best friend forever

sbg seorang manuasia biasa... saya pon ader teman untuk bercerita, gi shopping, teman gosip, dan macam2 lagik...

masa kat sekolah rendah, saya sekolah 2 sesi. sesi pagi sekolah kebangsaan dan sesi petang sekolah agama. kawan baik saya masa ni pun ader 2 sesi. sesi pagi sy berkawan dengan masmimi(anak kawan ayah saya) dan sesi petang kawan saya aida. tak tahulah apa yang saya fikirkan masa tu. walhal lau sesi pagi saya tetap jumpa aida tapi saya mcm tak kenal je walaupun sesi petang saya sangat akrab dengan dier. macam tu jugak dengan mimi.kelakar pulak rasanya!

bila sekolah menengah, kawan baik saya ialah nurul dalila. banyak yang dia kongsi dengan saya. lepas sekolah kami still contact. tapi tiba-tiba ntah kenapa kami jadi renggang.. memang sedeh.. tapi masa kita muda apa ntah yang kita fikir... harap kitorang bley rapat macam dulu gaks..

bila masuk kolej kat ampang, sy kawan rapat dengan hairiah, farid, elina, kak ida, erin, dan ain. huh.... ramai jugak masa ni.
ok, mulakan dengan hairiah. ia seorang teman yang pemurah. baik hati. kelakar.
farid pulak seorang yg sangat faham saya. dia boleh dengar semua masalah saya. dan menghormati saya sebagai seorang perempuan. tapi kitorg dah tak jumpa lagi. lost contact. dah lama sy cari die tapi tak jumpa. kali terakhir saya jumpa dia masa saya di kolej baru d damansara. saya tengah lepak dengan kawan2 dan tiba-tiba kitorg terserempak. lepas tu dia tukar no phonenya.
elina pulak orangnya tegas sikit. keras hati beb. tapi baik hati jugak.
kak ida ni orangnya lemah lembut. sangat murah hati. cepat kesian kat orang lain.
erin. huh..... sangat peramah, sempoi. tulus. (teman saya untuk bergosip)http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com
Ain seorang yang ala-ala macam menyibuk skit.. (tapi karektor je. orangnya bukan macam tu..) keadaan yang memaksa dia tahu semua berita. sebab orang suka bercerita dengan dia.

lepas tu saya masuk kolej di damansara. saya berkawan dengan lyz dan yusof.

dengan lyz, banyak benda saya buat dengan dia. banda baik, benda nakal, benda separuh baik dan tak baik langsung. hehe (contohnya macam tangkap katak untuk program april fool) dia seorang yag pemurah, baik hati, slumber dan teman saya untuk SHOpPINg. pendek kata sampai bengkak KAKI la kalau saya kuar shopping ngan die. kalau di campur perjalanan dari 1 shopping complex ke shopping complex yang lain... dari 1 kedai ke 1 kedai.... agaknya ble sampai negeri cina!http://emo.huhiho.com

yusof pulak orangnya sangat baik hati. semua masalah saya dia dengar. dia sentiasa bagi pandangan yang positif.. sehingga akhirnya saya berkahwin dengan dia.. kawan saya sendiri.(malu pulak nak tulis pasal dia ni lebih2)http://emo.huhiho.com

bila saya kerja pulak (kat kenny rogers) teman baik saya masa tu syida. banyak celoteh. kalau saya kira sampai 10... belum tentu dier bleh diam selama tu (kecuali dia tidur atau merajuk). kelakar. baik hati. tapi macam saya cakap. dia kuat merajuk. sampai hari ni dia merajuk lagi dan saya x tahu apa sebabnya.

lepas tu saya kerja di institut kesihatan. saya berkawan rapat dengan kak nurah. orangnya baik hati dan sangat tulus. tapi lepas tu dia berpindah kerja tempat lain lak.. saya berkawan dengan sharifah (sbb satu kepala). dia tak mengada-ngada... very straight forward! tegas. displin(macam saya gak). dan tak lambat. maksud saya sangat menepati waktu. (ciri2 kawan yg saya suka ialah punctual)

sebenarnya banyak lagi kawan2 rapat saya yang saya tak sedar. contohnya macam wawa.
dia kawan dengan saya semenjak sekolah lagi. tapi kitorg tak dalam "geng" yang sama. tapi still dia faham saya sampai sekarang. kadang-kadang saya tak sedar dengan siapa saya rapat.. mungkin saya lupa coretkan nama mereka kat sini tapi sy tetap berterima kasih pada semua kawan saya kerana pernah berkawan dengan saya!

thank's to all my friends from tadika takis, sk kanchong darat, sra kanchong darat, smk telok datok (semua kelas aku kenal), mitpa(semua batch aku kenal), twintech(dari foundation sampai kelas degree), iku(dari batch selangor sampai batch perlis)... huh..... malah semasa saya tulis post ni pun macam2 nama singgah kat kepala... kenangan dngan kawan2 memang suatu yang indah!

3 comments:

Lizzie Yasmin said...

Huhuhu.. terharu aku...

yuhanis yusof said...

hahaha.... of coz ler... aku pon hampir nanis nih...

~cintaBlog~ said...

bile lah nak jumpe kawan2 lagi.... rindunyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...