pasal adik beradik nih!

lau cerita pasal hal adik beradik nih... memang macam 2 cerita... entri nih aku tulis kerana nak menjawab pertanyaan cik katak pink. ok lah, sebagai orang yang ader adik beradik aku jawablah...

soalan2 nih yang ditanya kat gue:-
1.perbezaan dari segi pemikiran
2.perbezaan perangai
3.rupa
4.apa yg korang nak dari adik beradik korang
5.ciri2 adik beradik pilihan! ceh... maut punye soalan nih... hehe...

oklah, aku sebagai anak sulung yg ader adik laki sorang dan adik perempuan sorang gak.. dengan penuh yakin nye akan menjawab dari sudut pandangan aku yg penuh demokrasi terpimpin nih!

1. anak sulung nih sebenarnye lebih pandai skitlah... (sbb dia yg makan garam dulu kot) tapi selalunya dia buat2 tak pandai.. sebab dia tak suka belagak...lagipon, dia jenis jaga hati adik2 nyer cuma kekadang adik2 nyer tak sedar ataupon tak sedar diri..

2. perangai anak sulung ni dia suka mengalah, kecuali kalau orang lain cuba tunjuk pandai dan perlekehkan diri dier.. barulah dier akan 'balas dendam' dengan mencari waktu yg seswai untuk tunjuk pandai... lagi satu biasalah lau anak sulung ni kekadang nak tunjuk 'advance' atas seswatu perkara untuk memberitahu kpd adik2nyer, dialah pelopor... anak sulung agak manja, tapi dalam diam.. dan kadang2 agak kasar sbb bagi dia dia nak tunjuk tegas..

3. pasal rupa paras ni... aku tak tau nak jawab mcm mana sbb, lau aku cakap aku lebih cantik mesti adik aku kecik hati.. nak adil, aku cantik tapi dia kurus! hehe

4. apa yang aku nak daripada adik beradik aku? (macam wasiat lak!) aku nak saling menghormati, kata-kataku, nasihatku boleh diterima atau di dengar, lawak aku boleh diterima, boleh saling membantu, saling mengingati..

5. ciri2 adik beradik pilihan...
a)tak kedekut! boleh bagi aku duit, belanja aku makan, shopping..
b)tak cepat merajuk..
c)ringan tulang
d)boleh jaga anak aku 'time' aku g bulan madu..
e)boleh dengar cerita aku... bukan aku je yg dengar cerita derang..
f)tak mengumpat aku kat belakang!!

aku sebenarnye banyak lagi nak g tau... tapi ini jerk yg aku hingat time nih... tadi aku da tulis panjang2 tiba2 internet connection lak problem... nyampah betul..

buat cik katak, adakah anda berpuas hati ngan jawapanku ini? benornye jawapan ni bukan lah 100% betul. ianye bergantung kepada individu... dan buat adik2ku yg dicintai... lau terbaca jangan marah deh... ni jawapan umum nih!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...