ayah bg Rm 10 untuk seminggu, sekali je seminggu ayah jumpa akak untuk bagi duit, kalau Rm 2 hari2 ayah jumpa akak, hari2 ayah boleh nasihatkan akak..

aku terdiam.. tiba2 hatiku rasa sayu.. knp la aku tak fikir sebelum ni.. past tu ayah panggil aku.. n bagi Rm50.. aku tersenyum simpul.. yg tak syoknyer.. adik lelaki aku yg takde kene mengene dgn cerita di atas ni pon dpt rm50 jugak.. hehe.. dengki tul aku ni!!

'hantu' tu yang alih al quran

aku merenung jauh memandang sebuah kereta.. cantik kereta tu.. tiba2 hatiku sayu.. tersentak melihat sebuah al quran usang di belakang.. al quran tu berwarna merah jambu kulitnya.. tapi warnanya kian pudar.. pada helaian2 di sebelah dalam.. helaian itu bewarna kuning.. mungkin sudah lama dibiarkan di bahagian belakang kereta terkena cahaya mentari.. menyebabkan kulitnya mula melengkung.. aku tahu mungkin si pemilik fikir, ia tak salah krn letak dekat bahagian dekat dgn kepala.. seperti ayat2 al quran lain yg di lekat sbg sticker di cermin kereta belakang.. kalau untuk kegunaan sendiri lebih baik di letak di bahagian dalam.. untuk apakah diletak dibahagian belakang? ia berbalik pd niat kita sendiri..

ianya mengingatkan aku ketika waktu aku study dulu.. kisah 9 tahun yg lalu.. waktu tu kecoh orang bercerita tentang seorang gadis membunuh diri dengan terjun dr bangunan.. dan banyak lagi kisah kisah mistik yg kami dengar malahan pernah juga kami mengalami sendiri.. memang kadang2 ada yg kata karut tapi ianya terpulang pada individu..

duduk di sebuah apartment sederhana besar bersama 4 orang lagi sahabat meninggalkan pelbagai memori. ada suka tak ketinggalan juga yg duka.. pada mula kami berpindah di rumah tersebut, tak ada pula kisah2 pelik yg berlaku.. tapi bila da lama2 mmg terasa macam2.. lebih2 lagi bila ada yang buat hal senyap2.. bawa masuk lelaki, minum minuman keras.. ditambah selepas byk kes bunuh diri di apartment tersebut.. disitu semua bermula.. rumah pon jadi makin panas.. kami mula bertelagah.. nak study pon kdg2 tak tenang.. seperti kebiasaan, setiap mlam jumaat.. aku dan seorang teman akan membaca surah yaasin.. untuk dihadiahkan pada yg telah pergi.. tiba2 semua isi rumah ketakutan kerana terlihat kelibat lembaga.. jadi malam itu kami tidur satu bilik sahaja.. kunci semua pintu.. al quran kami letak di kepala tempat tidur.. keesokkanya, semua pintu terbuka luas.. termasuk pintu utama.. al quran dan yaasin disebelah juga lesap.. bila di lihat di rak buku ku, al quran tersebut kemas tersusun rapi.. tak siapa pon yg tahu siapa yg meletakkan al quran tersebut di rak buku.. malahan kunci rumah juga masih rapi di bawah bantal.. walaupon kebingungan kami diamkan shj persoalan tersebut.

Aku bercerita kpd ayah.. walaupon dia risau, dia sempat memberitahu kpd ku, al quran tu mungkin di alih jin.. kadangkala kita hanya meletakkan sebuah al quran untuk dijadikan pendinding, tetapi tidak pernah mengamalkan.. ianya hanya kita jadikan sbg perhiasan tanpa kita sedari.. pendinding yang sebenarnya ialah bila kita sendiri yang mengamalkan bacaan surah2 al quran.. rumah yang sering diperdengarkan alunan surah2 al quran pasti akan dijauhi bende2 halus..

bila aku hampir mendirikan rumah tangga, mama juga berpesan.. tak payahlah minta alquran untuk hantaran jika hanya untuk menunjuk nunjuk sahaja.. selepas itu tak ingat pulak nak membaca.. dalam pada kita sedang sibuk menguruskan majlis kadangkala terlupa ttg al quran di dulang hantaran yg selalunya di letak di bahagian bawah.. kadangkala org berdiri membelakangkan al quran untuk mengambil gambar hantaran.. dan pada majlis pernikahan ku, pihak suami memberi hantaran yang salah satu dulang berisi senaskah al quran.. selesai siap nikah sahaja terus mama mengambil dulang berisi al quran tersebut di simpan di tempat yang tinggi supaya orang tidak terlangkah.. selalunya orang akan menyelamatkan duit dan barang kemas dahulu bukan?

berbalik kepada al quran dalam kereta tu.. kita lebih sayangkan ipad, handphone kalau nak letak kat dashboard.. takut panas dan rosak.. dari membiarkan al quran yang entah bila kali terakhir kita menyelak helaian muka suratnya itu...

aku sedar, aku mmg bukan rajin sangat baca al quran.. tapi aku tetap akan membuka lembaran demi lembaran demi mengukuhkan kemahiran tajwid.. malahan bila dah berkahwen, masih lagi aku mengharap encik suami mengajar serba sedikit.. walaupon rasa macam tebal je muka ni.. dier pulak boleh kata garang jugak bila dier mengajar.. aduhai.. tanpa kita sedari facebook lebih kerap di kunjungi dari membaca sehelai muka surat al quran..

jadikan kami insan yang mengikut jalanmu Ya Allah..

tanpa disedari musuh betul2 berada di hadapan kita

betapa di bumi ini ku melangkah..
ke selatan utara timur dan barat.. ku jejaki..
aku bukanlah seorang perwira..
gagal menghunus senjata..
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri..
demi cinta ini..

Peristiwa di Lahad Datu mengingatkan aku tentang lirik lagu Allayarham Sudirman Hj. Arshad.
Bait2 lagu ini membuatkan aku bersemangat, semangat cintakan negaraku Malaysia. Yang sebenarnya ia mengingatkan kita yang telah merdeka ini.. keamanan negara tidak semestinya terjamin sekiranya kita tidak mempertahankan negara tanah air ini..

Bait lagu ini juga menyeru supaya sesiapa pun kita.. di manapon kita, walau apa yang kita lakukan.. kita semua mempunyai peranan yang kuat dalam mempertahankan hak negara tercinta ini.. Ianya tidak terhad kepada pasukan keselamatan sahaja.. Ia bukan tergalas pada bahu mereka sahaja.. Ianya juga tergalas pada bahu setiap rakyat Malaysia..

Bagaimana kah mungkin kita dapat mempertahankan negara 'dengan cara sendiri?'
adakah dengan berdemonstrasi? bagi aku, cara yang paling bijak adalah tidak membuat sebarang masalah. Jika anda seorang pelajar, anda perlu belajar dengan betul dan gunakan ilmu untuk berbakti kepada negara, jika anda seorang pekerja kebersihan.. anda juga membantu dari segi kebersihan dan mewujudkan keselesaan kpd org lain, jika anda seorang blogger.. tulislah sesuatu yang membawa kepada perpaduan bukan perpecahan.. jika anda seorang ahli sejarah.. anda gunakan ilmu dan menurunkan sejarah pada generasi muda demi mempertahankan negara, jika generasi yang baru buta sejarah.. mungkin negara boleh tergadai dengan mudah pada masa akan datang. Rakyat perlu mencari sejarah tentang negara dari sumber yang betul. Pada zaman facebook ni.. byk fakta yg di 'share' kadangkala sejarah yang di putarbelitkan. Jika anda seorang pembuat filem atau pengarah teater anda boleh membuat filem atau lakon layar mengenai asal usul Malaysia berdasarkan sejarah yg betul.. ia dapat dikongsi dengan jutaan rakyat Malaysia dan ia lebih mudah diserap dan boleh di tonton dan di tayang berulang kali seperti sejarah Bukit Kepong..

ketepikan soal parti UMNO, PAS, Keadilan atau lain2.. ini bukan masa yang tepat untuk berbalah kerana ada sahaja pihak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengaitkan peristiwa ini sandiwara politik.. berfikirlah kita sewaktu pasukan keselamatan yang terkorban semasa berjuang untuk negara, adakah dia ada masa untuk fikirkan semua tu? Demi tugas yang getir itu.. digagahi jua walaupon dia tahu nyawanya bakal jadi taruhan.. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang ditinggalkan? Berterima kasihlah kita pada mereka yang telah berkorban dan terkorban.

Berhentilah dari membuat spekulasi dan menganggu tugas pasukan keselamatan dengan menyebarkan gambar, atau apa sahaja.. jika kita bukan wartawan bertauliah tak perlu membuat sebarang ulasan krn pihak penceroboh sekarang juga punyai account facebook, instagram, twitter, blogspot dan macam2 lagi.. seperti kita juga.. semoga negara kita senantiasa selamat.. tanpa kita sedari musuh ada berhadapan dengan kita..

sebab amah gila, aku ditahan seumur hidup

bukak la media massa, media cetak, internet, fesbuk, belog.. semua bercerita pasal amah yg dijatuhkan hukuman 20 tahun oleh mahkamah kuantan kerana kesalahan menghempas dan menganiaya seorang bayi lelaki.. aku tgk sikit je beb video tu.. aku mmg tak berani nak tgk video2 mcm tu.. lebih2 lagi kalau pasal baby.. tapi aku da tak bley tido.. aku kalau tgk mcm tu mesti aku bayangkan org buat anak aku mcm tu.. aish.. mintak2 selamat la mia tu.. dunia akhirat..

dan bila laki aku tgk je video tu terus2 dier message aku.. "TAK PAYAH KERJA!!" nampaknya tuan hakim yg bijaksana tu dah buat keputusan.. dikala aku sedang bersemangat ni asyik melayari laman jobstreet..

seb baik 'hukuman' tersebut x de itam putih.. nnt aku pujuk la tuan hakim tu.. gosok2 skit bahu dier.. dah 3 tahun aku duduk kat umah jd housewife sepenuh masa.. kdg2 ada kawan2 update status kat fb "bertuahnya org yg jadi full time housewife" biar aku ceritakan disini..

tahukah anda menjadi seorang suri rumah tu aku kene korbankan byk bende dalam hidup aku? ingat aku suka2 je buat keputusan tanpa ada list dlm kepala hotak aku ni? lebih2 lagi dgn penat lelah blajo sampai degree dan akhirnya ini yg aku pilih? hutang blajo dulu pon tak habis lagi..

memilih untuk menjadi suri rumah, bermakna hampir 60% sumber kewangan kami terjejas (mase tu gaji aku lebih skit berbanding suami). Lama aku pikir dulu.. bermakna aku kene tinggalkan angan2 bershopping, berjimba, atau makan kat tmpat yg sedap2.. bercuti saban tahun, hadiah anniversary, hadiah harijadi, parti hari jadi mia, nak beli rumah, apa lagi beli perabot, apa lagi gadget terkini, pencuci muka clinique, make up, kasut dan banyaaaaaakkkk lagi!!!!

Tapi bila kita ikhlas buat semua tu alhamdulillah ada rezeki Allah bagi lebih.. contoh macam suami naik pangkat ke, naik gaji ke, walaupon memula tu memang terasa sangat2 tapi aku teruskan juga.. Bila dah lama2 bende tu jadi ok tanpa kita sedari.. walau bagaimanapon, ianya mengajar kami untuk lebih berdisplin soal menbelanjakan duit.. tetap sampai skrg aku masih tak bley lagi bermewah2.. takut ada kecemasan.. itu dari segi soal duit la..

Lupakan saja baju glamor dlm wardrobe tu kerana seorang suri rumah takde pegi dinner, family day, atau apa2 yang seumpama dgn tu.. (majlis keraian syarikat) nak lepak kluar mkn dgn kawan2 pon susah.. malahan tanpa anda sedari.. tahap keyakinan anda akan menurun sedikit kerana berasa diri tak sempurna macam org lain.. ialah, kawan anda cuma anak, suami dan keluarga (itupon kalau duduk dekat dgn family) rasa mcm fikiran tak berkembang.. merasa diri tak de apa2 pencapaian..

dan bila dah terperuk sahaja kat rumah 7 hari seminggu.. kdg2 boleh terlepas marah.. bayangkan, kalau dengan anak sendiri pon kdg2 boleh hilang sabar.. inikan pulak percayakan org lain yg x tau asal usul, atau ada pertalian darah.. kalau anak yg kita jaga sendiri terjatuh.. kita yg jaga sendiri tu akan diam je.. tapi lau org lain buat.. cepat2 nak saman.. betul ke? sbb tu aku tak percaya org lain.. lagipon kita taula anak kita punyer perangai mcm mana kan.. (bg anak yg da besar sikit)

itu belum lagi cakap2 org sekeliling, kdg2 ahli keluarga pon masuk campur.. hah yg tu bab sensitip.. (korang paham2 je la) tapi aku tak bley puaskan hati semua pihak.. sbb lau susah pon yg bercakap lebih tu tak tolong pon!!!!!!!!!!

tapi bila aku tgk dier membesar depan mata.. aku bangga sangat.. aku jaga makan pakainya, aku tak nak dier nampak comot. aku temankan dier bercakap, aku jawab segala persoalannya, dier jadi budak yg bijak dan berani, keyakinan diri dier pon bercambah.. malahan kesihatan kulitnya pon aku amik kisah.. bukan aku nak berlagak aku pandai jg anak.. kdg2 ada kekurangan jugak.. tapi biarlah pengorbanan aku tak kerja ni terbayar skit.. bukan soal duit.. bila dier bijak berbicara, cepat belajar, kulitnya sihat, tak selalu demam pon dah buat hati aku tenang.. dah rasa terbayar.. tapi bukan senang nak berada kat tmpat ni.. cuma suami slalu ingatkan aku, kat mn pon kita skrg.. tuhan dah tentukan.. dan jadilah org yg sentiasa bersyukur dan tidak membandingkan hidup kita dgn yg lain.. ye la, buat apa nak di sesak sesakkan fikiran..





kalau tgk mukanyer seswai mcm manusia berhidung belang

Arenaa Diner | Tempat lepak yg cozy

aku memang da lama teringin nak review tempat ni.. mcm cozy je tempat ni u olls.. da berapa kali aku lalu lalang tempat ni.. tapi x singgah2.. lagi2 bila pikir tmpat tu susah nak parking..

kalau di tengok tmpat ni.. mcm kat dalam tv citer org putih.. mcm kat movie la.. tempat melepak mlm2.. mcm kat US la konon.. eceh.. tmpat ni kat kuala lumpur la.. mn lagi..

kay.. biar aku bg tau tempat ni nama nyer Arena Dinner dan yg paling ohsem.. makanan kat sini bukan je sedap tapi murah beb!! berpatutan la.. dan lau bawa budak pon.. seswai jugak..




memula hasrat mlm ni nak jumpe cik katak pink tu(blog list).. tapi dier ade urusan lain jadi dengan tak sengaja kitorang pon menyinggah kat Arenaa Diner ni.. betul2 bawah hotel Arenaa Mountbatten kat jalan Tun Perak.. dekat2 dgn Puduraya. Rasanya tempat ni macam di buka 24 jam.. dan makanan kat sini pon ada banyak pilihan seperti western, japanese food, dan ada set untuk breakfast sekali.. ala2 citer mat saleh lau teringin nak mkn pancake tu boleh la menyinggah selepas subuh..


tenang je lepak sini..

oleh kerana kitorg ni tak berapa nak lapar.. kitorg order beberapa hidangan je.. rugi pulak lau da sampai tapi tak merasa ape2 lebih lebih lagi harge kat sini mmg murah jd kitorg pon cuba lah sloppy joe burger dan spaghetti carbonara.. eh mmg ohsem la carbonara kat sini.. milky dengan rasa cendawan yg pekat.. mmg besh.. burger pulak sgt la sedap (kata encik suami) dan aku suka sbb rasa patty dier mcm ader rasa crunchy cuma pada aku tak seswai sbb aku tak suka masin sgt rasa beef sauce tu.. tapi masih dalam kategori sedap dan tidak memuakkan..


spaghetti carbonara ni harganya RM 8

Sloppy Joe ni berharga RM 12.00

minuman pulak aku order milk shake vanilla dan milk shake strawberry.. dan rasanye mmg sangat sedap.. oleh kerana kami sakit tekak.. vanilla shake ni melegakan lah jugak.. dan yg best nye.. milk shake kat sini berharga RM 5- RM6 saje!!


sedap sgt vanilla shake ni.. setiap satu berharga RM 5

kay la.. tak guna bercerita panjang lau korang tak g.. past tu korang recommend bende ape yg sedap ek.. nanti2 aku dtg lagi.. cekedaut!!

budak demam


tak dapat jumpa cik katak pink, heret cik katak hijau

patah seribu shila

umum bercerita tentang kisah percintaan shila amzah dan shanaz ahmad.. diselang seli kata2 semangat, nasihat, kejian tak kurang juga bahan lawak lagi2 selepas kemunculan video ombak rindu dari penyanyi yg meningkat naik ni..

kalau aku tgh frust menonggeng mcm dier, aku cuma tau nangis sahaja, aku tak boleh fokus nak rakam video, main gitar, hafal lirik ombak rindu, dan membuat ucapan.. kira dier mmg hebatla boleh buat semua tu dlm keadaan tgh sedih kan..

semua org kenal dier sbb ayah dier cuba naikkan shila sejak dier kecik lagi.. dr shila tekno ke shilalala.. siti nur halala.. ntahla.. mcm2 cara ayah dier try.. tapi tetap x popular.. past tu masuk oim lagi.. betapa susah daya seorang ayah nak anak yg disayangi berjaya.. bukan kecik pengorbanan itu.. wang ringgit, tenaga, masa, buat muka tak malu promote sini promote sana.. kenanglah jasa org tua.. pengorbanan adik beradik.. yg telah hidup bertahun2 dgn kita..

usahlah dikenang seorang lelaki yg tak tahu berbudi bahasa.. satu hari nanti shila akan berterima kasih kpd ayah atas apa yg diputuskan terbaik.. satu hari nanti shila akan tersenyum malu memikirkan tindakan hari ini.. dan satu hari nanti shila akan bersyukur memiliki seorang lelaki yg lebih baik.. percayalah pada qada' dan qadar..

setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Allah akan mengantikan seswatu yg dier ambil.. yg pasti lebih baik.. di suatu kehidupan seorang gadis teramat pilu.. cinta terhalang.. patah seribu hatinya.. di suatu kehidupan lain.. seorang ibu menangis kerana tak dapat membeli susu anak walaupon berharga cuma rm 30. patah seribu hatinya tak dapat memenuhi kehendak anak.. dan bila anak itu membesar.. apakah ujian untuk ibu tersebut?? dier berharap semoga hatinya tidak patah lagi..



antara kreatif dan miskin

bila kita terlalu minat kat sesuatu tu.. kita akan berusaha untuk mendapatkannya.. tak kisah.. susah atau senang.. kecuali bende tu mcm tak logik nak dapat jugak.. terpaksa kita lepaskan.. cewah.. suspen je intro ni.. mcm ape2 ntah..

ni nak citer skit.. setelah hampir 30 tahun hidup ni.. baru2 ni je aku tau kebolehan aku.. maksud aku kecenderungan aku ni mmg kat bende2 craft.. kadang2 kita tak nampak kemana haluan atau jalan hidup kita.. kalau org yg tau awal tu.. memang sgt beruntung n bernasib baik.. sebab ape ek.. sebab dier tak bazirkan masa bertahun2 buat bende yg dier tak suka atau bukan jiwa la..

aku mmg dr dulu minat craft tapi gitu2 je.. tak pernah nak jadikan punca pendapatan.. sebab aku ni jenis pemalu benau nak buat marketing sbb aku punyer tahap keyakinan diri mmg sgt tidak memuaskan.. tapi bila ada mia.. sejak aku lahirkan dak kecik tu.. macam2 aku nak buat.. berbekalkan mesin jahit tradisional yg bunyi kedek2 tu.. mcm2 aku buat untuk Mia.. teddy bear untuk dier, baju, bag, headband, hairband, sepit rambut, buku scrap.. and so on.. kira.. mmg aku obses dgn dier.. sampai aku sanggup berenti keje ketika umurnya 4 bulan..

lau dulu.. aku n en hubby mmg suka shopping(sampai skrg sebenarnye). Suka beli brg berjenama.. branded la bagai.. tapi skrg.. aku lebih suka buat sendiri.. aku rasa bila mia pakai baju yg aku buat untuk dier.. mcm bangga je.. bangga je.. tak la sampai riak takabur bongkak.. sbb bila buat handmade ni.. taklah sempurna mcm kilang buat.. ade la cacat cela kekadang tu.. cuma kita jd bangga sebab dier akan ckp mak dier yg buat.. kita rasa di hargai oleh insan kecik comel tu.. dan yg paling penting.. kompem baju dier.. or bag.. tak sama mcm org lain punyer.. lau ade customer yg nak.. selalunya aku elakkan buat bende yg sama.. sbb selain drpd boring, ia ada nilai tersendiri.. past tu mcm mencabar lah sikit.. makin hari makin nak better lah kan..

tapi pada pandangan sesetengah orang.. bila buat sendiri, mcm miskin je.. mcm tak mampu nak beli brg branded.. (itu pendapat org la kan) aku.. ape ade hal.. buat ape nak pikir kata org.. abis tu lau tak beli bahan tu tak jadi ape lah kan.. cuma lg best.. lg trill bile kita nak cari supplier fabrics yg cantik dan murah, supplier bende2 alah lain.. kdg nak dpt bende yg berkualiti.. mmg mahal skit, tapi puas hati.. a to z kita aturkan untuk produk sendiri..

happy chinese new year

selamat menyambut tahun baru cina buat sahabat2 saya yg berbangsa cina.. para2 supplier.. cewah.. bila kita jadi rakyat malaysia.. tak kira raya apa pon.. kita akan gumbira sebab dapat cuti lama... walaupon kita tak sambut.. semua orang berpusu2 balik kampong.. masing2 amik kesempatan berjumpa yg tersayang..
gitu gak ngan family aku.. kalau tak de 'makan besar' pon tak pe.. janji jumpa ngan adik beradik.. ye la.. walaupon tak duduk jauh2 tapi masing2 busy dgn karier dan komitmen masing2..
dan seperti biasa.. di kala hari perayaan mcm ni.. en ucop mmg busy dgn koje.. mmg jarang dapat cuti public holiday.. so, dipendekkan cerita.. aku mmg da terbiasa hidup macam gini.. cuma rasa 'kosong' itu pasti. tipu la lau tak rasa pape kan.. slalunya lau dier balik.. ari tu la aku double rajin mengemas rumah, masak special, dan segala2 nya..hari lain bukan tak rajin.. rajin la jugak.. cuma otak aku ni terlalu nak buat macam2.. masa tido pon kdg2 bley berpikir.. semak tau!
menu dikala menunggu en ucop balik ialah macaroni biasa je.. letak daging cincang dan digoreng sedikit pedas.. sebab suamiku ini tetiba teringat macaroni ni kat cafe kolej masa time study dulu.. bile terkenang kan zaman study dan mula2 rapat dengan dier mmg kelakar.. sekarang ni dah hampir 8 tahun memori tu kitorg tinggalkan.. dan 4 tahun kitorg bertawen.. chinese new year ni mengingatkan daku hari persandingan kitorang.. mase tu photographer pon terkejar2 nak balik sambut chinese new year..

segmen segmen segmen

sejak dua menjak ni.. ramai org buat segmen.. ada yg buat give away.. macam2 dan pusing2 org yg menyertai adalah yg sama.. kiranya dlm dunia belog ni kene saling support menyaport.. aku tengok ada je org nak menyertai.. agaknyer sebab derang mmg dah popular.. tgk follower pon da pangkat ratus ratus.. ribu riban.. kalau aku nak buat segmen malu je.. follower aku tak sampai 100 pon.. tapi rasa2 nak buat gak.. past tu nak bg hadiah brg2 craft.. or handmade yg aku buat sendiri.. cuma tgkla lau da popular skit.. lau da rajin nak mengupdate belog kan.. aku nak gak cari bloggers yg suka craft n handmade.. boleh kongsi citer.. tapi lau x de sambutan mmg malu giler.. sebab tu sampai skg tak pernah buat segmen.. huhu

aku rasa berdosa

cewah.. title atas ni mcm poyo je kan.. ini aku nak story setelah bergelar ibu kdg2 kita rasa berdosa kat anak..

tak de la pape yg beso pon.. tapi dr bende yg kecik kdg2 bley jadi beso..

1) aku rasa berdosa kalau tak dapat jaga dier dgn baik.. contoh.. masa Mia baby, aku masuk dalam toilet kejap sbb dier tgh tido.. tau2 bila keluar toilet dier jatuh katil.. aku rasa berdosa sangat.. aku rasa macam cuai sgt.. geram bila buat salah.. nak nyesal tak boleh..

2) bila anak kita nak seswatu tapi kita x dpt nak bagi.. contoh.. ada satu hari dia nak makan sate tapi masa tu aku x cukup cash.. kad bank aku pulak tertinggal.. nasib baik mlm tu ayah dier belikan sate jugak.. klau tak rasa kesian je.. sbb dier bukan jenis suka mintak2 kalau dier minta sekali sekala apala sgt.. aku fikir mcm mana org lain yg lebih susah dr aku.. kesian kan.. ada org yg tak mampu beli susu anak tau.. ya Allah permudahkan kehidupan mereka..

3) aku rasa x guna kalau x solat sebab sekaligus x doakan keselamatan anak.. betul tak? seandainya kita jauh dr Allah.. kita jarang memohon kpdnya.. mcm mn dier nak bg.. aku rasa bersalah sgt kat mia seandainya aku lupa berdoa untuknya.. malahan lg aku ni ibu dier.. kalau bukan aku siapa lg?? betul kata org, anak menjadikan kita jadi insan yg lebih baik..

4) sekiranya dia mengucapkan bende2 tak elok.. contoh.. bila kita naik kereta.. konon kita je betul.. maki hamun org lain.. x sedor si kecil menyerap bende tak elok.. ataupon bila tgk ayah dier tgk bola.. marah2 dier akan ikut apa yg kita buat.. lepas tu.. bila dier ckp x elok.. kita tanya.. siapa ajar??? terkebil2 matanya.. menahan air mata yg bergenang.. dier sgt baik sbb dier tak cakap kita yg ajar.. padehal dier amik dr perangai kita.. semoga adanya insan ini.. aku akan bertambah baik.. dier menjadikan hidupku lebih bermakna.. sayang Mia!

DIY tote bag for my little buttercup

dah lama nak buat tote bag ala2 anak dara untuk mia.. dier suka bag.. mmg suka sangat2.. ada beberapa bende yg dier suka.. kasut, bag, jam tangan.. past tu aku pulak bag maker.. dan dia ialah model aku all the time.. apa lagi.. berdozen2 la bag dier.. campur yg beli dah siap.. ada jugak.. haish.. die pulak suka bergaya.. dier pakai semua bag.. tak de la aku rasa membazir.. pandai.. nak g shopping pakai yg ni.. pakai baju kurung pakai yg tu..

nak buat tote bag mmg paling senang.. kacang lenang je.. bak kata mia lah..
amik perca kain.. apa2 pon boleh.. kalau kain kosong pon ok gak.. lebih2 lagi kalau nak conteng apa2.. ada identiti tersendiri la konon.. maklumla.. konon2 tak moh sama mcm org lain.. limited edition.. kita sorang je ade dlm dunia ni.. mcm LV la.. cuma kita tak rasa nak habiskan beribu untuk bag sahaja.. kita guna perca kain yg kos nya kadang2 RM2 je..

past tu potong empat segi.. saiz ikut suka hati.. main agak2 je.. kalau malas nak ukur kan.. past tu jahit tepi biar nampak kemas.. selesai tu terbalikkan kain tu.. cantumkan kain dan buat kemasan.. buat tali sendiri pakai kain tu jugak.. past tu jahitkan pada bahagian body.. agak2 jugak lah panjang tali tu.. asalkan si pemakai selesa.. jgn terlalu panjang.. takut dier melorot jatuh.. ok.. itu je la pon.. jom tgk pitcha..




tgk la kak nam tu bergaya sakan.. nanti aku letak pict dier pakai wedges n handbag baru dier pulak.. ok.. korang try la buat jugak.. untuk diri sendiri ke..

segmen blog kesayangan > blog coklateyes

sebenarnya aku join blog coklat eyes sejak dier bagi domain free.. aku support sbg tanda penghargaan la kat belog comel tu.. past tu mcm besh je.. lalu bila dah tukar domain tu semua bloglist aku hilang dan lenyap.. buat bloglist baru je.. nama pertama yg terlintas ialah blog coklateyes.. senang skit aku nak jalan2 kat blog coklat eyes sbb dier banyak beno buat segmen.. tak lokek informasi.. bg hadiah percuma lagi (domain dot my) bukan follow belog je.. aku follow fb and instagram dier sekali.. paling best.. eiffel tower kecik dier tu.. ade je menyibuk.. kiut sgt.. hehe.. jomlah join.. skg ni dier da sibuk jual tudung pulak.. rajin betul cik innani ni.. nak study lagi..



segmen ni tamat pd 22 february 2013 tau.. sape yg nak join bley lak klik banner yg comel kat atas ni.. boleh baca syarat2 segmen

segmen Jadikan Followers Unlimited

sebelum2 ni mmg tak rajin nak ikut segmen macam ni.. mmg banyak sgt2 org buat segmen macam ni.. lagipon saye bukan nak jual produk kan.. tapi apa salahnya pon bukan susah sgt kan..

so.. sape2 yg rajin jom la ikut segmen jadikan follower korang jadi unlimited by aimi rahim.. jomlah!!




tarikh tutup ialah 15 february tau.. jom cepat.. syarat2 pon senang je.. tak susah mane!!

book binding workshop with littlesyam at LAPAN

maulidur rasul hari tu en suami cuti.. lalu aku pon cepat2 grab tarikh tu untuk duduk kelas balik.. da lama tak g cekulah nih.. tapi bukan belajar bender teori.. belajar bender practikal.. bender2 kemahiran ni kekadang kene tengok depan bijik mata baru bley faham..
oleh kerana encik hubby cuti.. aku pon g kelas dengan hati yg senang krn my luvly Mia tu ada penjaga yg boleh dipercayai.. seawal jam 8 kitorg dah bertolak dr banting nih.. sampai kat publika dah kul 9.30 sempat gak sarapan roti telur.. wink wink.. kata encik ucop.. cuti pon kene g publika.. boring tau! dier kata.. elleh..
tepat jam 9.58 aku pon berjalan la dr kedai mamak bestari ke art row.. mmg x der masalah nak cari kedai bab dah selalu g sini teropong2 laki aku kat tempat kejer.. heheh.. past tu terus masuk kedai LAPAN.. mmg awesome kedai nih.. bagi pengemar craft, handmade jgn lupa dtg sini.. mmg awesome tau.. dan aku pon bersalam dgn cikgu aku.. kak syam namanyer.. lau tgk kat gambo cantik.. kat luar lglah cantik je.. bersih je.. yg penting.. dier tak sombong.. setelah beberapa tahun aku dok umah ni.. tak bersosial aku mcm takut2 je.. eceh.. takut la sgt.. kengkonon sopan la kan.. past tu terus dier ajar aku bind buku yg comel.. besh nyer!
aku belajar jenis coptic.. agak berbirat jari aku menarik2 tali tu.. best pulak buat bende ni.. jadi mcm leka tau.. bg akulah.. orang lain tak tau la.. sebab aku mmg craft lover.. jadi mcm release tension dan lupa segala masalah kejap.. elleh.. mcm lah tension sgt!
lepas buat2 buku tu aku tgk2 kedai dan bergambar2 sikit.. jom la tgk sekali!

rajin dan kreatif kak syam ni.. hasil kerjanya nampak kemas


hasil2 kerjatangan dr kak syam


sesiapa yg nak beli buku yg da siap.. mmg banyak pilihan.. cantik!!


koleksi handmade bookmark


handcraft mobile


inilah dier kak syam..


finally.. this is my creations.. coptic book binding.. tq kak syam.. i'm lovin it!!

sedapnyer naan cheese ni

sy ade sorang kawan.. dier sama mcm saya.. kitorang suke MAKAN!!! dier ialah cik katak pink.. dan selalu mengoda saya dengan memperkenalkan tempat2 makanan yg sedap... k, lau nak tau.. kali ni dier ajak saye ke tmpat naan cheese yg paling power! serupa pizza!! cakap pon tarak guna.. baik tengok pitcha ni.. dah tentu2 terliur.. tempat ni kat tengah2 bandaraya kl.. dekat jln tuanku abdul rahman.. depan maju junction.. korang tgk ader sign lotus.. hotel lotus kot.. ader kedai serbaguna mcm seven-e tu.. sebelah ade mamak.. sebelah lagi... aku tak pernah tgk sign.. lau nak makan.. g malam la.. lepas kul 6 ke..

kan aku dah cakap.. serupa pitza!!


membuak2 cheezy dlm tu.. gigit jari la lau tgk gambo nih..


chicken tandoori ni pon tak kurang ohsemnyer..


kuah daal ni mmg pekat.. sedap sgt..


penghilang dahaga.. ade rasa mcm ginger skit.. tapi mmg best!!

ok.. aku nak ucap thanks kat cik katak pink sebab berkongsi informasi.. dan yg belum mencuba.. baik lah try.. ok.. tata!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...