butcher's wife

ini entri pertama aku cerita ttg suami tercinta.. dan title di atas mengingatkan aku ttg movie The Butcher's Wife lakonan Demi Moore... tp yg pasti aku nak cerita realiti kehidupan sebagai isteri seorang pemotong daging..

Sebagai seorang yang mempunyai Degree In Computing, tentu sahaja buat aku pelik dan berkerut dahi bila akhirnya dia memilih untuk jadi seorang pemotong daging.. dan.. lebih terkerutnya dahi aku ni bila dier buat keputusan tu sebulan sebelum kitorang berkahwin. Tapi sebagai seorang yang positif, aku biarkan sahaja jalan yg di pilihnya.. sambil memujuk hati sendiri.. kalau dier bosan dier akan cari kerja lain jugak.. tapi sekarang, hampir 5 tahun da dier berkecimpung dalam dunia Butchery ni..

Pada mulanya, aku cuma ingat kerja tu sgt lah remeh.. belajar seminggu masuk kerja da bosan.. dan aku memang agak takut untuk menerima pandangan orang lain yg mungkin akan memandang rendah pada pekerjaan ini.

Aku memang kenal encik suami sejak dari kolej lagi.. kitorang study bersama, dan dier ialah seorang yang berdaya saing dan gemarkan cabaran tak kira apa yg di buat.. dier tak pernah bosan untuk belajar benda baru.. termasuk dengan kerja nya sekarang.. dan bila dier dah berkecimpung dalam dunia ni, byk jugak ilmu yang aku terima secara x langsung..

Barulah aku tau untuk jadi butcher ni ada byk benda kene belajar.. step pertama kene amik ujian untuk jadi apprentice, past tu ke step 2 iaitu junior butcher then baru bley g step 3 jadi butcher.. hah.. da mcm special agent oso kan.. 3 special steps.. Di Malaysia ni, memang ada beberapa kelab butcher antaranya termasuklah di bawah seliaan MLA (Meat Lifestock Australia) dan ahli2 kelab boleh menerima kursus latihan juga berpeluang menyertai lawatan di Australia. Kat bawah ni adalah carta step2 butcher sehinggala bley jadi master butcher.

bukan main potong je taw.. kene tau part2 kambing, lembu, cara potong yang sesuai untuk berbagai cara masakan.. jenis2 kambing, jenis2 lembu.. lembu Kobe, Wagyu, Angus.. apa lagi ek.. belum lagi american wagyu, australian wagyu, japanese wagyu, kekadang kita kene tau ape yg lembu2 ni makan.. biasanya lembu2 wagyu ni makan jagung, barli, alfalfa.. dan ada yg aku dengar ( bg lembu x halal) siap diberi minum wine dan duduk dlm bilik aircond lagi.. untuk pertumbuhan lemak katenye.. tapi setakat ni pasaran untuk Malaysia ni adalah yg halal dan kebanyakannya dari Australia..

untuk potongan lembu pon ada berbagai jenis, antaranya ialah fillet, rib eye, shank, T bone, tenderloin, sirloin, dan berbagai2 lagi..

masa kerja retail dulu, pernah jugak aku received daging2 import ni.. bukan sikit2 punyer rege.. main ribu2 je harganya.. mmg patutlah kalau sale untuk sehari pernah laki aku ckp kdg2 sampai 29 ribu ribu.. sebulan kadang2 mencecah 380 ribu.. (pd bulan krismas). Kadang2 takut aku nak received bender2 ni lau takde butcher yg boleh check daging2 ni.. mn nak tau segar ke tak.. elok ke tak.. sape nak tanggungjawab nnt kan..

Mula2 dulu secara jujurnya kekadang rasa kerja laki aku ni macam x menjamin masa depan.. nak di bandingkan dengan pekerjaan zaman sekarang yg lebih relax kan.. biasala, orang takkan pandang kerja2 macam ni.. aku fikir gaji kecik la, tapi bila dah masuk dlm industri ni dan bergaul dengan ahli butchery club barulah aku tau, kerja ni tak patut di pandang rendah.. dan aku sentiasa menyokong apa yg suami aku pilih.. yang penting dier nak majukan diri dlm bidang ni.. apa yg kita lakukan tak kira besar atau kecil.. kita sebenarnya menyumbang untuk sesuatu kebaikan.. In Sya Allah.. Sekarang ni industri makanan halal bukan terhad untuk orang muslim sahaja..

Pernah aku terbaca kisah kehidupan seorang master butcher di akhbar metro.. kisahnya menjadikan inspirasi buat kami. seorang yg berjaya dlm bidang ni bermula drpd kehidupan yang payah, tidak berumah sehingga beliau dapat bekerja di istana Buckingham. Seorang yang berhati waja menunjukkan kita perlu bekerja keras di dalam apa jua bidang yg kita ceburi.. kejayaan takkan dtg bergolek.. disusuli doa dan tawaqal.. aku berharap en hubby boleh meningkatkan kerjaya dalam bidang ini.. aku sentiasa doakan yg terbaik untuknya supaya ada peluang yg lebih baik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...