my little angel

setelah hampir nak setahun aku "hilang" dalam dunia blog.. tiba2 banyak bahan dalam kepala nih yang nak dikongsi.. memang setahun nih agak bz giler, melayan baby, bapak baby.. dan macam2 kerja lain.. semoga kembali nya aku kali nih biarlah berterusan.. beberapa bulan jadik housewife memang menuntut pengorbanan yang sangat besar. tak tau nak kongsi dengan sapa. rindu kawan2, rindu make up, rindu baju kurung (nasib baik ade raya) dan macam2 lagik.. lagi2 rindu nak baca blog kawan2.. dan rindu nak tulis blog nih.. apapun, aku berterima kasih buat si kecil jantung hatiku.. kerana hari-hari indah ini dapat ku lalui bersamanya.. bersama karenah dan telatah manjanya.. contohnya, hari ni aku kemas setor dan jumpe banyak baju masa pregnant.. si kecik nih sibuk nak try.. dah jadi macam baju kaftan dak kecik aku nengok.. haish.. dekat dengan dia pun masih rindu jugak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...