Showing posts with label jojoe's wardrobe. Show all posts
Showing posts with label jojoe's wardrobe. Show all posts

segmen DIY- "ranggi" kan seluar si comel!!

salam hari rabu.. kebelakangan ni.. sy banyak habiskan waktu dengan menjahit.. jadi, ntah ape2 perca kain.. sy jadikan sumber untuk berkarya.. untuk buat ujikaji dan mcm2 lagi..
kebetulan.. waktu beli seluar damia time raya dulu.. ada offer.. kalau beli sehelai seluar harganya RM20, tapi kalau amik 3 helai RM50.. tapi x banyak pilihan.. patern pon lebih nampak boyish skit.. tapi sy amik jugak.. sebab dah jumpa 2 yg cantik.. jadi yg satu ni bila2 bleh la di "alter".. dan sekian lama sy biarkan je seluar tu.. sebab pingang nyer besar.. baru2 ni.. bila cari baju damia.. sales girl tu ajar sy.. mcm mane nak kecik kan pinggang seluar tu.. rupa2 nya.. getah seluar tu boleh ditarik.. dan ada butang yg bleh adjust... hehe.. owh... buat malu je.. baru sayes tahu!!! hahaha.. anak dah 2 tahun lebih da...

dan bila sy balik.. sy cari semua seluar damia.. rupa2nya banyak seluar dier yg boleh pakai.. apa lagi.. mood nak meng"alter" pown datang.. termasuklah dengan seluar yg sy katakan di awal rancangan tadi!
1. seluar tu memang agak panjang.. dan macam season skit.. sebab memang corak dier lusuh kat tengah2 jadi kalau nak potong dan terus jahit mcm x besh jer.. jadi sy jahit getah biar nampak mcm girly skit.. dan hasilnya.. okla.. nampak mcm kosong je..
2. Anda bleh keluarkan/cari butang2 lama yg da tercabut.. atau bahan2 yg boleh dijadikan hiasan untuk seluar si comel.. mcm gambar di bawah..

3. Anda juga boleh hiaskan hujung seluar dengan menjahitkan reben yg colorful..

4. kalau rasa mcm nak tutup kesan jahitan tu.. hiaskan dengan butang yg color kontra.. (lau baju budak2 ada byk color mmg cumel!)

5. Hiaskan bahagian poket belakang dengan butang atau hiasan yg anda suka..

6. Bila sudah siap.. bley la si comel anda mengayakan.. kalau boleh untuk hiasan pilihlah benda2 yg tidak gatal atau tajam.. kerana ia bukan je buat si manja tak selesa.. tapi bahayakan derang.. JUGA.. kalau nak benda2 ni tahan dan tak tercabut.. SILA jangan basuh pakai mesin!! sekian! comel tak??

segmen DIY-pin tudung comel

occay, kali ni sy nak tunjuk cara2 membuat pin tudung yg comel.. semudah 1 2 3 ajew!
Kalau ada pin2 lama yg dah tercabut2.. atau klip2 rambut anak2 boleh lah anda kutip dan jadikan peralatan/bahan untuk segmen DIY kali ini..

bahan2 yg diperlukan ialah:
1. Gam tembak/Gam pistol
2. Butang/klip rambut comel
3. Jarum peniti




first step, buang segala gam lama yang terlekat pada butang/klip rambut. Past tu letak gam pada belakang pin dan dengan cepat letakkan jarum peniti pada gam tu.. past tu letak lagi gam kat atas jarum tu biar bertambah kuat kesan gam tu.. biarkan kering dan boleh di guna.. senang kan.. tak payah g tau pown anda2 semua mesti tau kalau tgk gamba2 ni..




long sleeved punyer cerita!

Ada dua orang adik beradik kembar
Seorang Azura dan seorang lagi bernama Azira. Mereka baru pulang dari sekolah dan bekejar mendapatkan ibu mereka yg ketika itu berada di mesin jahit.
Azura bertanya kepada ibunya “Ibu, tengah jahit apa?”
Azira juga bertanya ibunya “Ibu, Azira lapar..” dan ibu menjawab dengan satu perkataan
“KeMeja”

Bing Images

Dan hari ni.. topik ini yang saya nak ceritakan.. tentang baju KEMEJA

Memang sifat seorang isteri yg prihatin.. bila laki pegi shopping je mula la nak membontot.. bukan sebab jeles dier nak shopping tapi risau kalau2 tersalah pilih.. entah kaler ape lah yang dibelinyer.. ntah seswai ke tidak.. corak mcm mana lah dier nak pilih.. sy rasa rata2 isteri memang agak risau bab ni..

Macam tu gak ngan sy.. tapi bila pergi shopping, time sy pilih baju.. husband sy main kejar2 dengan Damia.. dan bila dier nak beli baju pula, sy pulak yang menjaga anak kecik sy ni.. dulu bila penat dukung tanya tanya bila la nak pandai jalan.. sekarang bila dah berlari.. penat pulak nak mengikutnya.. tapi pd sy, baju boleh dapat bila2.. keselamatan anak ni.. kadang2 kita terlepas pandang dah jadi satu masalah lain.. Dulu2 zaman asmaradana boleh la sy bagi pandangan.. dan minta pandangan dr dier.. skrg ni.. lalu tempat dier memilih dalam 5 minit.. “Yang ini atau yang ini?” soalnya.. sambil berlari mengejar si kecil sy menjawab “Kelabu..nampak ok!” dan sy terus hilang.. Mama sy kata kalau nak shopping, tinggalkan saja si kecik tu.. Tak sampai hati pulak sy!

Waktu remaja dulu.. sy agak “rajin” iron baju kemeja ayah..
Lepas tu ayah sy buat “PEMBETULAN”
Dan mama sy kata “esok kalau kawen, macam mana?”
Sy jawab “cari aje laki tukang kebun!”
Tapi sy x dapat nak cari tukang kebun tu..

Bila balik dr shopping baju kemeja.. suami akan tunjuk pada sy pilihan hatinya.. ok, sy memang tak kisah soal kaler.. sebab kalau paling buruk dier beli sy akan kata “sy tak nak jalan dekat2 dgn awak!” atau “sekali ni je pakai ok!” tapi kebarangkalian untuk dier memilih kaler yg buruk sgt tipis.. (nasib baik dier bijak memilih”

Soal harga juga sy tak kisah.. (sebab pakai duit dier sendiri.. NGEEEE!!) kalau nak yg murah tunggu sale 50% atau 70% tapi yang paling PENTING..............


Ialah FABRIK yang senang sy nak iron!!!!!!!!!!

Sekian!

Gilakan rain boots

Dah lama sy cari rain boots untuk Damia.. Saya memang suka kumpul benda2 yang cute miut.. kalau pilih mainan ayah dier kata sape yg nak ni? Sebab memang sy yg lebih2 suka kumpul mainan yg menampakkan dier matang tapi cute..



Bila en hubby kata nak meraikan anniversary kat Cameron Highlands, bende pertama yg sy list kan ialah kasut but Mia yg berwarna kuning.. sebab sy tahu hampir setiap petang, Cameron Highlands selalunya hujan. Memang bila berada kat sana Mia lebih selesa pakai kasut but tu.. sebab kami lebih byk melakukan aktiviti outdoor.. tapi sayangnya sy teringin nak belikan dier rain boots yg comel dan colourful!



Kawan saya kata.. “banyaklah kat e-bay!”

Dan problemnyer kat sini.. sy tak pandai pon guna e-bay dan sy takut nak beli online macam tu yang menggunakan card credit!

Antara jenama2 kids rain boots ni adalah dari Hatley Kids, Western Chief & Stephen Joseph. Tapi sy tak kisahkan jenama.. yg penting cute.. murah lebih baik!!!!

Sy cari kat belog2 sini.. manalah tau ada yg jual.. tapi x der! Kalau ada sesiapa yang tahu kat mana yg boleh dapatkan rain boots ni boleh pm sy occay!

Dan u all semua sila la tgk2 bende yg best nih..



atau anda bley pegi laman web rainy day kids
dan boots yg sy teringin nak ader mcm nilah.. comel tak????!!!



Susah nak cari T-Strap Shoes

Dah lama aku cari kasut jenis ni kat kedai-kedai kasut.. tapi susah sgt nak jumpa.. Tak kisahlah lau orang kata dah ketinggalan zaman ke.. pada aku fashion tu macam roda jugak.. sekejap timbul.. sekejap hilang..
putih nampak sgt menawan!
biru ni nampak cute dan simple!

Seriously, aku memang minat giler kasut2 jenis T-Strap nih.. sebab nampak simple.. kasut jenis T-strap ni sebenarnya dah popular sejak tahun 1920-an lagi.. sampai sekarang masih ada peminat tersendiri..
aku saya suka design ni tapi bukan color coklat ni..

huihs.. bayangkan.. berpuluh2 kedai kasut yang aku pergi susah aku nak jumpa kasut kegemaran aku nih.. peliklah.. walhal aku rasa simple je kasut nih..
comel!

Kalau tgk kat majalah-majalah fashion sekarang, kasut jenis nih dah banyak improvement.. tapi aku still suka yg simple jugak.. walaupon kadang2 aku agak terpesong ketika memilih kasut jenis ni sebab tertarik dgn kasut jenis gladiator/spartan..(sebab ada T-strap jugak kat tengah2 tuh)
mana satu nak pilih ni?
paling sy suka!
mia pakai tentu comel!


Pict by GOogle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...