ciannya baby ni menyusu dengan lembu!

weekend lepas cik tembam ni masih lagi tak abis2 beraya.. tapi sempat jugak menyelak2 akhbar mingguan malaysia waktu bersantai2 dengan family tercinta.. terpaku kejap sy ketika terbaca berita luar negara tentang seorang kanak-kanak yang menyusu dengan lembu. kalau menyusu susu lembu tu biasalah sy dengar..

mingguan malaysia-ahad 11 sept 2011-

Aneh! Kanak-kanak menyusu dengan lembu

KOAK ROKA 10 Sept - Gara-gara ditinggalkan ibu bapanya yang meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan di Thailand, seorang kanak-kanak Kemboja berusia 20 bulan menghisap susu daripada seekor lembu sebagai alternatif untuk meneruskan hidupnya sejak julai lalu.

Datuk kanak-kanak tersebut, Um Queng berkata, cucunya, Tha Sophat, yang kini tinggal bersamanya dan isteri di wilayah Siem Reap di barat laut Kemboja, mula menghisap susu lembu sejak melihat seekor anak lembu yang turut berbuat demikian....

macam nak nangis jer sy tengok budak nih.. sedih sgt.. macam mana lah dengan kesihatannya.. sy harap semuanya akan jadi baik dan budak ni akan jadi pandai!
banyak entri-entri daripada kawan yang menyentuh tentang kebaikan susu ibu. tak perlu lah saya huraikan lagi. lebih2 lagi kepada ibu-ibu yang beragama islam, banyak kelebihannya antaranya termasuklah :


1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusukan anaknya sampai cukup tempoh 30 bulan, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Masha'Allah.. begitu sekali ganjaran pahala yang Allah berikan..
(boleh baca lebih lagi pada link di bawah)

banyak lagi kelebihan menyusukan anak. Memang kadangkala ada juga kekangan lebih-lebih lagi kepada ibu yang bekerja. Tapi menurut pandangan saya, sikit pun jadilah sebab itu memang hak bayi tersebut. Lebih-lebih lagi di peringkat awal kelahiran. Ini kerana bayi tersebut memerlukan nutrien dan antibodi yang lengkap. Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi tetapi juga pada ibu. Selain daripada boleh menjarakkan kehamilan, ia juga membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Semoga Allah menbantu sy untuk terus menyusukan anak sy! selain daripada ibu itu sendiri, ahli keluarga juga perlu memberi galakan terutamanya suami perlu memberi dorongan dan semangat. Nak bertahan untuk menyusukan baby ni bukan perkara yang mudah juga. Banyak juga cobaannya. Lain orang lain pengalamannya.. ada yang senang ada yang susah... contohnya air susu yang sikit, sakit di bahagian puting, puting pendek, macam-macamlah! Alhamdulillah saya tidak mempunyai masalah. Sehingga umur Damia mencecah 2 tahun sekarang ni dia masih tak jemu untuk terus menyusu badan. Mungkin juga diawal kehamilan saya sudah bercita-cita untuk memberi yang terbaik padanya! iaitu penyusuan susu ibu..

rujukan rencana dan gambar:
http://www.motheringfromtheheart.com/Benefits.htm http://qasehadam.blogspot.com/2010_04_01_archive.html http://www.facebook.com/note.php?note_id=122180971159377 http://www.dailymail.co.uk/news/article-2036201/Child-suckles-cows-milk-mother-leaves-home-search-work.html http://www.chron.com/news/article/Cambodian-boy-suckles-from-cow-after-parents-leave-2163754.php

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...