kenapa perempuan suka kasut?

kalau pegi shopping complex, tak pernahnya kakini tak menyinggah kat kedai2 kasut.. kalau tak beli pon, mesti nak menjengah sekejap.. tengok2 design baru, nak try2 ke... past tu..oppsss... terbeli pulak! tahukah anda footwear ini telah wujud 40000 tahun yang lepas? iaitu pada zaman paliolitik lagih! selain berfungsi sebagai pelindung kaki kita, ianya juga membantu menyerlahkan gaya kita.

yang peliknya selera wanita pada kasut memang unik.. kadang2 pergi lah 15 kedai kasut pon, belum tentu ada yang berkenan di hati! ada beberapa jenis kasut antaranya termasuklah pumps shoes, wedges, boots, sandals, clogs, dress shoes,flip flops dan banyak lagi.. itu belum masuk jenama lagi. nose, bata, vincci, jimmy choo, guess, dan banyak lah lagi kan..

setiap jenis kasut mempunyai ciri2 berbeza dan untuk majlis/persekitaran yang berlainan. jadi, kita kena pandai untuk menyuai padan dengan gaya semasa! belum lagi pemilihan pattern dan warna. sebab tu lah, wanita ni nampak macam cerewet sikit bila pilih kasut. belum lagi masuk bab harga, keselesaan, ketahanan, ciri2 keselamatan (licin ke tak). kalau main beli je.. takut tak pakai lama... sebab tiba2 rasa macam tak seswai!

setiap jenis kasut juga ada sejarah masing2.. contohnya kasut jenis pumps mula terkenal pada tahun 1500 dan diguna oleh "servants". mungkin sebab kasut jenis ni selesa kan.. ia juga adalah antara kasut kegemaran saya sebab ianya seswai dipadankan dengan jeans, baju kurung dan sangat2 selesa.

sumber: www.yahoo.com
http://shoes.about.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...