Showing posts with label berlibur. Show all posts
Showing posts with label berlibur. Show all posts

picnic dan berjimba

waktu ke kedai daiso, mia tertarik dgn container makanan (org malaysia panggil tupperware) berbentuk frog.. jadi sy beli untuk dier.. saya kata esok sekolah boleh la bawa.. dier kata dier nak guna untuk picnic. ye, kitorg jarang bw dier pergi picnic. Elok juga cadangan budak muchuk ni.. mmg kita selalu rindukan keadaan yg menenangkan.. sejuk.. tapi jarang buat aktiviti outdoor.. bosan la kalau jadi budak.. asyik berjalan ke shopping mall jer kan.. padehal gi picnic ni bukan pakai byk duit.. boleh bw bekal.. dan mia pon ckp dgn si ayah.. si ayah ni diam je x de respon.. ermmmmm.... (dgn emak nye sekali keciwa)

usai solat subuh tetibe je si ayah bertanya.. ada macaroni tak?
si ibu pon mengangguk malas sambil buat sarapan.. da siap lalu dipanggil si ayah.. tapi si ayah sudah emcem2 mcm nak g bekpes kat luar.. si ibu terkejut tgk bilik sudah terkemas rapi.. rupa2nya si ayah mengajak pegi picnic.. macaroni tadi dibungkus ke dalam tupperware bertingkat.. dengan mushroom soup sekali..

maka.. hari tu si ibu dan anak bersuka ria.. sambil memasukkan barangan dan bekalan, si anak berkata.. mn frog mia tu... si ibu terlupa nak membuat juadah kegemaran sikecil.. ini kerana si ayah yg tak memberitahu awal.. maka si ayah sempat singgah di jusco equin membeli beberapa makanan siap.   dan lepas tu barulah kitorang g air terjun sg.tekala.. membawa mia yg keriangan.. ok.. 

kitorg g kat tempat cetek je.. dulu time x de anak boleh la g tempat yg diving diving kan... dah tu skrg.. kene lah utamakan keselamatan dak kecik ni.. asal dier happy da cukup.. bg mak dier.. yg penting makanan cukup.. sedap.. itulah yg dinamakan kehidupan... hehe.. 

hari tu mia mmg seronok sgt.. sampai balik.. dier tido kat pelampung dlm kete.. rasa kesian je tgk bebudak time derang tido.. tapi mesti dier mimpi yg indah kan..



Release tension cara tak sengaja

Ahad lepas.. En hubby dapat cuti.. Bukan senang nak nampak dier di hari2 minggu.. Tapi mmg x der rancang ape2 activity.. Tiba2 Kakak ipar call ajak picnic kat Shah Alam.. Picnic kat Shah Alam? Oleh kerana masa tu kitorg dr keramat on the way ke Banting.. Kitorg pon singgah la.. Ingat jap je la.. Dengan confident tak bw baju mandi, towel.. Tapi terjebak gak.. Ader gak bj2 spare yg masih bersih.. Cuma seluar pendek encik Ucop jer kener beli baru.. (Haish) wink~ wink~ pakai seluar bunga2.. Lokasi kat wet world Shah Alam.. Ticket ikut ketinggian.. Kitorg rm20 sorang.. Mia.. Tepat2 90cm jd free je..

Masuk2 je Mia Terus buka jeans dan main2 air area cetek2.. Seb baik kod pakaian renang x ketat sgt.. Bley mandi pakai t shirt pjg.. Encik Ucop pon mcm chipsmore.. Jap da hilang cr pelampung.. Aku je terhegeh2 nak pegang bag, nak salin baju.. Nak jg Mia.. Seb baik g beramai2 boleh la amik turn g main apa yg patut..

Lebih kurang 3 jam kat wetworld, kitorg pon beransur balik sbb hujan pon da mula turun.. Past tu g lepak kat tasik depan SIRIM tu.. Sambil makan2 bekal yg dibawa.. Akrivity hari tu mmg best, dekat, murah, dan x penat sgt.. Ok.. Chaw!!


























kota Medan

sebenarnya dah lama sy ke Medan tapi saya tak letak dalam entri ni.. sebab lambang Mc'D tu ader kat dahi.. lambang M.. lambang malas.. ditambah pulak dengan suara2 halus dari lubuk hati.. ala.. cuma Medan.. bukan Milan.. tapi ada baiknya saya simpan memori ini di belog yg sungguh kalerful ni.. sebab kemungkinan besar, kalau2 lupa boleh la tengok2 balik..

Sy ke Medan pada 27 february lepas.. hah.. punya la lama.. sampai da gempa bumi barulah nak update masuk ke dalam belog ni.. bertolak dari LCCT jam 7 pagi, sampai pon pukul 7 pagi waktu di Medan. Nasib bek tak delay.. ok, lepas tu tunggu sepupu sy satu jam kemudian dan past tu kami berangkat ke hotel.
Tempat yg kami lawati pada hari pertama ni ialah Pasar Ikan, Medan Mall, Istana Maimon, dan Jalan Majapahit. Pasar Ikan ialah tempat untuk memborong telekung, blouse, kain pasang.. dan bukan tempat jual ikan ok! kat sini korang kena pandai tawar menawar.. dan selalunya korang akan dikejar oleh mamat2 yg suka mendesak untuk membeli barangan seperti t-shirt, magnet peti ais, key chain dan macam2 lagi.. nasihat sy.. anda perlu bersabar dengan karenah mereka, berhati2 dengan menjaga beg dan wallet anda, dan menjaga anak anda(jika anda membawa si comel sekali). Suasana kat sini agak sempit dan panas. Tapi pilihan barangan memang la tersangat banyak!
penat nak layan mamat2 ni
pilihan blous yg murah2


selepas ke pasar ikan, kami menikmati juadah nasi padang.. ada pelbagai pilihan restoran masakan padang di kota medan ni.. bila anda masuk ke kedai masakan padang, anda akan dihidang dengan pelbagai jenis lauk.. lauk atau pinggan yg "di usik" akan di kira. sedap2 juga masakan kat sini..


selesai makan tengah hari, kami ke Medan Mall. Kat sini pon, tempat shopping jugak.. harganya lebih murah berbanding di pasar Ikan. Antara barangan yg di jual di Medan Mall termasuklah blous, beg, handbag, kain pasang, kain cotton, pakaian dalam, dan aksesori atau barangan perhiasan.


sedang2 bershopping tu.. Mia pulak meragam kepenatan.. sempat juga sy beli pastri yang terdapat kat dalam Medan Mall tu.. sedap2 pastri kat sini.. Selepas ke Medan Mall, kami ke jalan Majapahit. Jalan Majapahit ni tempat untuk memborong sejenis kuih yg popular kat Medan ni. Nama kuihnya ialah Bika Ambon.. kuih yg mcm bingka tapi ia nya manis dan berwarna kuning cair.. Selain Bika Ambon, terdapat juga pilihan kek lapis betawi.. ada macam2 perisa.. tapi kat sini saya x ambil gambar ye.. driver van bawa kami ke Zulaikha Bika Ambon sebab dier kata kedai orang islam.. selepas ke jalan Majapahit, kami singgah ke Istana Maimon.. mula.. semua tak nak turun dari van sebab da mengantuk sangat2.. tapi bila sorang demi sorang turun.. dan ternampak ada org jual bakso.. terus hilang mengantuk..

Istana Maimun ialah istana kebesaran kesultanan Deli.. nak tau lebih lanjut sila klik Istana Maimun. Kat Istana Maimun ni pon ader gerai-gerai menjual t-shirt, pakaian kanak2, blangkon(topi tradisional Jawa) dan pelbagai cenderahati lain.. dan harganya lebih murah berbanding di Pasar Ikan. kat sini ada juga gerai bakso.. walaupon bakso nyer tak "kaw" mcam kat bakso laman pandan.. (padehal bakso pakcik tu.. wife dier yg berasal dr medan yg buat) tapi still masih boleh dikategorikan sedap..

ok, selesai hari pertama berjalan2.. dan kepenatan.. kami balik ke hotel untuk merehatkan badan, solat dan membersihkan badan.. sebelah malam pulak.. kami makan ikan bakar.. apa yang menariknya kat Medan ni, rata2 kedai makan yg sy kunjungi.. kalau sy order juice.. memang tersangatlah sedap.. kalau sy order jus markisa, 1 gelas tu derang blend 3 biji buah markisa.. dan yg penting harganya pon murah! tapi kebanyakan makanan kat sini manis2 belaka.. tak berapa menepati selera org kita yg suka pedas.. at least ada sikit pedas pon ok.. tapi kalau kita ke tempat org.. belasah je la kan.. jgn banyak songeh!

Keesokkannya, kami menuju ke Brastagi. Boleh dikatakan perjalanan ke Bragtagi agak jauh.. macam nak g Cameron Highlands. Kat Brastagi ni pon ahli rombongan sempat jugak nak bershopping sakan.. Tempat nya sedikit sejuk.. Selesai bershopping, kami menuju ke perkampungan Batak Karo.. (Inilah yg selalu org kita dok asyik sebut-sebut.. batak karo la.. jakun la.. sakai la.. aku selalu tercari2 perkataan apa yg seswai untuk mengantikan nama2 suku kaum ni)Kebanayakan suku kaum batak karo ni bertani. Antara hasil pertanian mereka ialah buah-buahan seperti limau.. memang sepanjang perjalanan kat tepi2 jalan ramai yg jual buah limau.. tujuan perjalanan melalui perkampungan Karo ini ialah untuk ke kolam air panas.. kat sini memang ada banyak kolam.. dan setiap kolam tu tahap kepanasannya adalah berbeza2..

ok, gambar untuk hari kedua ni memang tak banyak untuk dikongsikan.. sensored.. tak pakai tudung masa mandi.. malam kitorang makan dekat cafe2 berdekatan hotel sambil bersiar-siar melihat pemandangan malam di kota Medan
Hari terakhir di kota Medan, kami tetap berjalan2 di kota Medan.. apa lagi.. shopping bagai tak mahu.. memang agak bosan la baca skit.. shopping.. baca skit... shopping lagi.. tapi kalau u ollsz pegi bercuti pon realitinya mesti itu yg paling besh! betul tak! Hari terakhir ni jugak, pak cik beca tu kata nak bawa ke kilang buat telekung.. katanya telekung kat kilang lebih murah.. bila sy tengok.. tak la murah mana.. kat pasar ikan lebih murah lagi kalau pandai tawar menawar.. jadi, jgn dengar cakap orang! Boleh dikatakan, kalau kat sini shopping je la yg best.. lebih2 lagi kalau orang yg berniaga kan.. beli borong kat sini.. banyak pilihan.. dan harganya murah.. okla, itu sahaja yg sy boleh kongsikan untuk percutian kali ini.. nanti kalau sy kaya.. sy nak g tempat laen pulak..

3rd Anniversary at Cameron Highlands

Lepas balik dari Cameron Highlands untuk meraikan anniversary yang ke 3 sy diserang selsema dan demam.. tak ketinggalan sibuk dengan jadual pemeriksaan di wad orthopaedic PPUM. Memang agak bz untuk menulis entri2 terbaru..

Rumusan ttg anniversary yang ketiga ni, sy rasa mcm ada refreshment dalam perhubungan kami. Ialah sebelum ni masing2 bz dengan tanggungjawab masing2.. bila dapat meluangkan masa bersama-sama banyak yang dibualkan, di kongsikan..

Terima kasih saya ucapkan buat en hubby untuk vacation yang sgt menarik nih.. Macam kawan2 sy kata bila kita kata “bosan” dekat suami tentang hari2 yang kita lalui.. dia pasti akan sangkut pautkan dengan kebendaan dan kewangan.. walhal bagi seorang isteri “bosan” bukan bermaksud harus pergi berlibur atau bershopping..

Sebenarnya bagi seorang isteri tak mengapa kalau duduk di rumah sahaja asalkan suami boleh temankan isteri bercerita, berkongsi apa yang dilalui seharian, melakukan kerja rumah bersama-sama.. sebab tu sy x kisah kat manapon dia nak meraikan ulangtahun perkahwinan.. selalu sy bg tau dier dgn tak malunye.. “x pe la x der apa2 pon.. janji mesti ada sekeping kad dah cukup..” sebab yg paling penting dia ingat..

Apa yang menariknya tentang percutian kali ni ialah ia adalah tempat favourite sy.. x kisahlah kalau orang kata tempat ni membosankan.. jammed.. tapi bg saya Cameron Highlands memang seswai sgt dengan jiwa sy.. yang paling penting persediaan sy untuk menjadikan percutian itu jadi benda yang memorable.. Bagi saya bukan tempat tu yang membosankan.. tapi cara kita sendiri yang menjadikan tempat tu best atau tidak..


Hari pertama kami bertolak seawal jam 6.30 pagi (walaupun check in hotel pukul 3) sebab sy nak elakkan jammed, dan cuaca panas dan bahang panas dalam kereta. Kalau kita pergi mana2 pon bila dah mula jammed, mesti mood bley lari jadi tak best. Kebetulan di depan rumah ada makcik jual nasi dagang dan nasi kerabu. Jadi sebelum bertolak saya beli bungkus untuk waktu sarapan.. (mood suami sy akan ok kalau ada sarapan yg cukup)

Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami sampai kat Ringlet. Sempatlah jugak singgah di kilang Teh Boh.

Selepas melawat kilang teh dan “mendaki” bukit yang terdapat di ladang teh berkenaan, kami bertolak ke arah Berincang untuk ke hotel Equatorial. Sebelum check in, sempat jugak la berjalan2 sekitar Kea Farm. Memang best kat sini.. kalau rajin boleh singgah kat Rose Garden. Kalau nak cari cenderahati tempat nil ah paling sesuai.. Selain dr harganya yg murah, ada banyak pilihan. Macam2 ada, dari sayuran dan buahan, jem, aksesori macam topi, dan barangan cenderahati yang lain.. Kebanyakan cenderahati kat sini berunsurkan strawberry.. comel sgt2!! Selepas membeli sedikit barangan kami Check-In kat hotel.. berehat sekejap. Kebetulan waktu ni pun hujan turun. Sebelum ni saya pernah jugak ke Cameron Highlands bersama keluarga jadi selalunya bila petang sy sedia maklum memang hujan akan turun. Sebab tu lah sy suka bertolak pagi sebab nak manfaatkan waktu untuk berehat pd waktu hujan. Selepas berehat dan hujan pun dah reda, kami melawat Smoked House yang terletak di Tanah Rata.

Suasana petang di Smoked House memang mendamaikan. Panorama kat sini pon sgt2 lah menarik.. Selepas pulang dari Smoked House kami sempat singgah di Pasar Malam. Di Pasar Malam ni pon, pengunjung boleh dapatkan cenderahati yg menarik, kalau nak cari baju sejuk pun ada.. macam2 ada.. yang paling popular kat Pasar Malam ni, strawberry celup coklat atau strawberry madu.. bantal2 bentuk strawberry, baby doll strawberry, payung strawberry, aksesori rambut strawberry, strawberry basah, strawberry kering.. macam2 ada.. Balik dari Pasar Malam dan dinner, kami lepak kat bilik sahaja sebab nak tidur awal, berehat, dan boleh bangun awal... zzzz

Di hari kedua, Kami bangun pukul 6.30, Selepas bersarapan saya mengajak en hubby dan Damia untuk “berjogging” di sekitar hotel. Memang best Hotel ni sebab kawasannya yang luas dan pemandangan yg cantik membuatkan senaman ni tak rasa memenatkan.

Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak ke Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Oleh kerana kami bertolak awal, tak banyak kereta yang melalui jalan yang di apit ladang teh.. jadi kami sempat lah memberhentikan kereta dan posing di sekitar laluan tersebut..

Boh Tea Centre ni di buka pada jam 9.30 pagi.. Jadi bila kami sampai tu.. dan2 je lah kan timing tu.. Jadi kitorang pon melawat dan bergambar sakan.. panorama kat sini sungguhlah cantik.. sempat jugak kami minum2 teh, sambil menikmati keindahan alam ciptaan illahi.. Sedap jugak strawberry tart dan custard bar kat sini.. kalau dtg lagi memang nak lagi!


Selepas melawat Boh Tea Centre tu, sy ajak en suami yang baik hati tu ke Big Red Strawberry yang terletak dekat ngan town Tanah Rata. Kat sini pon best jugak. Kalau anda berminat dengan bunga dan berniat nak beri cenderahati berbentuk tanaman kat sini banyak pilihan. Harga pon agak murah.. Kat sini pon, ada cafe yang menyediakan juadah yg fresh.. apa lagi.. makan lah lagi!

Selepas ke Big Red Strawberry, kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah petang pulak, kami melawat strawberry farm yang terdapat di sekitar Brinchang. Seperti hari sebelumnya, kami pulang awal ke bilik hotel kerana hujan turun.. Kat sini, bila hujan je.. (lebih2 lagi kat pasar malam) anda boleh lihat hampir semua pengunjung berteduh dibawah payung bercorak strawberry! Jadi kalau anda bercadang untuk adakan aktiviti memasak memang sgt seswai sebab waktu petang yang hujan, dan sayur2 kat sini murah.. ada waktu yg seswai untuk berehat, dan waktu untuk melawat.. apa yang paling penting bg saya sewaktu percutian, adalah time management supaya kita boleh menggunakan waktu dengan semaksima mungkin!

Selepas makan malam, kami menonton television dan berselimut sahaja di dalam bilik.. Pada waktu malam, terasa dingin udara kat sini.. En hubby yang mula kelihatan gelisah(sebab mcm x der aktiviti) mengajak sy untuk melepak di lobi. Kat ruangan lobi ni pon agak best melepak sebab ader aktviti riadah spt bermain pool & foos ball. Nampaknye malam ni ramai org yg conquer meja pool, dan menyebabkan kami terjebak untuk melakukan aktiviti lain. Cuba teka?

............................

Karaoke lah jawapannya!


Hampir 1 jam setengah menyumbangkan suara, kami pon balik ke bilik untuk berehat.. zzzz Hari ketiga kami bangun lewat sedikit. Lebih Kurang jam 7 pagi. Bersiap2 dan mengemas bilik.. cari barang kat Kea Farm, Check Out.. dan tak terus balik.. sempat lagi En. Hubby bermain pool dan shopping sayur2 dan buah2an sebelum balik!

Walaupon agak memenatkan.. tapi sy rasa percutian kali ini memang best dan mengeratkan lagi hubungan antara kami.. seronok jugak tgk Damia yg sgt enjoy.. mungkin sebab dier da besar sikit.. dah pandai menyesuaikan diri.. comel sgt! Ibu syg Mia ngan ayah sgt2!!


Gilakan rain boots

Dah lama sy cari rain boots untuk Damia.. Saya memang suka kumpul benda2 yang cute miut.. kalau pilih mainan ayah dier kata sape yg nak ni? Sebab memang sy yg lebih2 suka kumpul mainan yg menampakkan dier matang tapi cute..



Bila en hubby kata nak meraikan anniversary kat Cameron Highlands, bende pertama yg sy list kan ialah kasut but Mia yg berwarna kuning.. sebab sy tahu hampir setiap petang, Cameron Highlands selalunya hujan. Memang bila berada kat sana Mia lebih selesa pakai kasut but tu.. sebab kami lebih byk melakukan aktiviti outdoor.. tapi sayangnya sy teringin nak belikan dier rain boots yg comel dan colourful!



Kawan saya kata.. “banyaklah kat e-bay!”

Dan problemnyer kat sini.. sy tak pandai pon guna e-bay dan sy takut nak beli online macam tu yang menggunakan card credit!

Antara jenama2 kids rain boots ni adalah dari Hatley Kids, Western Chief & Stephen Joseph. Tapi sy tak kisahkan jenama.. yg penting cute.. murah lebih baik!!!!

Sy cari kat belog2 sini.. manalah tau ada yg jual.. tapi x der! Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana yg boleh dapatkan rain boots ni boleh pm sy occay!

Dan u all semua sila la tgk2 bende yg best nih..



atau anda bley pegi laman web rainy day kids
dan boots yg sy teringin nak ader mcm nilah.. comel tak????!!!



jalan2 kat pullman

hari sabtu lepas.. selepas g beli 2 helai jeans kat sogo(setelah terjumpa size yg seswai) aku ajak suami pergi tempat yang "damai" sikit.. sebab aku nak rakam gambar mia tengah2 dlm mood dier baik nih.. lagipon aku kekurangan gambar yg agak menarik untuk scrapbook.. nih pon ntah bile zaman nak cuci nih.. bosanlah asyik gambo kat meja makan.. dlm shopping kompleks.. nak gak lau bley shoot ader lalang ke.. air ke.. (wpun x lah pakai kamera dslr yg aku teringin nak ader) tapi occaylah tu dpt mengabadikan gambar mia waktu dier membesar ni.. so, nikmatilah pict2 manje dari model kecik saya.. n di lokasi yg tak asing lagi.. pullman lakeside putrajaya..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...