sukar kah nak jd "sempurna" setelah bergelar ibu



jawapannya ada yg YA

atau pon TIDAK..

Ianya bergantung pada tiap2 individu, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan.

Nilai SEMPURNA tu pon terletak pada hati wanita tersebut dan pasangan. Kadang2 kita rasa kita dah sempurna, dah bagi cukup baik pada suami, anak2 dan kerjaya tapi pada suami ada lagi yg kurang.. ataupon suami kata "da OK lah tu sayang.." tapi kita yang rasa serba kekurangan..
antara jenis-jenis kesempurnaan bagi seorang wanita (ikut pandangan sy)

1) Kerjaya

2) Penampilan

3) Rumah tangga yang teratur

4) Boleh mengurus kewangan keluarga

5) Anak

6) Kemahiran memasak

dan lain2 lagi (bergantung pada seseorang apa yang penting dalam hidup dia.. )

sebab tu punca pergaduhan keluarga kadang2 atas sebab2 tersebut.

1) Kerjaya - Seseorang wanita pada zaman ini berasa tidak sempurna jika tidak bekerja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rendah diri, dan fikirannya tidak berkembang.

2) Penampilan - Saya rasa semua wanita kat dunia ni rasa tak sempurna atau rendah diri je bila x bergaya, x kemas, x up to date.. banyak kita dengar atas sebab ni laki berubah hati. Tapi kalau nak bergaya kena lah kita fikir soal DUIT, bentuk tubuh badan yg dah bertukar selepas melahirkan, dan faktor kematangan.. (mesti nak tukar fashion.. takkan sama je mcm zaman bercinta dulu)

3)Rumah tangga yang teratur - Rumah kemas, baju berbasuh, berlipat dan tersusun rapi dalam almari, mainan anak tidak bersepah, dapur bersih memang menjadi idaman seorang suami.. dan jika seorang isteri tidak dapat menjadikan rumah tangganya teratur, dia mungkin ada rasa kekurangan dalam dirinya kecuali ada yang membantu.. mungkin beban tu tak lah berat sangat.. lagipon tak salah kalau suami turut membantu untuk kerja2 rumah.. walaupon isteri tu housewife mesti dia rasa bahagia sebab dapat suami yg ringan tulang.

4) Boleh Mengurus kewangan keluarga - Soal kewangan ni memang isu besar dalam rumah tangga. Boleh jadi gaduh besau kalau tak ambil serius. Seorang isteri jugak memainkan peranan yang penting dalam mengatur kewangan keluarga. Tentunya suami akan rasa tertekan jika dibiarkan "keseorangan" dalam masalah kewangan sebab, perbelanjaan keluarga ni tak boleh diduga. Kadang2 berlaku hal kecemasan seperti soal kesihatan, itu belum masuk bab barang dapur, bil2, pinjaman, tabungan dan lain2. Suami selalunya hanya bagi budget tapi malas nak pikir benda2 yang dianggap remeh. sedangkan wanita suka memikir dari segala benda yg besar.. sampai sekecik2 perkara.. (itu yg cepat migrain). Jadi, secara tidak langsung.. wanita akan rasa penting jika diberi tugas jadi bendahari dalam keluarga. (bukan sebab quenn control ok!)

5) Anak - Mendidik anak juga ialah perkara yang sgt penting. Selalunya wanita akan dipersalahkan dalam soal ni jika gagal walhal mendidik anak adalah tanggungjawab bersama.

6)Kemahiram memasak - Walaupun ada lelaki yang tak kisah langsung soal ni, tapi masih jugak isteri tu rasa tak sempurna je kalau tak pandai masak. Sekurang2 nya bolehlah masak 2 ke 3 lauk kegemaran suami.. tapi x pe lah.. pelan2.. mesti boleh! cayuk!

Pucuk pangkalnya ia berbalik pada individu tu sendiri. macam yg sy katakan mula2 tadi, cara dia membahagikan waktu, dorongan, dan juga bantuan. maksudnya.. kenalah pandai membahagikan waktu.. selain daripada tu kalau tak boleh buat semua.. x pe.. kita bukan robot.. esok masih ada kan..

Dorongan pon penting.. kata2 semangat bukan perlian dan makian...kalau kena perli rasa macam tak ikhlas je nak buat!

Bantuan pon penting jugak.. selain daripada bantuan suami, nak lagi senang kalau ada maid.. semuaboleh jadi, tapi ada keburukan dan kebaikan yang perlu di timbang!

terpulang pada diri. kalau kita kata senang... senang lah jadinya!

picture dari : http://lakaranhatii.blogspot.com/2010/10/busy-housewife.html

3 comments:

dialicious said...

Setuju sgt.bila dh ada baby ni kan kalau I keluar dress up n fully make up.mulalah lambat.masa yg terabur plak.maka kalau nk kejar punctuality mmg terabai la penampilan tu.huhu.insyaAllah bila anak dh besar sket nnti bolela cuba jd sempurna balik:)(tho no one is perfect kan)

~cintaBlog~ said...

betul2.. tapi percayalah.. lagi besar sikit.. lagilah perlu banyak kesabaran.. sebab kat situ lebih byk keseronokan..

Dhinai said...

Kesempurnaan seorang yang bergelar isteri itu bergantung pada ketaatan pada rumahtangganya,kaseh sayang pada suami dan anak anak.Biarlah pandai mengurus,jangan tunggu diurus....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...