krismas oh krismas

Bulan Desember ni apa yg popular selain dari Christmas ? kalau pergi mana2 mall atau hotel boleh dikatakan semua sudut dihiasi decoration pokok krismas, hadiah, stokin, dan lampu2..

Pada sy yg beragama islam ni tak ada apa2 yg special pon.. selain dr resepi2 yg sedap yg selalu di highlight kat Yahoo dan TV(tiru asalkan halal).. tapi dalam negara yang mempunyai agama dan bangsa yg berbilang ni semua perayaan kita sambut dan layan je lah.. asalkan tak keluar dr syariat islam sudahlah.. kalau setakat nak bergambar2 kat pokok krismas apa salahnya.. asalkan tak mengagumi perayaan derang tu..

Apa yg best nyer bila tiba bulan 12 dan krismas ni bg sy ialah bulan yg seswai untuk shopping make-up dan perfume. Sebab time krismas memang benda2 ni murah.. jadi, kita boleh ambil kesempatan untuk berbelanja dengan berhemah.. lebih2 lagi kalau yang nak buat hantaran kawen.. Pd sy yang tidak menghadapi masalah bau badan, tak der la nak beli perfume tiap2 tahun.. honestly perfume yg hubby bagi masa bertunang tu pon ada lagi! Hehe.. sebab bg sy itu bukan satu keperluan..

Selain daripada barang2 kecantikan dan penjagaan diri, sy suka menyibuk2 shopping krismas decoration.. lebih2 lagi kertas hadiah dan reben.. sbb time ni akan muncul benda2 yg cantik2 dan yg paling penting murah! Ia sgt2 seswai untuk menambah koleksi brg2 untuk buat scrapbook..

Pada sesiapa yang terlibat dengan event, atau industry perkahwinan jugak masa ni lah anda boleh cari barang2 perhiasan untuk dekorasi pelamin, dan dekorasi hantaran.. Pada saya zaman sekarang ni ramai pengantin2 melayu mengimpikan majlis perkahwinan ala2 barat. Jadi tak salah kalau kita guna brg2 hiasan yg dijual masa musim krismas ni asalkan kita kreatif dan boleh menyesuaikan dengan tema.. Macam yg sy kata tadi.. waktu ni senang nak cari brg2 hiasan ni.. dan harga nya pon murah.. design2 baru pon akan muncul dan berlambak di pasaran.. pergi saja Living Cabin, S&J, Daiso dan kedai2 cenderahati yang lain mesti byk benda2 “mengarut” mcm ni..

Hai.. bak kata mama sy.. kalau bershopping sila la tanya sy!



P/S : Bila la nak start menabung ni??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...