tak der masa lagi??

(pict from davianart)

selalu sy rasa kita macam tak cukup masa dalam sehari (24 jam) untuk menguruskan kerjaya, rumah tangga dan anak2.. tapi bila difikir2 kan sebenarnya benda tu datang dr kita jugak.. kalau nak dibezakan jaman dulu dgn skrg.. byk yg berubah.. dan kebanyakan perubahan itu dilakukan untuk menyenangkan dan menjimatkan masa.. jadi kenapa kita mesti berteriak tak cukup masa lagi???

kalau nak di bandingkan dulu dgn sekarang, ada byk contoh kita boleh bagi.. sy tumpukan pada aktiviti dalam rumah sahaja sekarang ni..
1. Kalau dulu membasuh baju, akan dilakukan secara manual.. yakni.. dengan menggunakan tangan la.. apa lagi.. sekarang kita dah ada mesin basuh automatik. jadi tekan sekali boleh tinggal pegi pasar beli sayur, balik boleh terus sidai baju.. tak pon sambil buat kejew lain.. memasak ke.. menjahit ke

2. kerja2 memasak juga sekarang lebih senang dengan adanya blender atau food processor berbanding lesung batu.. (tapi rasa masakan lebih sedap jika guna lesung batu). Nak masak nasi pon senang.. tinggal tekan past tu bley teruskan kejew laen.. tak payah pakai dapur kayu.. nak ngadap periuk nasi tu.. nak jaga api la.. takut hangit..

dan sy rasa byk lagi contoh2 laen.. perubahan dan kemajuan itu dilakukan demi kebaikan,dan memudahkan.. memang mudah bagi orang sekarang yang memberi alasan kerja sebagai faktor penghalang untuk melakukan kerja2 rumah. Sebenarnya kita sendiri yang perlu bijak mengatur masa.. dan kita sendiri yang menyebabkan 'tak cukup masa' itu sendiri..

1. Bila balik dr kerja, nak hilangkan tension sebab mengadap jammed, luangkan masa menonton TV sejap.. tapi terbabas babas sampai lewat malam dan mengantuk.

2. Kalau tak tgk TV, online sejap.. nak tengok FB.. past tu layan game sampai terleka..

3. Tak pon, rasa bosan pegi kejew balik kejew apa salahnya berhibur dengan kawan-kawan.. Pg shopping complex, lepak2 kat kopitiam, tengok bola ke atau Karaoke.. sampai lewat malam

4. Memang betul2 banyak kerja kat opis sebab takut boss. Selagi encik boss tak balik, rasa malu pulak nak balik.. dah la pernah kener sound! ngee ngee ngee

5. atau sengaja banyakkan kerja sebab nak kejar OT dan mengelak dari melakukan kerja2 rumah(mmg ada orang jenis macam ni!)

jadi nya.. jangan cakap tak cukup masa.. Tuhan tu da buat 24 jam tu elok2 je.. kene la pandai bahagikan masa.. kerja, rumah, berehat dan sebagainya.. wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...