buku-buku yang aku suka!

dulu aku suka novel melayu... lagi2 novel anis ayuni.. kali pertama aku baca novel yang bertajuk 'suara hati'.. macam nak nangis je baca buku tuh. tak taula sebab masa tu aku remaja lagi ke.. so sifat kejiwangan memang menebal lah masa tuh.. aku suka anis ayuni sampai g cari penulis ni kat pesta buku di PWTC..

lepas tu masa study kat library kolej, aku ada terbaca buku Sidney Sheldon, title buku tu "Tell Me Your Dreams" (macam kenal jer title nih!)

terus aku jatuh cinta dengan novel2 omputeh nih!

Tell Me Your Dreams(TMYD) ni mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai multiple personality.. dier jadi macam ni pun atas sebab2 tertentu... tapi aku suka Sidney Sheldon sebab.. dia betul2 menjalankan kajian sebelum menulis novel2nye.. sampaikan aku terpengaruh dengan watak2 dalam TMYD nih.. lepas tu banyaklah fiksyen dari Sidney Sheldon yang aku baca.. (Kebetulan sebelum kawen, hubby kejer kat kedai buku Borders.. sambil tunggu dier, berjam-jam aku baca novel Sheldon nih)


antara novel Sidney Sheldon yang sudah dibaca ialah:-
-the other side of midnight
-a stranger in the mirror
-bloodline
-rage of angels
-master of the game
-if tommorrow comes
-windmills of the gods
-the sands of time
-memories of midnight
-the doomsday conspiracy,
-the star shine down,
-nothing lasts forever
-morning, noon and night
-the best laid plans
-tell me your dreams
-the other side of me

dan yang paling aku suka ialah TMYD, Nothing Lasts Forever & The Other Side of Me(autobiography). Sayangnya Sidney Sheldon dah meninggal dunia pada 30 January 2007.

Nothing Lasts Forever menceritakan tentang 3 orang doktor pempuan.. (aku yang bukan doktor pun agak bersemangat bila baca buku nih.. dan rasa macam jadi doktor sekejap)

The Other Side Of Me pulak kisah hidup Sidney Sheldon. Membaca autobiografinya seperti membaca novelnya.. dalam buku ni dia cerita dia pernah ada niat nak membunuh diri kerana tekanan hidup. tapi tak jadi sebab "hidup ni macam novel, kita takkan tahu apa yang akan terjadi jika kita tidak menyelak muka surat seterusnya!" itu ialah ayat2 dari dalam buku tuh.. ayat power tuh!

oklah, seterusnya... buku di carta teratas yang paling aku suka baca ialah :-

buku peta!



selalunya ramai orang perempuan yg tak suka baca peta.. tapi aku suka sangat.. sebab dari zaman aku kerja praktikal sampai la laa nih... kerja aku ni asyik travel jer!

oklah, buku peta nih memang sangat berguna.. dan lau bley dapatkan yang latest dipasaran.. sebabnya lau kat Klang valley ni banyak sangat pertukaran dan pembangunan.. dalam peta lama tak der jalan or bangunan tu... tup tup tup bile da sampai lain pulak! ok la, apa2 pon baca buku n kumpul buku ni memang tak rugi.. sebab kadang2 kita akan cari buku tu balik untuk seswatu perkara.. (lebih2 lagi buku agama!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...