kota Medan

sebenarnya dah lama sy ke Medan tapi saya tak letak dalam entri ni.. sebab lambang Mc'D tu ader kat dahi.. lambang M.. lambang malas.. ditambah pulak dengan suara2 halus dari lubuk hati.. ala.. cuma Medan.. bukan Milan.. tapi ada baiknya saya simpan memori ini di belog yg sungguh kalerful ni.. sebab kemungkinan besar, kalau2 lupa boleh la tengok2 balik..

Sy ke Medan pada 27 february lepas.. hah.. punya la lama.. sampai da gempa bumi barulah nak update masuk ke dalam belog ni.. bertolak dari LCCT jam 7 pagi, sampai pon pukul 7 pagi waktu di Medan. Nasib bek tak delay.. ok, lepas tu tunggu sepupu sy satu jam kemudian dan past tu kami berangkat ke hotel.
Tempat yg kami lawati pada hari pertama ni ialah Pasar Ikan, Medan Mall, Istana Maimon, dan Jalan Majapahit. Pasar Ikan ialah tempat untuk memborong telekung, blouse, kain pasang.. dan bukan tempat jual ikan ok! kat sini korang kena pandai tawar menawar.. dan selalunya korang akan dikejar oleh mamat2 yg suka mendesak untuk membeli barangan seperti t-shirt, magnet peti ais, key chain dan macam2 lagi.. nasihat sy.. anda perlu bersabar dengan karenah mereka, berhati2 dengan menjaga beg dan wallet anda, dan menjaga anak anda(jika anda membawa si comel sekali). Suasana kat sini agak sempit dan panas. Tapi pilihan barangan memang la tersangat banyak!
penat nak layan mamat2 ni
pilihan blous yg murah2


selepas ke pasar ikan, kami menikmati juadah nasi padang.. ada pelbagai pilihan restoran masakan padang di kota medan ni.. bila anda masuk ke kedai masakan padang, anda akan dihidang dengan pelbagai jenis lauk.. lauk atau pinggan yg "di usik" akan di kira. sedap2 juga masakan kat sini..


selesai makan tengah hari, kami ke Medan Mall. Kat sini pon, tempat shopping jugak.. harganya lebih murah berbanding di pasar Ikan. Antara barangan yg di jual di Medan Mall termasuklah blous, beg, handbag, kain pasang, kain cotton, pakaian dalam, dan aksesori atau barangan perhiasan.


sedang2 bershopping tu.. Mia pulak meragam kepenatan.. sempat juga sy beli pastri yang terdapat kat dalam Medan Mall tu.. sedap2 pastri kat sini.. Selepas ke Medan Mall, kami ke jalan Majapahit. Jalan Majapahit ni tempat untuk memborong sejenis kuih yg popular kat Medan ni. Nama kuihnya ialah Bika Ambon.. kuih yg mcm bingka tapi ia nya manis dan berwarna kuning cair.. Selain Bika Ambon, terdapat juga pilihan kek lapis betawi.. ada macam2 perisa.. tapi kat sini saya x ambil gambar ye.. driver van bawa kami ke Zulaikha Bika Ambon sebab dier kata kedai orang islam.. selepas ke jalan Majapahit, kami singgah ke Istana Maimon.. mula.. semua tak nak turun dari van sebab da mengantuk sangat2.. tapi bila sorang demi sorang turun.. dan ternampak ada org jual bakso.. terus hilang mengantuk..

Istana Maimun ialah istana kebesaran kesultanan Deli.. nak tau lebih lanjut sila klik Istana Maimun. Kat Istana Maimun ni pon ader gerai-gerai menjual t-shirt, pakaian kanak2, blangkon(topi tradisional Jawa) dan pelbagai cenderahati lain.. dan harganya lebih murah berbanding di Pasar Ikan. kat sini ada juga gerai bakso.. walaupon bakso nyer tak "kaw" mcam kat bakso laman pandan.. (padehal bakso pakcik tu.. wife dier yg berasal dr medan yg buat) tapi still masih boleh dikategorikan sedap..

ok, selesai hari pertama berjalan2.. dan kepenatan.. kami balik ke hotel untuk merehatkan badan, solat dan membersihkan badan.. sebelah malam pulak.. kami makan ikan bakar.. apa yang menariknya kat Medan ni, rata2 kedai makan yg sy kunjungi.. kalau sy order juice.. memang tersangatlah sedap.. kalau sy order jus markisa, 1 gelas tu derang blend 3 biji buah markisa.. dan yg penting harganya pon murah! tapi kebanyakan makanan kat sini manis2 belaka.. tak berapa menepati selera org kita yg suka pedas.. at least ada sikit pedas pon ok.. tapi kalau kita ke tempat org.. belasah je la kan.. jgn banyak songeh!

Keesokkannya, kami menuju ke Brastagi. Boleh dikatakan perjalanan ke Bragtagi agak jauh.. macam nak g Cameron Highlands. Kat Brastagi ni pon ahli rombongan sempat jugak nak bershopping sakan.. Tempat nya sedikit sejuk.. Selesai bershopping, kami menuju ke perkampungan Batak Karo.. (Inilah yg selalu org kita dok asyik sebut-sebut.. batak karo la.. jakun la.. sakai la.. aku selalu tercari2 perkataan apa yg seswai untuk mengantikan nama2 suku kaum ni)Kebanayakan suku kaum batak karo ni bertani. Antara hasil pertanian mereka ialah buah-buahan seperti limau.. memang sepanjang perjalanan kat tepi2 jalan ramai yg jual buah limau.. tujuan perjalanan melalui perkampungan Karo ini ialah untuk ke kolam air panas.. kat sini memang ada banyak kolam.. dan setiap kolam tu tahap kepanasannya adalah berbeza2..

ok, gambar untuk hari kedua ni memang tak banyak untuk dikongsikan.. sensored.. tak pakai tudung masa mandi.. malam kitorang makan dekat cafe2 berdekatan hotel sambil bersiar-siar melihat pemandangan malam di kota Medan
Hari terakhir di kota Medan, kami tetap berjalan2 di kota Medan.. apa lagi.. shopping bagai tak mahu.. memang agak bosan la baca skit.. shopping.. baca skit... shopping lagi.. tapi kalau u ollsz pegi bercuti pon realitinya mesti itu yg paling besh! betul tak! Hari terakhir ni jugak, pak cik beca tu kata nak bawa ke kilang buat telekung.. katanya telekung kat kilang lebih murah.. bila sy tengok.. tak la murah mana.. kat pasar ikan lebih murah lagi kalau pandai tawar menawar.. jadi, jgn dengar cakap orang! Boleh dikatakan, kalau kat sini shopping je la yg best.. lebih2 lagi kalau orang yg berniaga kan.. beli borong kat sini.. banyak pilihan.. dan harganya murah.. okla, itu sahaja yg sy boleh kongsikan untuk percutian kali ini.. nanti kalau sy kaya.. sy nak g tempat laen pulak..

8 comments:

Unknown said...

Asalamualaikum, bro boleh suggest hotel yang paling murah kat medan dan sesuai untu keluarga besar.thank-you...........

Unknown said...

Asalamualaikum, bro boleh suggest hotel yang murah dan sesuai untuk keluarga besar.

~cintaBlog~ said...

alamak.. sorry x dpt membantu.. hotel yg dulu pegi pon dah lupa.. ape nama.. tapi masa tu mmg search kat internet je.. kalau nak murah.. boleh cari homestay... bila kak nis call org yg kenal tu.. dier pon da pindah tempat lain..

SYEEMSSHIMA said...

Semua tempat2 lawatan kne bayar entrance fees ke tak? Bpe derg caj?

SYEEMSSHIMA said...

Utk masuk ke tmpt2 lawatan kne baya entrance fees tak? Bpe derg caj ye sis?

SYEEMSSHIMA said...

Semua tempat2 lawatan kne bayar entrance fees ke tak? Bpe derg caj?

~cintaBlog~ said...

syeemsshima... semua tmpat yg akak g x kene fees kecuali g mandi kolam air panas... tapi x hingat berapa rupiah.. tapi oklah.. kos kat sana x tinggi sgt..

puterahangjebat said...

Slm kak. Dari kota medan ke brastagi hrga naik ap kak? Kosnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...