Showing posts with label cerita isteri. Show all posts
Showing posts with label cerita isteri. Show all posts

kisah isteri yg kantoi dgn suami

pd suatu malam.. sedang bersendirian di rumah.... ketika anak sy mia pg mengikut neneknye keluar berjln2... dgn lajunye... sy yg boring g bukak pintu......... (berdebar tak??)

pintu peti sejuk... tetiba sy ternampak satu jug besar dabak air kelapa muda.... sy pon tuang skit kat blender... dgn berdebar2... sy tapau skit eskem mia.. x der vanilla.. tapi eskem pelangi pon jadila.. sbb da mengidam benau... sy blend... jd la COCONUT SHAKE!!! walaupon ianye berwarna pink skit tapi rasanye mmg sgt ohsemmmmm!!! berjoget2 baby dlm perut...

oleh krn terlampau sedap.. x sedar ade satu lembaga d belakang...

"owh.. patutlah eskem mia cepat habis!!!" kata suara lembaga terbabit
rupe2 nye encik suami br balik keje.. dan terkantoi lah sy yg selalu mengerjakan eskem pelangi walls mia...

dan akhirnya coconut shake tu kene paw juge!!!!
-sekian-

picnic dan berjimba

waktu ke kedai daiso, mia tertarik dgn container makanan (org malaysia panggil tupperware) berbentuk frog.. jadi sy beli untuk dier.. saya kata esok sekolah boleh la bawa.. dier kata dier nak guna untuk picnic. ye, kitorg jarang bw dier pergi picnic. Elok juga cadangan budak muchuk ni.. mmg kita selalu rindukan keadaan yg menenangkan.. sejuk.. tapi jarang buat aktiviti outdoor.. bosan la kalau jadi budak.. asyik berjalan ke shopping mall jer kan.. padehal gi picnic ni bukan pakai byk duit.. boleh bw bekal.. dan mia pon ckp dgn si ayah.. si ayah ni diam je x de respon.. ermmmmm.... (dgn emak nye sekali keciwa)

usai solat subuh tetibe je si ayah bertanya.. ada macaroni tak?
si ibu pon mengangguk malas sambil buat sarapan.. da siap lalu dipanggil si ayah.. tapi si ayah sudah emcem2 mcm nak g bekpes kat luar.. si ibu terkejut tgk bilik sudah terkemas rapi.. rupa2nya si ayah mengajak pegi picnic.. macaroni tadi dibungkus ke dalam tupperware bertingkat.. dengan mushroom soup sekali..

maka.. hari tu si ibu dan anak bersuka ria.. sambil memasukkan barangan dan bekalan, si anak berkata.. mn frog mia tu... si ibu terlupa nak membuat juadah kegemaran sikecil.. ini kerana si ayah yg tak memberitahu awal.. maka si ayah sempat singgah di jusco equin membeli beberapa makanan siap.   dan lepas tu barulah kitorang g air terjun sg.tekala.. membawa mia yg keriangan.. ok.. 

kitorg g kat tempat cetek je.. dulu time x de anak boleh la g tempat yg diving diving kan... dah tu skrg.. kene lah utamakan keselamatan dak kecik ni.. asal dier happy da cukup.. bg mak dier.. yg penting makanan cukup.. sedap.. itulah yg dinamakan kehidupan... hehe.. 

hari tu mia mmg seronok sgt.. sampai balik.. dier tido kat pelampung dlm kete.. rasa kesian je tgk bebudak time derang tido.. tapi mesti dier mimpi yg indah kan..



butcher's wife

ini entri pertama aku cerita ttg suami tercinta.. dan title di atas mengingatkan aku ttg movie The Butcher's Wife lakonan Demi Moore... tp yg pasti aku nak cerita realiti kehidupan sebagai isteri seorang pemotong daging..

Sebagai seorang yang mempunyai Degree In Computing, tentu sahaja buat aku pelik dan berkerut dahi bila akhirnya dia memilih untuk jadi seorang pemotong daging.. dan.. lebih terkerutnya dahi aku ni bila dier buat keputusan tu sebulan sebelum kitorang berkahwin. Tapi sebagai seorang yang positif, aku biarkan sahaja jalan yg di pilihnya.. sambil memujuk hati sendiri.. kalau dier bosan dier akan cari kerja lain jugak.. tapi sekarang, hampir 5 tahun da dier berkecimpung dalam dunia Butchery ni..

Pada mulanya, aku cuma ingat kerja tu sgt lah remeh.. belajar seminggu masuk kerja da bosan.. dan aku memang agak takut untuk menerima pandangan orang lain yg mungkin akan memandang rendah pada pekerjaan ini.

Aku memang kenal encik suami sejak dari kolej lagi.. kitorang study bersama, dan dier ialah seorang yang berdaya saing dan gemarkan cabaran tak kira apa yg di buat.. dier tak pernah bosan untuk belajar benda baru.. termasuk dengan kerja nya sekarang.. dan bila dier dah berkecimpung dalam dunia ni, byk jugak ilmu yang aku terima secara x langsung..

Barulah aku tau untuk jadi butcher ni ada byk benda kene belajar.. step pertama kene amik ujian untuk jadi apprentice, past tu ke step 2 iaitu junior butcher then baru bley g step 3 jadi butcher.. hah.. da mcm special agent oso kan.. 3 special steps.. Di Malaysia ni, memang ada beberapa kelab butcher antaranya termasuklah di bawah seliaan MLA (Meat Lifestock Australia) dan ahli2 kelab boleh menerima kursus latihan juga berpeluang menyertai lawatan di Australia. Kat bawah ni adalah carta step2 butcher sehinggala bley jadi master butcher.

bukan main potong je taw.. kene tau part2 kambing, lembu, cara potong yang sesuai untuk berbagai cara masakan.. jenis2 kambing, jenis2 lembu.. lembu Kobe, Wagyu, Angus.. apa lagi ek.. belum lagi american wagyu, australian wagyu, japanese wagyu, kekadang kita kene tau ape yg lembu2 ni makan.. biasanya lembu2 wagyu ni makan jagung, barli, alfalfa.. dan ada yg aku dengar ( bg lembu x halal) siap diberi minum wine dan duduk dlm bilik aircond lagi.. untuk pertumbuhan lemak katenye.. tapi setakat ni pasaran untuk Malaysia ni adalah yg halal dan kebanyakannya dari Australia..

untuk potongan lembu pon ada berbagai jenis, antaranya ialah fillet, rib eye, shank, T bone, tenderloin, sirloin, dan berbagai2 lagi..

masa kerja retail dulu, pernah jugak aku received daging2 import ni.. bukan sikit2 punyer rege.. main ribu2 je harganya.. mmg patutlah kalau sale untuk sehari pernah laki aku ckp kdg2 sampai 29 ribu ribu.. sebulan kadang2 mencecah 380 ribu.. (pd bulan krismas). Kadang2 takut aku nak received bender2 ni lau takde butcher yg boleh check daging2 ni.. mn nak tau segar ke tak.. elok ke tak.. sape nak tanggungjawab nnt kan..

Mula2 dulu secara jujurnya kekadang rasa kerja laki aku ni macam x menjamin masa depan.. nak di bandingkan dengan pekerjaan zaman sekarang yg lebih relax kan.. biasala, orang takkan pandang kerja2 macam ni.. aku fikir gaji kecik la, tapi bila dah masuk dlm industri ni dan bergaul dengan ahli butchery club barulah aku tau, kerja ni tak patut di pandang rendah.. dan aku sentiasa menyokong apa yg suami aku pilih.. yang penting dier nak majukan diri dlm bidang ni.. apa yg kita lakukan tak kira besar atau kecil.. kita sebenarnya menyumbang untuk sesuatu kebaikan.. In Sya Allah.. Sekarang ni industri makanan halal bukan terhad untuk orang muslim sahaja..

Pernah aku terbaca kisah kehidupan seorang master butcher di akhbar metro.. kisahnya menjadikan inspirasi buat kami. seorang yg berjaya dlm bidang ni bermula drpd kehidupan yang payah, tidak berumah sehingga beliau dapat bekerja di istana Buckingham. Seorang yang berhati waja menunjukkan kita perlu bekerja keras di dalam apa jua bidang yg kita ceburi.. kejayaan takkan dtg bergolek.. disusuli doa dan tawaqal.. aku berharap en hubby boleh meningkatkan kerjaya dalam bidang ini.. aku sentiasa doakan yg terbaik untuknya supaya ada peluang yg lebih baik..

sebab amah gila, aku ditahan seumur hidup

bukak la media massa, media cetak, internet, fesbuk, belog.. semua bercerita pasal amah yg dijatuhkan hukuman 20 tahun oleh mahkamah kuantan kerana kesalahan menghempas dan menganiaya seorang bayi lelaki.. aku tgk sikit je beb video tu.. aku mmg tak berani nak tgk video2 mcm tu.. lebih2 lagi kalau pasal baby.. tapi aku da tak bley tido.. aku kalau tgk mcm tu mesti aku bayangkan org buat anak aku mcm tu.. aish.. mintak2 selamat la mia tu.. dunia akhirat..

dan bila laki aku tgk je video tu terus2 dier message aku.. "TAK PAYAH KERJA!!" nampaknya tuan hakim yg bijaksana tu dah buat keputusan.. dikala aku sedang bersemangat ni asyik melayari laman jobstreet..

seb baik 'hukuman' tersebut x de itam putih.. nnt aku pujuk la tuan hakim tu.. gosok2 skit bahu dier.. dah 3 tahun aku duduk kat umah jd housewife sepenuh masa.. kdg2 ada kawan2 update status kat fb "bertuahnya org yg jadi full time housewife" biar aku ceritakan disini..

tahukah anda menjadi seorang suri rumah tu aku kene korbankan byk bende dalam hidup aku? ingat aku suka2 je buat keputusan tanpa ada list dlm kepala hotak aku ni? lebih2 lagi dgn penat lelah blajo sampai degree dan akhirnya ini yg aku pilih? hutang blajo dulu pon tak habis lagi..

memilih untuk menjadi suri rumah, bermakna hampir 60% sumber kewangan kami terjejas (mase tu gaji aku lebih skit berbanding suami). Lama aku pikir dulu.. bermakna aku kene tinggalkan angan2 bershopping, berjimba, atau makan kat tmpat yg sedap2.. bercuti saban tahun, hadiah anniversary, hadiah harijadi, parti hari jadi mia, nak beli rumah, apa lagi beli perabot, apa lagi gadget terkini, pencuci muka clinique, make up, kasut dan banyaaaaaakkkk lagi!!!!

Tapi bila kita ikhlas buat semua tu alhamdulillah ada rezeki Allah bagi lebih.. contoh macam suami naik pangkat ke, naik gaji ke, walaupon memula tu memang terasa sangat2 tapi aku teruskan juga.. Bila dah lama2 bende tu jadi ok tanpa kita sedari.. walau bagaimanapon, ianya mengajar kami untuk lebih berdisplin soal menbelanjakan duit.. tetap sampai skrg aku masih tak bley lagi bermewah2.. takut ada kecemasan.. itu dari segi soal duit la..

Lupakan saja baju glamor dlm wardrobe tu kerana seorang suri rumah takde pegi dinner, family day, atau apa2 yang seumpama dgn tu.. (majlis keraian syarikat) nak lepak kluar mkn dgn kawan2 pon susah.. malahan tanpa anda sedari.. tahap keyakinan anda akan menurun sedikit kerana berasa diri tak sempurna macam org lain.. ialah, kawan anda cuma anak, suami dan keluarga (itupon kalau duduk dekat dgn family) rasa mcm fikiran tak berkembang.. merasa diri tak de apa2 pencapaian..

dan bila dah terperuk sahaja kat rumah 7 hari seminggu.. kdg2 boleh terlepas marah.. bayangkan, kalau dengan anak sendiri pon kdg2 boleh hilang sabar.. inikan pulak percayakan org lain yg x tau asal usul, atau ada pertalian darah.. kalau anak yg kita jaga sendiri terjatuh.. kita yg jaga sendiri tu akan diam je.. tapi lau org lain buat.. cepat2 nak saman.. betul ke? sbb tu aku tak percaya org lain.. lagipon kita taula anak kita punyer perangai mcm mana kan.. (bg anak yg da besar sikit)

itu belum lagi cakap2 org sekeliling, kdg2 ahli keluarga pon masuk campur.. hah yg tu bab sensitip.. (korang paham2 je la) tapi aku tak bley puaskan hati semua pihak.. sbb lau susah pon yg bercakap lebih tu tak tolong pon!!!!!!!!!!

tapi bila aku tgk dier membesar depan mata.. aku bangga sangat.. aku jaga makan pakainya, aku tak nak dier nampak comot. aku temankan dier bercakap, aku jawab segala persoalannya, dier jadi budak yg bijak dan berani, keyakinan diri dier pon bercambah.. malahan kesihatan kulitnya pon aku amik kisah.. bukan aku nak berlagak aku pandai jg anak.. kdg2 ada kekurangan jugak.. tapi biarlah pengorbanan aku tak kerja ni terbayar skit.. bukan soal duit.. bila dier bijak berbicara, cepat belajar, kulitnya sihat, tak selalu demam pon dah buat hati aku tenang.. dah rasa terbayar.. tapi bukan senang nak berada kat tmpat ni.. cuma suami slalu ingatkan aku, kat mn pon kita skrg.. tuhan dah tentukan.. dan jadilah org yg sentiasa bersyukur dan tidak membandingkan hidup kita dgn yg lain.. ye la, buat apa nak di sesak sesakkan fikiran..





kalau tgk mukanyer seswai mcm manusia berhidung belang

happy chinese new year

selamat menyambut tahun baru cina buat sahabat2 saya yg berbangsa cina.. para2 supplier.. cewah.. bila kita jadi rakyat malaysia.. tak kira raya apa pon.. kita akan gumbira sebab dapat cuti lama... walaupon kita tak sambut.. semua orang berpusu2 balik kampong.. masing2 amik kesempatan berjumpa yg tersayang..
gitu gak ngan family aku.. kalau tak de 'makan besar' pon tak pe.. janji jumpa ngan adik beradik.. ye la.. walaupon tak duduk jauh2 tapi masing2 busy dgn karier dan komitmen masing2..
dan seperti biasa.. di kala hari perayaan mcm ni.. en ucop mmg busy dgn koje.. mmg jarang dapat cuti public holiday.. so, dipendekkan cerita.. aku mmg da terbiasa hidup macam gini.. cuma rasa 'kosong' itu pasti. tipu la lau tak rasa pape kan.. slalunya lau dier balik.. ari tu la aku double rajin mengemas rumah, masak special, dan segala2 nya..hari lain bukan tak rajin.. rajin la jugak.. cuma otak aku ni terlalu nak buat macam2.. masa tido pon kdg2 bley berpikir.. semak tau!
menu dikala menunggu en ucop balik ialah macaroni biasa je.. letak daging cincang dan digoreng sedikit pedas.. sebab suamiku ini tetiba teringat macaroni ni kat cafe kolej masa time study dulu.. bile terkenang kan zaman study dan mula2 rapat dengan dier mmg kelakar.. sekarang ni dah hampir 8 tahun memori tu kitorg tinggalkan.. dan 4 tahun kitorg bertawen.. chinese new year ni mengingatkan daku hari persandingan kitorang.. mase tu photographer pon terkejar2 nak balik sambut chinese new year..

aku rasa berdosa

cewah.. title atas ni mcm poyo je kan.. ini aku nak story setelah bergelar ibu kdg2 kita rasa berdosa kat anak..

tak de la pape yg beso pon.. tapi dr bende yg kecik kdg2 bley jadi beso..

1) aku rasa berdosa kalau tak dapat jaga dier dgn baik.. contoh.. masa Mia baby, aku masuk dalam toilet kejap sbb dier tgh tido.. tau2 bila keluar toilet dier jatuh katil.. aku rasa berdosa sangat.. aku rasa macam cuai sgt.. geram bila buat salah.. nak nyesal tak boleh..

2) bila anak kita nak seswatu tapi kita x dpt nak bagi.. contoh.. ada satu hari dia nak makan sate tapi masa tu aku x cukup cash.. kad bank aku pulak tertinggal.. nasib baik mlm tu ayah dier belikan sate jugak.. klau tak rasa kesian je.. sbb dier bukan jenis suka mintak2 kalau dier minta sekali sekala apala sgt.. aku fikir mcm mana org lain yg lebih susah dr aku.. kesian kan.. ada org yg tak mampu beli susu anak tau.. ya Allah permudahkan kehidupan mereka..

3) aku rasa x guna kalau x solat sebab sekaligus x doakan keselamatan anak.. betul tak? seandainya kita jauh dr Allah.. kita jarang memohon kpdnya.. mcm mn dier nak bg.. aku rasa bersalah sgt kat mia seandainya aku lupa berdoa untuknya.. malahan lg aku ni ibu dier.. kalau bukan aku siapa lg?? betul kata org, anak menjadikan kita jadi insan yg lebih baik..

4) sekiranya dia mengucapkan bende2 tak elok.. contoh.. bila kita naik kereta.. konon kita je betul.. maki hamun org lain.. x sedor si kecil menyerap bende tak elok.. ataupon bila tgk ayah dier tgk bola.. marah2 dier akan ikut apa yg kita buat.. lepas tu.. bila dier ckp x elok.. kita tanya.. siapa ajar??? terkebil2 matanya.. menahan air mata yg bergenang.. dier sgt baik sbb dier tak cakap kita yg ajar.. padehal dier amik dr perangai kita.. semoga adanya insan ini.. aku akan bertambah baik.. dier menjadikan hidupku lebih bermakna.. sayang Mia!

azam dan kesimpulan

untuk tahun 2012 yg berlalu aku boleh simpulkan kehidupan aku mcm takder peningkatan.. lebih2 lagi bila jadi seorang suri rumah.. mmg org tak nmpak ape yg kita buat.. tapi inilah pengorbanan yg aku ikhlaskan untuk seorang anak.. setiap hari aku terbaca timeline status fb org lain yg teringin nak benti keje sbb nak jaga anak.. dulu sebelum ada anak sendiri aku pon fikir tak nak berenti keje.. tapi bila ada anak sendiri.. dan beberapa insiden yg menyebabkan aku rasa mmg tak bley nak tinggalkan dier.. hasrat nak berenti keje tu membuak2.. dan aku kene cut cost untuk beberapa perkara dlm hidup lebih2 lagi hal2 berkaitan hiburan dan shopping.. tapi seriously menjadikan aku lebih berdisplin dan berhati2 soal kewangan.. dr seorang yg super boros.. aku jd seorang yg super jimat.. lau dulu shoppeholic.. skg nafsu berbelanja untuk diri sendiri mmg dah x der sgt.. serious ni!!! aku lebih bernafsu untuk shopping brg anak.. dan yg lebih2 lg nafsu shopping brg untuk bisnes.. sekurang2 nyer bender yg boleh menjana balik sumber kewangan..

kdg2 kita x sedar desakan hidup menjadikan kita lebih matang dan bijak membuat keputusan.. itulah namanya peningkatan.. x semestinya kene keje naik pangkat.. ( kalau mcm tu lg lah bagus.. kemajuan diri yg di double kan) ok..

tahun 2012 ni aku rasa mcm cepat je masa berlalu.. tapi sebenarnya mcm2 yg dilalui.. aku sedang melangkah ke usia 30 an!!!!!!!! da x de da 20 an tu!!!! tapi aku happy sebab sekurang2 nye ade juga perubahan hidup.. aku tak terperangkap dlm dunia remaja.. dr segi pemikiran, fashion, dan beberapa perkara da berubah..

sebelum berakhirnya tahun 2012 jugak aku dikejutkan dengan pemergian seorang teman.. bley baca entri sebelum2 ni.. selama beberapa tahun pertama ni aku mmg busy with my lovely daughter.. sampai x de masa nak hang out with my friends.. reunion apakah lg.. konon takut owg nampak kita gemuk la.. ape la.. skrg ni.. cuma akhir2 ni aku kuar gak.. heret skali dak mia tu bersosial skit.. kdg2 buat marketing skit.. cewah.. mmg tak dinafikan rindu ngan kawan2.. tapi aku ni jenis yg family women skit.. banyak sebenarnyer.. so.. azam tahun 2013 ni ialah menjalin hubungan baik sesama insan.. ceh.. mcm slogan maal hijrah laks.. mmg maal hijrah lah pon kan.. bukan la aku cakap sebelum ni aku menjalin hubungan yg baik.. cume nak lg baik la.. bosanla asyik azam nak kurus tapi x kurus2.. hehe.. selain drpd tu azam aku ialah nak tambah anak.. hehe.. cianla mia tu sengsorang jerk.. ish ish ish..

Happy anniversary ke 4 sayang!!

Sayu je rasa hati bila tiba hari ulang tahun ke 4.. Kdg2 baca status fb org len, 'tiap2 tahun bg hadiah baby' dan sekarang Mia pon dah berusia 3 tahun.. Tapi kalau nak dibanding kan dgn org lain yg tak der langsung.. Betapa bertuah aku ni.. Ada jugak merasa.. Itupon kdg2 ada hilang sabar.. Ya Allah.. Jadikanlah aku org yg penyabar dlm mendidik amanahmu..

Berbalik kpd kisah anniversary kami yg keempat.. Nmpaknya plan nak pergi bercuti terpaksa dibatalkan krn encik Ucop x dpt cuti.. Sbb bulan ni da byk cuti.. Ditambah pulak cik jojo(kereta en Ucop) pulak di service giler2.. So, aku yg berperanan seorang isteri muslimah, solehah ni.. Ikut je la.. Aku pon x der hal la.. Kdg2 jd isteri ni kene tolak ansur.. Buat2 Sedih.. Barulah derang lebih menghargai.. Hehehe.. Derang kesian kat kita.. Pulak tu dier kata pd hari anniversary tu mmg off day dier.. Satu hari tu je la.. Tapi hari sebelum tu dier kener kejew full.. Jadi 2 hari sebelum anniversary dier ade jumpe aku sambil berbisik.. Jom kluar jap.. Ada bende nak g tau.. Serius je..
Takut lak aku.. Jgn la ckp nak kawen lain cukup la.. (Menceceh aku ni.. Kuat berangan)

Bila aku tanya dier ckp.. "Tak de apelah.. Saja je ckp mcm tu.. Lau tak anis x moh kluar!"
Hui.... Lega sikit hati...

Dier tanya nak mkn kat ner? Aku jwb kat gerai2 biasa la.. Tomyam ke.. Tapi bila pusing2 semua tutup.. Yg ada cafe romantik yg agak cozy jugak.. Aku pon order je air biasa2 sbb da mkn kat rumah.. Kdg2 mmg rasa rindu dgn suasana romantik mcm ni.. Lepas order je.. Dier bangun nak amik rokok..

Sambil minum2 tiba2 dier suruh aku pejam mata.. Cewah.. Ingat cerita industan ke.. Aku pon pejam je la.. Mls nak banyak cerita.. Dan bila aku bukak mata ada beg kertas depan aku..

"Apa ni?"

"Hadiah anniversary" Katanya

"Knp cepat sgt?"

"Takut terkantoi!" Dier jwb.. Memang selalunya lau dier nak wat surprise untuk aku mesti kantoi.. Dan aku rasa bersalah.. Tapi kali ni.. Aku betul2 terkezut..

Aku bukak beg kertas tu.. Ader anniversary card, dan sebiji kotak kaler kuning cair.. Seutas jam Bonia yg cantik.. Korang nak tau? Aku bukan nak show off kat sini.. Tapi mmg aku jarang dpt hadiah mcm ni.. Aku happy sgt.. Dan rasa dihargai.. Terima kasih sayang!!

Sedang aku mencuba jam tangan tu.. Ada sepasang mata memerhatikan kami.. Ada tangisan dan air mata..

"Kad dan jam tangan u tuk Mia mana?"
Owh... Baru kitorg tersedar.. Kitorg kat tahun 2012.. Bukan tahun 2008 lagi!

Next time.. Bila anniversary.. Pastikan ade present untuk di kecik tu jugak!







hati yg kosong

lama da sy tak update blog ni.. macam mana hati sy yg sedang kosong ni.. macam tu jugak dgn belog saya.. jadual harian sy pulak makin bz.. pagi2 sy dah basuh baju dan sidai.. sebelum pegi keje.. lebih baik basuh hari2 dari nanti baju da bertimbun jadi bertambah malas nak basuh.. tapi saya memang surrender bab melipat baju.. asyik mengali je kejenyer.. dalam 3 kali sehari baru la ader kesedaran nak lipat baju..

balik dari kerja, sy akan mengadap mesin jahit.. atau mengelolakan si kecil damia.. ntah bila la dier nak dapat adik.. perangainya da terlebih manja kadang2.. nasib baikla dier pandai bawa diri.. kadang2 sy curi masa tolong adik sy packing doorgift untuk majlis kawen 20 may nanti.. tak pon tolong la ape2 yg patut.. sebab masa sy kawen dulu dier banyak tolong sy..

walaupon masa sy banyak terisi tapi hati sy macam kosong je.. mungkin sebab suami sy skrg da jauh.. tak la jauh sgt.. dalam 2 ke 3 hari dier balik la.. past tu bila die pegi lagi sy rasa kosong. bilalah semua ni akan jadi "pulih" balik.. ye la.. ramai org yang lebih teruk lagi nasibnya..

mungkin sy da terbiasa tak pernah berengang dengan dier.. seawal perkahwinan dulu.. tuntutan keje saya pulak yang menyebabkan terpaksa keje luar.. dalam sebulan purata sy jumpa suami waktu tu ialah 7 hari sahaja.. tapi bila kita yg pegi.. kita tak rasa sgt.. berbanding bila kita ditinggalkan.. huhu.. x pe la.. nak buat macam mana kan..

tak der masa lagi??

(pict from davianart)

selalu sy rasa kita macam tak cukup masa dalam sehari (24 jam) untuk menguruskan kerjaya, rumah tangga dan anak2.. tapi bila difikir2 kan sebenarnya benda tu datang dr kita jugak.. kalau nak dibezakan jaman dulu dgn skrg.. byk yg berubah.. dan kebanyakan perubahan itu dilakukan untuk menyenangkan dan menjimatkan masa.. jadi kenapa kita mesti berteriak tak cukup masa lagi???

kalau nak di bandingkan dulu dgn sekarang, ada byk contoh kita boleh bagi.. sy tumpukan pada aktiviti dalam rumah sahaja sekarang ni..
1. Kalau dulu membasuh baju, akan dilakukan secara manual.. yakni.. dengan menggunakan tangan la.. apa lagi.. sekarang kita dah ada mesin basuh automatik. jadi tekan sekali boleh tinggal pegi pasar beli sayur, balik boleh terus sidai baju.. tak pon sambil buat kejew lain.. memasak ke.. menjahit ke

2. kerja2 memasak juga sekarang lebih senang dengan adanya blender atau food processor berbanding lesung batu.. (tapi rasa masakan lebih sedap jika guna lesung batu). Nak masak nasi pon senang.. tinggal tekan past tu bley teruskan kejew laen.. tak payah pakai dapur kayu.. nak ngadap periuk nasi tu.. nak jaga api la.. takut hangit..

dan sy rasa byk lagi contoh2 laen.. perubahan dan kemajuan itu dilakukan demi kebaikan,dan memudahkan.. memang mudah bagi orang sekarang yang memberi alasan kerja sebagai faktor penghalang untuk melakukan kerja2 rumah. Sebenarnya kita sendiri yang perlu bijak mengatur masa.. dan kita sendiri yang menyebabkan 'tak cukup masa' itu sendiri..

1. Bila balik dr kerja, nak hilangkan tension sebab mengadap jammed, luangkan masa menonton TV sejap.. tapi terbabas babas sampai lewat malam dan mengantuk.

2. Kalau tak tgk TV, online sejap.. nak tengok FB.. past tu layan game sampai terleka..

3. Tak pon, rasa bosan pegi kejew balik kejew apa salahnya berhibur dengan kawan-kawan.. Pg shopping complex, lepak2 kat kopitiam, tengok bola ke atau Karaoke.. sampai lewat malam

4. Memang betul2 banyak kerja kat opis sebab takut boss. Selagi encik boss tak balik, rasa malu pulak nak balik.. dah la pernah kener sound! ngee ngee ngee

5. atau sengaja banyakkan kerja sebab nak kejar OT dan mengelak dari melakukan kerja2 rumah(mmg ada orang jenis macam ni!)

jadi nya.. jangan cakap tak cukup masa.. Tuhan tu da buat 24 jam tu elok2 je.. kene la pandai bahagikan masa.. kerja, rumah, berehat dan sebagainya.. wallahua'lam..

long sleeved punyer cerita!

Ada dua orang adik beradik kembar
Seorang Azura dan seorang lagi bernama Azira. Mereka baru pulang dari sekolah dan bekejar mendapatkan ibu mereka yg ketika itu berada di mesin jahit.
Azura bertanya kepada ibunya “Ibu, tengah jahit apa?”
Azira juga bertanya ibunya “Ibu, Azira lapar..” dan ibu menjawab dengan satu perkataan
“KeMeja”

Bing Images

Dan hari ni.. topik ini yang saya nak ceritakan.. tentang baju KEMEJA

Memang sifat seorang isteri yg prihatin.. bila laki pegi shopping je mula la nak membontot.. bukan sebab jeles dier nak shopping tapi risau kalau2 tersalah pilih.. entah kaler ape lah yang dibelinyer.. ntah seswai ke tidak.. corak mcm mana lah dier nak pilih.. sy rasa rata2 isteri memang agak risau bab ni..

Macam tu gak ngan sy.. tapi bila pergi shopping, time sy pilih baju.. husband sy main kejar2 dengan Damia.. dan bila dier nak beli baju pula, sy pulak yang menjaga anak kecik sy ni.. dulu bila penat dukung tanya tanya bila la nak pandai jalan.. sekarang bila dah berlari.. penat pulak nak mengikutnya.. tapi pd sy, baju boleh dapat bila2.. keselamatan anak ni.. kadang2 kita terlepas pandang dah jadi satu masalah lain.. Dulu2 zaman asmaradana boleh la sy bagi pandangan.. dan minta pandangan dr dier.. skrg ni.. lalu tempat dier memilih dalam 5 minit.. “Yang ini atau yang ini?” soalnya.. sambil berlari mengejar si kecil sy menjawab “Kelabu..nampak ok!” dan sy terus hilang.. Mama sy kata kalau nak shopping, tinggalkan saja si kecik tu.. Tak sampai hati pulak sy!

Waktu remaja dulu.. sy agak “rajin” iron baju kemeja ayah..
Lepas tu ayah sy buat “PEMBETULAN”
Dan mama sy kata “esok kalau kawen, macam mana?”
Sy jawab “cari aje laki tukang kebun!”
Tapi sy x dapat nak cari tukang kebun tu..

Bila balik dr shopping baju kemeja.. suami akan tunjuk pada sy pilihan hatinya.. ok, sy memang tak kisah soal kaler.. sebab kalau paling buruk dier beli sy akan kata “sy tak nak jalan dekat2 dgn awak!” atau “sekali ni je pakai ok!” tapi kebarangkalian untuk dier memilih kaler yg buruk sgt tipis.. (nasib baik dier bijak memilih”

Soal harga juga sy tak kisah.. (sebab pakai duit dier sendiri.. NGEEEE!!) kalau nak yg murah tunggu sale 50% atau 70% tapi yang paling PENTING..............


Ialah FABRIK yang senang sy nak iron!!!!!!!!!!

Sekian!

3rd Anniversary at Cameron Highlands

Lepas balik dari Cameron Highlands untuk meraikan anniversary yang ke 3 sy diserang selsema dan demam.. tak ketinggalan sibuk dengan jadual pemeriksaan di wad orthopaedic PPUM. Memang agak bz untuk menulis entri2 terbaru..

Rumusan ttg anniversary yang ketiga ni, sy rasa mcm ada refreshment dalam perhubungan kami. Ialah sebelum ni masing2 bz dengan tanggungjawab masing2.. bila dapat meluangkan masa bersama-sama banyak yang dibualkan, di kongsikan..

Terima kasih saya ucapkan buat en hubby untuk vacation yang sgt menarik nih.. Macam kawan2 sy kata bila kita kata “bosan” dekat suami tentang hari2 yang kita lalui.. dia pasti akan sangkut pautkan dengan kebendaan dan kewangan.. walhal bagi seorang isteri “bosan” bukan bermaksud harus pergi berlibur atau bershopping..

Sebenarnya bagi seorang isteri tak mengapa kalau duduk di rumah sahaja asalkan suami boleh temankan isteri bercerita, berkongsi apa yang dilalui seharian, melakukan kerja rumah bersama-sama.. sebab tu sy x kisah kat manapon dia nak meraikan ulangtahun perkahwinan.. selalu sy bg tau dier dgn tak malunye.. “x pe la x der apa2 pon.. janji mesti ada sekeping kad dah cukup..” sebab yg paling penting dia ingat..

Apa yang menariknya tentang percutian kali ni ialah ia adalah tempat favourite sy.. x kisahlah kalau orang kata tempat ni membosankan.. jammed.. tapi bg saya Cameron Highlands memang seswai sgt dengan jiwa sy.. yang paling penting persediaan sy untuk menjadikan percutian itu jadi benda yang memorable.. Bagi saya bukan tempat tu yang membosankan.. tapi cara kita sendiri yang menjadikan tempat tu best atau tidak..


Hari pertama kami bertolak seawal jam 6.30 pagi (walaupun check in hotel pukul 3) sebab sy nak elakkan jammed, dan cuaca panas dan bahang panas dalam kereta. Kalau kita pergi mana2 pon bila dah mula jammed, mesti mood bley lari jadi tak best. Kebetulan di depan rumah ada makcik jual nasi dagang dan nasi kerabu. Jadi sebelum bertolak saya beli bungkus untuk waktu sarapan.. (mood suami sy akan ok kalau ada sarapan yg cukup)

Lebih kurang jam 12 tengah hari, kami sampai kat Ringlet. Sempatlah jugak singgah di kilang Teh Boh.

Selepas melawat kilang teh dan “mendaki” bukit yang terdapat di ladang teh berkenaan, kami bertolak ke arah Berincang untuk ke hotel Equatorial. Sebelum check in, sempat jugak la berjalan2 sekitar Kea Farm. Memang best kat sini.. kalau rajin boleh singgah kat Rose Garden. Kalau nak cari cenderahati tempat nil ah paling sesuai.. Selain dr harganya yg murah, ada banyak pilihan. Macam2 ada, dari sayuran dan buahan, jem, aksesori macam topi, dan barangan cenderahati yang lain.. Kebanyakan cenderahati kat sini berunsurkan strawberry.. comel sgt2!! Selepas membeli sedikit barangan kami Check-In kat hotel.. berehat sekejap. Kebetulan waktu ni pun hujan turun. Sebelum ni saya pernah jugak ke Cameron Highlands bersama keluarga jadi selalunya bila petang sy sedia maklum memang hujan akan turun. Sebab tu lah sy suka bertolak pagi sebab nak manfaatkan waktu untuk berehat pd waktu hujan. Selepas berehat dan hujan pun dah reda, kami melawat Smoked House yang terletak di Tanah Rata.

Suasana petang di Smoked House memang mendamaikan. Panorama kat sini pon sgt2 lah menarik.. Selepas pulang dari Smoked House kami sempat singgah di Pasar Malam. Di Pasar Malam ni pon, pengunjung boleh dapatkan cenderahati yg menarik, kalau nak cari baju sejuk pun ada.. macam2 ada.. yang paling popular kat Pasar Malam ni, strawberry celup coklat atau strawberry madu.. bantal2 bentuk strawberry, baby doll strawberry, payung strawberry, aksesori rambut strawberry, strawberry basah, strawberry kering.. macam2 ada.. Balik dari Pasar Malam dan dinner, kami lepak kat bilik sahaja sebab nak tidur awal, berehat, dan boleh bangun awal... zzzz

Di hari kedua, Kami bangun pukul 6.30, Selepas bersarapan saya mengajak en hubby dan Damia untuk “berjogging” di sekitar hotel. Memang best Hotel ni sebab kawasannya yang luas dan pemandangan yg cantik membuatkan senaman ni tak rasa memenatkan.

Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak ke Boh Tea Centre yang terletak di Sungei Palas. Oleh kerana kami bertolak awal, tak banyak kereta yang melalui jalan yang di apit ladang teh.. jadi kami sempat lah memberhentikan kereta dan posing di sekitar laluan tersebut..

Boh Tea Centre ni di buka pada jam 9.30 pagi.. Jadi bila kami sampai tu.. dan2 je lah kan timing tu.. Jadi kitorang pon melawat dan bergambar sakan.. panorama kat sini sungguhlah cantik.. sempat jugak kami minum2 teh, sambil menikmati keindahan alam ciptaan illahi.. Sedap jugak strawberry tart dan custard bar kat sini.. kalau dtg lagi memang nak lagi!


Selepas melawat Boh Tea Centre tu, sy ajak en suami yang baik hati tu ke Big Red Strawberry yang terletak dekat ngan town Tanah Rata. Kat sini pon best jugak. Kalau anda berminat dengan bunga dan berniat nak beri cenderahati berbentuk tanaman kat sini banyak pilihan. Harga pon agak murah.. Kat sini pon, ada cafe yang menyediakan juadah yg fresh.. apa lagi.. makan lah lagi!

Selepas ke Big Red Strawberry, kami balik ke hotel untuk berehat. Sebelah petang pulak, kami melawat strawberry farm yang terdapat di sekitar Brinchang. Seperti hari sebelumnya, kami pulang awal ke bilik hotel kerana hujan turun.. Kat sini, bila hujan je.. (lebih2 lagi kat pasar malam) anda boleh lihat hampir semua pengunjung berteduh dibawah payung bercorak strawberry! Jadi kalau anda bercadang untuk adakan aktiviti memasak memang sgt seswai sebab waktu petang yang hujan, dan sayur2 kat sini murah.. ada waktu yg seswai untuk berehat, dan waktu untuk melawat.. apa yang paling penting bg saya sewaktu percutian, adalah time management supaya kita boleh menggunakan waktu dengan semaksima mungkin!

Selepas makan malam, kami menonton television dan berselimut sahaja di dalam bilik.. Pada waktu malam, terasa dingin udara kat sini.. En hubby yang mula kelihatan gelisah(sebab mcm x der aktiviti) mengajak sy untuk melepak di lobi. Kat ruangan lobi ni pon agak best melepak sebab ader aktviti riadah spt bermain pool & foos ball. Nampaknye malam ni ramai org yg conquer meja pool, dan menyebabkan kami terjebak untuk melakukan aktiviti lain. Cuba teka?

............................

Karaoke lah jawapannya!


Hampir 1 jam setengah menyumbangkan suara, kami pon balik ke bilik untuk berehat.. zzzz Hari ketiga kami bangun lewat sedikit. Lebih Kurang jam 7 pagi. Bersiap2 dan mengemas bilik.. cari barang kat Kea Farm, Check Out.. dan tak terus balik.. sempat lagi En. Hubby bermain pool dan shopping sayur2 dan buah2an sebelum balik!

Walaupon agak memenatkan.. tapi sy rasa percutian kali ini memang best dan mengeratkan lagi hubungan antara kami.. seronok jugak tgk Damia yg sgt enjoy.. mungkin sebab dier da besar sikit.. dah pandai menyesuaikan diri.. comel sgt! Ibu syg Mia ngan ayah sgt2!!


tertarik ngan iklan master chef

da malam2 buta tgk tv, bila tgk iklan makanan da terpesona.. adoi ai.. selera je tgk iklan master chef.. past tu gatal je kaki nih g dapur bukak peti ais.. hah.. semua bahan2 cukup.. apa lagi.. rosaklah rancangan aku nak jadi diet cang gini..di tambah2 pulak cik abg sayang balik lambat hari nih.. main futsal kate dier.. so, bertambah2 semangat la aku nak wat spegetti bolognese.. kang dier balik penat2.. bleh makan spegetti panas2.. kan ke baik dapat bini cam sy.. cewah!
1.memula sediakan bahan mcm gambar kat bwh, termasuklah daging cincang, ayam dan buttercup/ olive oil (untuk menumis) sambil2 tu g lah rebus spegetti biar lama2 skit x pe (letak garam, lada hitam, minyak)


2. Tumis macam biasa. masukkan bwg dulu, past tu pes tomato.. lau nak pedas letak cili boh.. past tu masukkan daging cincang, ayam, cendawan, seleri dan apa2 yg korang suka nak letak.. jgn lupe letak garam, gula.. (spegetti ni aku lebihkan pedas dan ada rasa manis.. tak suka masam jd ikut selera masing2)
3. Dah siap masak.. letak atas spegetti yg telah di tos kan.. past tu makan dgn sopan.. sekian..
mcm sedap je rasanye..

dah jadi malas



rutin aku sebelum nak keluar rumah.. (lau g jalan jauh/ g berjimba) mesti kemas rumah cantik-cantik! Sebabnya aku tak nak bila balik rumah penat2 tambah sakit mata dan sakit hati tgk umah bersepah.. kan best waktu kita balik bercuti selalunya akan ada satu ketenangan melihat rumah yg bersih.. tapi kadang2 lau emergency tu belasah jer lah.. asalkan suis2 dah tutup, gas pon dah cabut, pili air tertutup.. dan kunci pintu tingkap.. dah kira occaylah tuh..

macam hari selasa lepas, satu hari x der kat umah sebab checkup mia at the klinik kesihatan, then on the afternoon aku pulak yg checkup at the orthopaedic PPUM.. so sebelum pegi tuh(hari isnin).. kemas umah... basuh baju.. (x sempat lipat letak kat baby cot) past tu basuh kasut... hah.. ini lah sebenarnya yg aku nak cakap dr awal.. panjang bebenor mukadimah nyer..

perasan tak.. dulu2 masa zaman sekolah kita rajin sangat basuh kasut.. hampir setiap minggu.. past tu keringkan dalam washing machines.. letak bawah peti ais (kalau basuh dah last minit) past tu kapur pulak... huiii....... rajin sangat! kenapa sekarang aku dah malas yek?? baru aku perasan yang skrg nih.. aku main beli je kasut.. yang dah buruk aku buang je.. macam mana nanti kalau anak aku dah sekolah.. aku nak marah dia "kenapa tak basuh kasut?!" padahal aku tak tunjukkan contoh pada dia?

ntah2 banyak lagi benda yang dah aku lupakan.. (walaupon cuma pasal basuh kasut je.. tapi ada kesedaran jugak!) dan.. kenapa aku tak abis2 cerita pasal kasut?????

pict from yahoo image

Emo Comments For Hi5

sukar kah nak jd "sempurna" setelah bergelar ibu



jawapannya ada yg YA

atau pon TIDAK..

Ianya bergantung pada tiap2 individu, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan.

Nilai SEMPURNA tu pon terletak pada hati wanita tersebut dan pasangan. Kadang2 kita rasa kita dah sempurna, dah bagi cukup baik pada suami, anak2 dan kerjaya tapi pada suami ada lagi yg kurang.. ataupon suami kata "da OK lah tu sayang.." tapi kita yang rasa serba kekurangan..
antara jenis-jenis kesempurnaan bagi seorang wanita (ikut pandangan sy)

1) Kerjaya

2) Penampilan

3) Rumah tangga yang teratur

4) Boleh mengurus kewangan keluarga

5) Anak

6) Kemahiran memasak

dan lain2 lagi (bergantung pada seseorang apa yang penting dalam hidup dia.. )

sebab tu punca pergaduhan keluarga kadang2 atas sebab2 tersebut.

1) Kerjaya - Seseorang wanita pada zaman ini berasa tidak sempurna jika tidak bekerja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rendah diri, dan fikirannya tidak berkembang.

2) Penampilan - Saya rasa semua wanita kat dunia ni rasa tak sempurna atau rendah diri je bila x bergaya, x kemas, x up to date.. banyak kita dengar atas sebab ni laki berubah hati. Tapi kalau nak bergaya kena lah kita fikir soal DUIT, bentuk tubuh badan yg dah bertukar selepas melahirkan, dan faktor kematangan.. (mesti nak tukar fashion.. takkan sama je mcm zaman bercinta dulu)

3)Rumah tangga yang teratur - Rumah kemas, baju berbasuh, berlipat dan tersusun rapi dalam almari, mainan anak tidak bersepah, dapur bersih memang menjadi idaman seorang suami.. dan jika seorang isteri tidak dapat menjadikan rumah tangganya teratur, dia mungkin ada rasa kekurangan dalam dirinya kecuali ada yang membantu.. mungkin beban tu tak lah berat sangat.. lagipon tak salah kalau suami turut membantu untuk kerja2 rumah.. walaupon isteri tu housewife mesti dia rasa bahagia sebab dapat suami yg ringan tulang.

4) Boleh Mengurus kewangan keluarga - Soal kewangan ni memang isu besar dalam rumah tangga. Boleh jadi gaduh besau kalau tak ambil serius. Seorang isteri jugak memainkan peranan yang penting dalam mengatur kewangan keluarga. Tentunya suami akan rasa tertekan jika dibiarkan "keseorangan" dalam masalah kewangan sebab, perbelanjaan keluarga ni tak boleh diduga. Kadang2 berlaku hal kecemasan seperti soal kesihatan, itu belum masuk bab barang dapur, bil2, pinjaman, tabungan dan lain2. Suami selalunya hanya bagi budget tapi malas nak pikir benda2 yang dianggap remeh. sedangkan wanita suka memikir dari segala benda yg besar.. sampai sekecik2 perkara.. (itu yg cepat migrain). Jadi, secara tidak langsung.. wanita akan rasa penting jika diberi tugas jadi bendahari dalam keluarga. (bukan sebab quenn control ok!)

5) Anak - Mendidik anak juga ialah perkara yang sgt penting. Selalunya wanita akan dipersalahkan dalam soal ni jika gagal walhal mendidik anak adalah tanggungjawab bersama.

6)Kemahiram memasak - Walaupun ada lelaki yang tak kisah langsung soal ni, tapi masih jugak isteri tu rasa tak sempurna je kalau tak pandai masak. Sekurang2 nya bolehlah masak 2 ke 3 lauk kegemaran suami.. tapi x pe lah.. pelan2.. mesti boleh! cayuk!

Pucuk pangkalnya ia berbalik pada individu tu sendiri. macam yg sy katakan mula2 tadi, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan. maksudnya.. kenalah pandai membahagikan waktu.. selain daripada tu kalau tak boleh buat semua.. x pe.. kita bukan robot.. esok masih ada kan..

Dorongan pon penting.. kata2 semangat bukan perlian dan makian...kalau kena perli rasa macam tak ikhlas je nak buat!

Bantuan pon penting jugak.. selain daripada bantuan suami, nak lagi senang kalau ada maid.. semuaboleh jadi, tapi ada keburukan dan kebaikan yang perlu di timbang!

terpulang pada diri. kalau kita kata senang... senang lah jadinya!

picture dari : http://lakaranhatii.blogspot.com/2010/10/busy-housewife.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...