kawan makan kawan

kisah ni saya tulis bukan untuk dituju pada sesiapa.. bak kata orang buat filem "tak de kene mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia". Apatah lagi saya memang punya ramai kawan dan saya sayang semua kawan saya. Susah rasanya saya nak benci kat orang. Tak tahulah saya kalau ader yang membenci saya.. (kalau ada cepat2lah call saya!)

Bagi saya untuk mengekalkan keharmonian kasih sayang antara kawan paling penting perlu ada sikap tolak ansur dan saling menghormati. Ikhlas dan sabar pon penting juga! Sebab tak semua orang boleh jadi macam kehendak kita. Memang susah nak cari kawan yang satu kepala.. apa lagi nak cari yang betul-betul bley percaya.. Kalau ada pun memang boleh kira dengan jari..

Kadangkala kita tak sedar waktu kita bertelingkah ada sahaja perkara 'kurang bijak' yang kita lakukan. Bila masa berlalu barulah kita tersenyum sendiri.. mengingati apa yang telah kita lalui. Tentang diri kita dan juga perhubungan dengan teman-teman. Kadangkala kita tidak sedar kita telah menyakiti hati orang lain. Pada waktu itu mungkin kita fikir itulah keputusan yang betul..

Ada juga teman yang suka melihat teman lain saling bermusuhan. Puas kah hatinya? Rosakkah jiwanya? Siapalah saya untuk membuat kesimpulan.. kerana apa yang kita lakukan mungkin ada sebab tersendiri..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...