lebih baik mati sahaja!!! - hari terakhir bersamamu

bila tgk berita tv tentang kes rogol budak umur 7 tahun di india hati rasa sayu.. kat Malaysia pon skrg ni banyak kes macam ni.. bila da ada anak sendiri, rasa takut tu bertambah tambah lagi.. hati mn tak tersentuh.. kes rogol makin menjadi2.. lebih menyayat hati ada mangsa yang dijumpai mati.. dan si pelaku masih lagi bebas.. Ya Allah, hanya padamu aku memohon perlindungan.. semoga kita semua terus selamat.. tapi kadang2 kita tertanya bagaimana pula dengan emosi mangsa yang pernah berada dalam situasi menakutkan ini..

Aku kenal dgn seorang member ini lama dulu.. kitorg memang tak pernah rapat masa zaman study.. sifat pendiam nya membuat aku rasa malu mendekati insan kecil molik ni.. malahan dier bukan sebaya dengan aku.. malula sbb kadang2 lau org buat lawak pon dier tak ketawa.. bila da nak habis study barulah dier dgn aku berkawan tapi still x rapat lagi.. satu hari aku lihat dier menangis.. aku tanya dier knp.. dier diam.. mungkin dier tak mahu kongsi cerita dengan aku.. selepas itu walaupon kami tak rapat, aku kerap memerhatikan dier.. dier mmg selalu menangis, tidur dlm kelas.. dan tak berapa nak fokus..

satu hari kami buat majlis perpisahan kengkonon sbb nak abis study la.. balik dari majlis tu kitorang berjalan kaki balik ke rumah masing2.. dier yang tak pernah bercerita apa2 pon sebelum ini rancak berbual denganku sehingga aku rasa mcm mengenali insan lain.. dari cerita2 biasa sehingga cerita kisah hidupnya.. aku hanya diam membiarkan sahaja.. mungkin dia memerlukan seseorang untuk berkongsi duka lara hidupnya.. jadi aku mengambil kesempatan untuk bertanya mengapa dia sering menangis..

petang itu dia menceritakan segalanya.. hatiku turut sayu mendengar kisah hidupnya itu..
Ayu(bukan nama sebenar) bercerita dengan tenang tanpa air mata seperti sebelum ini..

Ayu: Orang selalu sibukkan nak jaga anak perempuan.. knp mereka tak ajar anak lelaki supaya menghormati wanita? Aku sedih.. kadang2 aku fikir kenapa mesti aku Anis?? Kadang2 aku terfikir aku dicipta di muka bumi ini hanya untuk disakiti..

Aku terdiam.. walaupon dalam ayat nya itu ada menyeru namaku supaya menjawab soalannya itu.. aku pasti aku tiada jawapan yang dia mahukan.. kisah yang cukup menyedihkan..

Ayu seorang yang cantik.. natural beauty.. memang ramai orang suka kat dia tapi dia tak pernah layan.. Pada mulanya dia hidup aman seperti orang lain.. mempunyai ibu bapa dan seorang adik perempuan.. Semuanya bermula apabila dia terserempak adik perempuannya dirogol oleh sepupunya sendiri.. Pada mulanya dia memarahi sepupu nya namun dunia menjadi gelap apabila dia turut menerima nasib yg sama.. Masalah semakin menjadi-jadi apabila ibu dan ayah sepupunya itu meninggal dunia kerana kemalangan kereta. ayah dan ibu Ayu membawa sepupunya itu ke rumah dan melayan seperti anak mereka sendiri.. Bukan sahaja dirogol, malahan pernah juga Ayu dipukul.. sepupunya pandai mengugut dan berlakon baik di hadapan ibu dan ayah Ayu. Adik perempuan Ayu memang bernasib baik sebab dapat pulak bersekolah asrama.. oleh krn tak tahan Ayu pon g lah lari rumah..

Sepupu ayu pandai buat cerita dengan berkata kpd Ibu dan ayah Ayu sebab Ayu lari rumah krn Ayu ikut boyfriend.. Terus je ayah dan ibu Ayu ni x ngaku anak.. So, ayu pon tinggal la menumpang dengan nenek n pakcik.. oleh krn tak cukup sumber kewangan, dier blajo sambil bekerja.. so, baru aku tahu apsal dier dah berumur skit baru sambung study.. lepas satu satu lagi problem.. Pakcik die pon turut mencabul.. kira Ayu ni macam lari dari mulut harimau masuk mulut buaya la.. sampai dier dah tak percaya sape2 lagi.. aku ingat drama je ade kisah mcm ni..

alhamdulillah Ayu dapat masuk kolej.. selepas beberapa tahun mak n ayah Ayu dapat terima dier balik dan sepupu dier dah dapat kerja, kawen, dan pindah dari situ.. cuma Ayu ckp, kisah2 tu semua meninggalkan kesan yang mendalam kat dier.. dier terseksa sbb dier tak boleh pandang lelaki termasuk ayah dier sendiri.. dier akan ada syak wasangka yang bukan2.. sehingga dier rasa berdosa.. kadang2 dier takut mcm mana kalau dier nak kawen nanti.. sebab tu la dier selalu menangis.. dier takut kawen dan mempunyai anak sbb dier tak nak anak dier ada nasib sama mcm dier..

Ayu: Kadang2 aku fikir lebih baik mati.. kesannya terlalu mendalam.. aku sentiasa berfikiran negatif.. aku fikir semua lelaki hanya fikir ttg seks.. aku rasa berdosa.. kdg2 aku fikir bapak aku sendiri ada hubungan sulit.. aku tak tau nak cakap.. ianya menyiksakan aku setiap masa.. aku sentiasa takut..

aku menasihatinya supaya kembali ke jalan Allah.. semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada Ayu.. sebagai seorang wanita kisah2 yang ayu ceritakan kadang2 mempengaruhi perasaanku.. banyak yang diceritakan tak aku taip kat sini sbb sensored beb.. ngeri.. tapi yg aku nak tekankan kat sini ialah kesan dari peristiwa itu membuatkan jiwa seorang wanita itu mungkin akan hilang.. arah perjalanan perasaan nya itu akan berombak dan mengalir deras tidak seperti ombak yg normal.. wahai lelaki.. kasihi lah, hargailah jiwa seorang wanita.. lindungi wanita sebaikknya..

dan selepas hari itu aku tak pernah bertemu dengan ayu.. kami membawa haluan sendiri.. semoga hidupnya lebih bermakna.. dan semoga dier lebih bahagia.. amin..

sayang ayah 2 ringgit!!

masa zaman sekolah menengah dulu aku selalu tengok kawan2 aku kluar g shopping, outing, dating, dan byk lagi lagi ting ting ting.. aku pulak mmg senantiasa di bawah pengawasan mak ayah. Jangan harap nak kluar dating.. surat cinta pon tidak dibenarkan sama sekali.. itu sbb aku tak pernah ada boipren kat sekolah dulu.. semua di cantas segera!!

kadang2 aku jealous gile tgk kawan2 aku bley kluar shopping sama2 beli beg jenama Maui, ntah ape lagi lah jenama masa tu.. kasut pallas jazz.. kalau yg bebudak lelaki baju kemeja cantona tu da kaye bebenor la gamaknyer.. hehehe.. masa tu aku telan air liur tgk kawan2 pegang RM50.. aku tak pernah pegang duit banyak tu.. RM10 pon susah aku nak pegang..

aku rasa mcm pelik je knp orang lain bley kluar dgn kawan2 padehal aku tak boleh.. rule nye, kalau aku nak ape.. semua kene ckp ngan mama n ayah.. past tu g beli dengan derang.. ape je.. termasuk pemadam!

pada satu hari aku beranikan diri g tanya ayah aku yg garang tu

aku: knp ayah bagi akak Rm2 setiap hari?
ayah: knp pulak?
aku: akak nak Rm10.. kan senang kalau ayah bagi Rm10.. hari isnin ayah bagi hari lain ayah x payah bagi..

ayah diam.. lepas tu aku tanya ayah lagi..

aku: knp ayah tak bagi akak duit mcm kawan 2 akak yang lain.. derang boleh pegi shopping sendiri.. mak ayah derang tak temankan derang pon..
ayah: berapa mak ayah derang bagi?
aku: Rm50.. kadang2 ada yang dapat Rm100..
ayah: Kalau ayah bawak akak shopping selalunya jumlah tu lebih dari Rm 100.. sekarang akak nak pergi sendiri jugak ke?

kali ni aku terdiam.. lepas tu ayah sambung lagi

ayah: kalau nak apa2 bagi tau, ayah boleh tolong hantarkan, keselamatan akak pon terjamin.. ayah pon tak susah hati.. akak tau knp ayah bagi RM2 kat akak setiap hari?

ayah menyoalku.. aku menggelengkan kepala..

ayah: ayah bagi RM2 setiap hari kat akak sbb ayah nak jumpa anak ayah ni setiap hari.. ayah tau senang kalau bagi Rm10 untuk seminggu.. sama je jumlahnya.. tapi yang tak samanya, kalau ayah bg Rm 10 untuk seminggu, sekali je seminggu ayah jumpa akak untuk bagi duit, kalau Rm 2 hari2 ayah jumpa akak, hari2 ayah boleh nasihatkan akak..

aku terdiam.. tiba2 hatiku rasa sayu.. knp la aku tak fikir sebelum ni.. past tu ayah panggil aku.. n bagi Rm50.. aku tersenyum simpul.. yg tak syoknyer.. adik lelaki aku yg takde kene mengene dgn cerita di atas ni pon dpt rm50 jugak.. hehe.. dengki tul aku ni!!

'hantu' tu yang alih al quran

aku merenung jauh memandang sebuah kereta.. cantik kereta tu.. tiba2 hatiku sayu.. tersentak melihat sebuah al quran usang di belakang.. al quran tu berwarna merah jambu kulitnya.. tapi warnanya kian pudar.. pada helaian2 di sebelah dalam.. helaian itu bewarna kuning.. mungkin sudah lama dibiarkan di bahagian belakang kereta terkena cahaya mentari.. menyebabkan kulitnya mula melengkung.. aku tahu mungkin si pemilik fikir, ia tak salah krn letak dekat bahagian dekat dgn kepala.. seperti ayat2 al quran lain yg di lekat sbg sticker di cermin kereta belakang.. kalau untuk kegunaan sendiri lebih baik di letak di bahagian dalam.. untuk apakah diletak dibahagian belakang? ia berbalik pd niat kita sendiri..

ianya mengingatkan aku ketika waktu aku study dulu.. kisah 9 tahun yg lalu.. waktu tu kecoh orang bercerita tentang seorang gadis membunuh diri dengan terjun dr bangunan.. dan banyak lagi kisah kisah mistik yg kami dengar malahan pernah juga kami mengalami sendiri.. memang kadang2 ada yg kata karut tapi ianya terpulang pada individu..

duduk di sebuah apartment sederhana besar bersama 4 orang lagi sahabat meninggalkan pelbagai memori. ada suka tak ketinggalan juga yg duka.. pada mula kami berpindah di rumah tersebut, tak ada pula kisah2 pelik yg berlaku.. tapi bila da lama2 mmg terasa macam2.. lebih2 lagi bila ada yang buat hal senyap2.. bawa masuk lelaki, minum minuman keras.. ditambah selepas byk kes bunuh diri di apartment tersebut.. disitu semua bermula.. rumah pon jadi makin panas.. kami mula bertelagah.. nak study pon kdg2 tak tenang.. seperti kebiasaan, setiap mlam jumaat.. aku dan seorang teman akan membaca surah yaasin.. untuk dihadiahkan pada yg telah pergi.. tiba2 semua isi rumah ketakutan kerana terlihat kelibat lembaga.. jadi malam itu kami tidur satu bilik sahaja.. kunci semua pintu.. al quran kami letak di kepala tempat tidur.. keesokkanya, semua pintu terbuka luas.. termasuk pintu utama.. al quran dan yaasin disebelah juga lesap.. bila di lihat di rak buku ku, al quran tersebut kemas tersusun rapi.. tak siapa pon yg tahu siapa yg meletakkan al quran tersebut di rak buku.. malahan kunci rumah juga masih rapi di bawah bantal.. walaupon kebingungan kami diamkan shj persoalan tersebut.

Aku bercerita kpd ayah.. walaupon dia risau, dia sempat memberitahu kpd ku, al quran tu mungkin di alih jin.. kadangkala kita hanya meletakkan sebuah al quran untuk dijadikan pendinding, tetapi tidak pernah mengamalkan.. ianya hanya kita jadikan sbg perhiasan tanpa kita sedari.. pendinding yang sebenarnya ialah bila kita sendiri yang mengamalkan bacaan surah2 al quran.. rumah yang sering diperdengarkan alunan surah2 al quran pasti akan dijauhi bende2 halus..

bila aku hampir mendirikan rumah tangga, mama juga berpesan.. tak payahlah minta alquran untuk hantaran jika hanya untuk menunjuk nunjuk sahaja.. selepas itu tak ingat pulak nak membaca.. dalam pada kita sedang sibuk menguruskan majlis kadangkala terlupa ttg al quran di dulang hantaran yg selalunya di letak di bahagian bawah.. kadangkala org berdiri membelakangkan al quran untuk mengambil gambar hantaran.. dan pada majlis pernikahan ku, pihak suami memberi hantaran yang salah satu dulang berisi senaskah al quran.. selesai siap nikah sahaja terus mama mengambil dulang berisi al quran tersebut di simpan di tempat yang tinggi supaya orang tidak terlangkah.. selalunya orang akan menyelamatkan duit dan barang kemas dahulu bukan?

berbalik kepada al quran dalam kereta tu.. kita lebih sayangkan ipad, handphone kalau nak letak kat dashboard.. takut panas dan rosak.. dari membiarkan al quran yang entah bila kali terakhir kita menyelak helaian muka suratnya itu...

aku sedar, aku mmg bukan rajin sangat baca al quran.. tapi aku tetap akan membuka lembaran demi lembaran demi mengukuhkan kemahiran tajwid.. malahan bila dah berkahwen, masih lagi aku mengharap encik suami mengajar serba sedikit.. walaupon rasa macam tebal je muka ni.. dier pulak boleh kata garang jugak bila dier mengajar.. aduhai.. tanpa kita sedari facebook lebih kerap di kunjungi dari membaca sehelai muka surat al quran..

jadikan kami insan yang mengikut jalanmu Ya Allah..

tanpa disedari musuh betul2 berada di hadapan kita

betapa di bumi ini ku melangkah..
ke selatan utara timur dan barat.. ku jejaki..
aku bukanlah seorang perwira..
gagal menghunus senjata..
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri..
demi cinta ini..

Peristiwa di Lahad Datu mengingatkan aku tentang lirik lagu Allayarham Sudirman Hj. Arshad.
Bait2 lagu ini membuatkan aku bersemangat, semangat cintakan negaraku Malaysia. Yang sebenarnya ia mengingatkan kita yang telah merdeka ini.. keamanan negara tidak semestinya terjamin sekiranya kita tidak mempertahankan negara tanah air ini..

Bait lagu ini juga menyeru supaya sesiapa pun kita.. di manapon kita, walau apa yang kita lakukan.. kita semua mempunyai peranan yang kuat dalam mempertahankan hak negara tercinta ini.. Ianya tidak terhad kepada pasukan keselamatan sahaja.. Ia bukan tergalas pada bahu mereka sahaja.. Ianya juga tergalas pada bahu setiap rakyat Malaysia..

Bagaimana kah mungkin kita dapat mempertahankan negara 'dengan cara sendiri?'
adakah dengan berdemonstrasi? bagi aku, cara yang paling bijak adalah tidak membuat sebarang masalah. Jika anda seorang pelajar, anda perlu belajar dengan betul dan gunakan ilmu untuk berbakti kepada negara, jika anda seorang pekerja kebersihan.. anda juga membantu dari segi kebersihan dan mewujudkan keselesaan kpd org lain, jika anda seorang blogger.. tulislah sesuatu yang membawa kepada perpaduan bukan perpecahan.. jika anda seorang ahli sejarah.. anda gunakan ilmu dan menurunkan sejarah pada generasi muda demi mempertahankan negara, jika generasi yang baru buta sejarah.. mungkin negara boleh tergadai dengan mudah pada masa akan datang. Rakyat perlu mencari sejarah tentang negara dari sumber yang betul. Pada zaman facebook ni.. byk fakta yg di 'share' kadangkala sejarah yang di putarbelitkan. Jika anda seorang pembuat filem atau pengarah teater anda boleh membuat filem atau lakon layar mengenai asal usul Malaysia berdasarkan sejarah yg betul.. ia dapat dikongsi dengan jutaan rakyat Malaysia dan ia lebih mudah diserap dan boleh di tonton dan di tayang berulang kali seperti sejarah Bukit Kepong..

ketepikan soal parti UMNO, PAS, Keadilan atau lain2.. ini bukan masa yang tepat untuk berbalah kerana ada sahaja pihak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengaitkan peristiwa ini sandiwara politik.. berfikirlah kita sewaktu pasukan keselamatan yang terkorban semasa berjuang untuk negara, adakah dia ada masa untuk fikirkan semua tu? Demi tugas yang getir itu.. digagahi jua walaupon dia tahu nyawanya bakal jadi taruhan.. Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang ditinggalkan? Berterima kasihlah kita pada mereka yang telah berkorban dan terkorban.

Berhentilah dari membuat spekulasi dan menganggu tugas pasukan keselamatan dengan menyebarkan gambar, atau apa sahaja.. jika kita bukan wartawan bertauliah tak perlu membuat sebarang ulasan krn pihak penceroboh sekarang juga punyai account facebook, instagram, twitter, blogspot dan macam2 lagi.. seperti kita juga.. semoga negara kita senantiasa selamat.. tanpa kita sedari musuh ada berhadapan dengan kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...