Daiso kedai yg best!

Ada apa kat Daiso yang sy gilakan skrg ni??


Entahlah kenapa 2 hari ni byk sgt entri yang sy nak publish.. sila jangan bosan ye teman2!!

Sekarang ni sy ada hobi baru.. (hobi lama sebenarnya, cuma kedai baru) sy suka sgt berkunjung ke kedai Daiso.. Kedai Daiso ialah kedai serbaneka yang menjual semua barangannya pada harga RM5.. Mungkin pada sesetengah orang akan berfikir RM5 itu agak mahal untuk sekecik2 benda yg ada kat kedai tu.. Tapi pada sy, yang perlu anda kawal ialah nafsu membeli belah!

Memang tak semua barangan sesuai dengan harga RM5.. jadi anda perlu bijak untuk memilih.. Antara barangan yang sy suka beli kat Daiso ialah kain felt, pinggan mangkuk yang comel, dan permainan Damia.

Memang pada awalnya, sy agak “gila” sedikit masuk ke kedai serbaneka ni. Macam2 ada.. kalau salah pilih memang agak rugi.. Tapi barang yg susah nak cari pon kadang2 ada jual kat Daiso ni.. Ada section barangan penjagaan diri, alat tulis, perkakasan untuk menjahit, perkakasan berkebun, perkakasan dapur, permainan kanak2, makanan(sy kurang yakin soal ini), dan banyak lagi!

Kalau korang nak pergi, Kedai Serbaneka Daiso ni mungkin dekat dengan tempat anda :

Daiso @curve Mutiara Damansara

Daiso Aeon Bukit Tinggi Klang

Daiso Kota Kinabalu Sabah

Daiso Puchong

Daiso Bukit Bintang

Daiso One Utama

Daiso Johor bahru

Daiso Melaka

1 comment:

PCL said...

oh ye ke, selalu gak ke JJ bkt tinggi tak perasan lak kedai tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...