segmen DIY- beg cute denim!

orait.. hari ni, sy dah siapkan beg sandang belakang menggunakan denim terpakai.. dan untuk amatur mcm sy.. huhu.. memerlukan ketabahan untuk membuat beg sandang ni.. lagi2 bila kita mementingkan kekemasan.. dan inilah hasilnya!
haha.. comel tak? dan kalau korang nak buat, peralatan yg kena ada ialah seperti 2 atau 3 corak fabrik, zip, klip untuk adjust tali beg(boleh amik dr beg yg nak dibuang), span nipis.
gambar di atas tu bukan gambar roti.. tapi ilustrasi peralatan2 yg nak digunakan.. ok, kita g kepada cara2 pulak:

1. Gunting 2 jenis fabrik(sy gunakan denim untuk bahagian luar beg, dan bhg dalam.. sy gunakan jenis cotton) besarnya ikut suka hati.. kalau untuk budak kecik kecikkan sikit saiz beg tu.. bahagian bawah besar 1cm dr bahagian atas.. kalau nak tebal, boleh letak span..
2. Selepas anda melapik dan mencantumkan 2 jenis fabrik tu.. anda boleh jahitkan dengan zip.. pastikan zip tu "center" kiri kanan.. di bahagian sebelah zip tu cantum dengan pelapik belah atas.. juga kene buat center.. kalau takut anda boleh lebihkan panjang pelapik tu.. (pelapik tu juga kena jahit dengan fabrik belah dalam dan belah luar).
3. Selesai mencantumkan pelapik atas, cantumkan sekali pelapik belah bawah.. pastikan dier betul2 center. Anda akan dapat rangka beg yg sempurna (tapi untuk belah depan je lah..)

4. Untuk belah belakang, buat 2 tali penyangkut bahu.. dan cantumkan dengan bahagian beg belah belakang.. (sebelum tu kalau anda nak letak poket belah dalam beg, anda perlu cantum kan dahulu dengan fabrik dibahagian dalam..

5. Di penghujung tali penyangkut tu anda boleh letak klip untuk adjust panjang tali..

6. Ambil sehelai kain segi empat tepat, dilipat dari penjuru ke penjuru(jadi 3 segi) dan selitkan tali. Past tu jahit sekali tali tu.. x faham sila tengok gambar di bawah

7. Selepas tu anda boleh cantumkan bahagian belakang dengan bhg depan beg.. (jahit dr dalam) dan bila anda terbalikkan beg tu dr dalam.. anda akan dapat hasil yg membanggakan..ceh.. tapi bila tengok belah dalam.. ha... berselirat benang kan.. jadi anda boleh gunting dan rapikan bahagian dalam.

8. Anda boleh hilangkan kecacatan pada beg tu dengan cover/jahit kain felt/atau ape 2 kain yg anda suka.. pada bahagian yg berselirat tu.. past tu dah siap!! inilah hasilnya..

3 comments:

jaja said...

sgt comel...bag n basikal pink tu.....hihi

~cintaBlog~ said...

basikal tu adik anis punyer jaja.. pinjam jap buat prop.. hahaha

Ayumi Comot said...

serius cantik...beg matching ngan basikal,huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...