apam bugs yg cumell..

salam hari sabtu.. bila weekend menjelang je kita akan tgk ramai org update belog dengan cerita makanan.. sebab waktu tu je la org ada masa.. dan waktu tu je la ramai org kat umah dan kita boleh makan sama2.. cam tu jugek dgn sayes! da lama teringin nak buat apam yg cumel ni.. sebelum ni tgk kat pesbuk org lain je.. ok, untuk memendekkan sesi hari ni.. bahan2 yg kena ada ialah:

1. telur 2 biji
2. susu cair 200 ml
3. tepung apam yg dah ready made(boleh beli kat kedai bahan2 kek.. kalau nak pakai adunan apam juga buleh.. tapi lau nak buat sikit lebih baik pakai yg dah readymade ni)

ok cara2 nye ialah:

1. pukul telur dan susu cair sampai kembang.. past tu tambah tepung tu.. sampai halus, kembang dan putih..
2. bahagikan kepada 4. letak pewarna kuning, merah, hitam dan sikit je putih.. (merah n kuning banyak)
3. letak dalam cup kertas yg cumel (letak kaler merah atau kuning) letakkan lebih kurang 1/2 cawan kertas tu..
4. sementara tu panaskan kukus.. past tu lukis bentuk bugs yg anda suka.. bentuk ladybird atau bee.. tau kalau dah malas letak polka dot..
5. kukus dalam 10 minit.. past tu siap dan boleh dimakan.. tu je..


kalau korang berasa malas nak wat bentuk bugs.. malas nak lukis2 tapi nak der 2 ton kaler.. cewah.. 2 ton.. mcm tudung pulak.. letak satu kaler kat belah bawah.. belah atas kaler lain.. dengan menggunakan benda tajam seperti hujung pisau.. letak minyak dan buat bentuk "x".. bila da siap dier akan terbelah dan kaler belah bawah tu pon akan interframe jugek!! ok.. selamat mencube!

segmen DIY- beg cute denim!

orait.. hari ni, sy dah siapkan beg sandang belakang menggunakan denim terpakai.. dan untuk amatur mcm sy.. huhu.. memerlukan ketabahan untuk membuat beg sandang ni.. lagi2 bila kita mementingkan kekemasan.. dan inilah hasilnya!
haha.. comel tak? dan kalau korang nak buat, peralatan yg kena ada ialah seperti 2 atau 3 corak fabrik, zip, klip untuk adjust tali beg(boleh amik dr beg yg nak dibuang), span nipis.
gambar di atas tu bukan gambar roti.. tapi ilustrasi peralatan2 yg nak digunakan.. ok, kita g kepada cara2 pulak:

1. Gunting 2 jenis fabrik(sy gunakan denim untuk bahagian luar beg, dan bhg dalam.. sy gunakan jenis cotton) besarnya ikut suka hati.. kalau untuk budak kecik kecikkan sikit saiz beg tu.. bahagian bawah besar 1cm dr bahagian atas.. kalau nak tebal, boleh letak span..
2. Selepas anda melapik dan mencantumkan 2 jenis fabrik tu.. anda boleh jahitkan dengan zip.. pastikan zip tu "center" kiri kanan.. di bahagian sebelah zip tu cantum dengan pelapik belah atas.. juga kene buat center.. kalau takut anda boleh lebihkan panjang pelapik tu.. (pelapik tu juga kena jahit dengan fabrik belah dalam dan belah luar).
3. Selesai mencantumkan pelapik atas, cantumkan sekali pelapik belah bawah.. pastikan dier betul2 center. Anda akan dapat rangka beg yg sempurna (tapi untuk belah depan je lah..)

4. Untuk belah belakang, buat 2 tali penyangkut bahu.. dan cantumkan dengan bahagian beg belah belakang.. (sebelum tu kalau anda nak letak poket belah dalam beg, anda perlu cantum kan dahulu dengan fabrik dibahagian dalam..

5. Di penghujung tali penyangkut tu anda boleh letak klip untuk adjust panjang tali..

6. Ambil sehelai kain segi empat tepat, dilipat dari penjuru ke penjuru(jadi 3 segi) dan selitkan tali. Past tu jahit sekali tali tu.. x faham sila tengok gambar di bawah

7. Selepas tu anda boleh cantumkan bahagian belakang dengan bhg depan beg.. (jahit dr dalam) dan bila anda terbalikkan beg tu dr dalam.. anda akan dapat hasil yg membanggakan..ceh.. tapi bila tengok belah dalam.. ha... berselirat benang kan.. jadi anda boleh gunting dan rapikan bahagian dalam.

8. Anda boleh hilangkan kecacatan pada beg tu dengan cover/jahit kain felt/atau ape 2 kain yg anda suka.. pada bahagian yg berselirat tu.. past tu dah siap!! inilah hasilnya..

jejak kasih kura-kuraku syg..

petang tadi damia bising2 panggil sy.. dengan patah percakapannya yg agak pelat tu.. sy memang kena fikir dulu apa yg cuba dia nak sampaikan.. walaupon sudah banyak patah perkataan yg jelas.. tapi kadang2 bila terlebih xcited.. dier akan ckp laju sehingga sy yg tertinggal untuk menangkap apa yg di maksudkan.. rupa2nya die jumpa seekor kura2..

kura2 ni memang dah lama hilang (3 atau 4 tahun lepas).. saya beli masa sy belum bercinta pon dengan bapak Damia ni.. kira-kira 7 tahun lepas kot.. sy tau dier sebab ada 'tanda lahir' kat bawah cengkerang dier..

7 tahun lepas, sy beli kat CM (central market) dengan cik katak pink.. dier pon ader jugak kura2 macam ni.. jadi.. zaman sy study dier la peneman sy.. namanya Beemo. masa tu cumel lagi.. hijau sgt kaler dier.. biler dier makin besar.. dier lebih ke kaler kuning skit.. kuku pon makin panjang.. tiba2 dier hilang termasuk kat saluran air masa sy mandikan/ basuh akuarium nyer.. (hilang kat parit belakang rumah je!) tapi past tu sy tak jumpa atau nampak dier pon.. sampai la da kawen, ada anak.. dan hari ni dier balik pulak!

itupon sebab dier terperangkap pada batang besi.. dan kulitnya nampak terlalu kering dan tercabut sikit.. kesian dier.. haish.. nasib la emak sy ternampak dier.. inilah dier Beemo tu..

segmen DIY-tudung si comel

salam! tudung ni dah buat lama da sebenarnya.. tapi lambat nak update kat sini.. si cumel sy pantang nampak org pakai tudung.. dier pown nak ikut.. kebetulan adik sy ade tudung yg bercorak hitam putih.. dier nak macam tu jugek! kalau kat pasaran pown kita tengok tudung untuk sikecik tak der yg corak.. kosong je.. jadi, sy cari bahan nak buat lah tudung untuk si comel.. untuk awning.. sy hanya guna span nipis..

da siap.. senang je buat tudung budak ni.. comel tak.. kalau nak cantik awning tu panjangkan sampai pipi, tapi bila pendek nampak lebih kemas dan selesa untuk kanak2..

segmen DIY-bekas pensel/bekas makeup denim

ok.. ples jgn jemu sebab kebelakangan ni sy akan post entri2 DIY yg berbentuk seni jahitan.. seni la sgt.. semalam sy tunjuk DIY menjadikan seluar si comel.. ingat tak sy cakap sy potong seluar tu? dan hari ni bahagian yg dipotong tu sy buat bekas pensel.. memang senang sangat.. ok, anda boleh follow gambar di bawah ini



da siap! anda juga boleh hias dengan aksesori tambahan untuk mencantikkan lagi bekas pensel tu!

segmen DIY- "ranggi" kan seluar si comel!!

salam hari rabu.. kebelakangan ni.. sy banyak habiskan waktu dengan menjahit.. jadi, ntah ape2 perca kain.. sy jadikan sumber untuk berkarya.. untuk buat ujikaji dan mcm2 lagi..
kebetulan.. waktu beli seluar damia time raya dulu.. ada offer.. kalau beli sehelai seluar harganya RM20, tapi kalau amik 3 helai RM50.. tapi x banyak pilihan.. patern pon lebih nampak boyish skit.. tapi sy amik jugak.. sebab dah jumpa 2 yg cantik.. jadi yg satu ni bila2 bleh la di "alter".. dan sekian lama sy biarkan je seluar tu.. sebab pingang nyer besar.. baru2 ni.. bila cari baju damia.. sales girl tu ajar sy.. mcm mane nak kecik kan pinggang seluar tu.. rupa2 nya.. getah seluar tu boleh ditarik.. dan ada butang yg bleh adjust... hehe.. owh... buat malu je.. baru sayes tahu!!! hahaha.. anak dah 2 tahun lebih da...

dan bila sy balik.. sy cari semua seluar damia.. rupa2nya banyak seluar dier yg boleh pakai.. apa lagi.. mood nak meng"alter" pown datang.. termasuklah dengan seluar yg sy katakan di awal rancangan tadi!
1. seluar tu memang agak panjang.. dan macam season skit.. sebab memang corak dier lusuh kat tengah2 jadi kalau nak potong dan terus jahit mcm x besh jer.. jadi sy jahit getah biar nampak mcm girly skit.. dan hasilnya.. okla.. nampak mcm kosong je..
2. Anda bleh keluarkan/cari butang2 lama yg da tercabut.. atau bahan2 yg boleh dijadikan hiasan untuk seluar si comel.. mcm gambar di bawah..

3. Anda juga boleh hiaskan hujung seluar dengan menjahitkan reben yg colorful..

4. kalau rasa mcm nak tutup kesan jahitan tu.. hiaskan dengan butang yg color kontra.. (lau baju budak2 ada byk color mmg cumel!)

5. Hiaskan bahagian poket belakang dengan butang atau hiasan yg anda suka..

6. Bila sudah siap.. bley la si comel anda mengayakan.. kalau boleh untuk hiasan pilihlah benda2 yg tidak gatal atau tajam.. kerana ia bukan je buat si manja tak selesa.. tapi bahayakan derang.. JUGA.. kalau nak benda2 ni tahan dan tak tercabut.. SILA jangan basuh pakai mesin!! sekian! comel tak??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...